Selasa, 24 Jun 2014

BENGKEL NUTRISI SHAKLEE DI KUANTAN

Assalamualaikum w.b.t...

Alhamdullilah, segala puji bagi Allah, Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Baru-baru ini, saya berkesempatan untuk menghadiri Bengkel Nutrisi Shaklee yang telah diadakan di Hotel Grand Continental, Kuantan, Pahang. Hampir 100 orang Shaklee Independent Distributor dari seluruh Pahang dan Kemaman menghadirinya bagi menambahkan ilmu nutrisi kami berkaitan produk Shaklee.

Bengkel Nutrisi Shaklee di Hotel Grand Continental
Dalam bengkel tersebut, kami telah didedahkan tentang latar belakang syarikat Shaklee yang telah lama bertapak di Amerika Syarikat iaitu hampir kira-kira 99 tahun yang lalu. Pengasas produk ini ialah Dr. Forrest C.  Shaklee. Kini, syarikat ini telah diambil oleh oleh salah seorang billionaire yang terkenal di Amerika iaitu Mr. Roger Barnett,

Roger Barnett
Ternyata bahan-bahan yang digunakan dalam produk Shaklee sepenuhnya dari alam sekitar iaitu tumbuh-tumbuhan atau ikan. Jangan bimbang ya, Shaklee adalah produk yang selamat, mesra alam dan berkesan. Yang paling penting, ia halal kerana mendapat sijil halal yang diiktiraf oleh JAKIM.

Pakar Nutrisi Shaklee, Pn. Wan Siti Zulaicha bin  Shaharuddin telah memberi penerangan tentang keperluan pengambilan supplemen dalam kehidupan seharian kita. Antara faktornya ialah faktor pemakanan yang kurang berkhasiat, masalah pencemaran udara, tekanan/stres, gaya hidup yang tidak sihat dan pengambilan ubat yang berlebihan.

Pakar Nutrisi, Pn. Wan Siti Zulaicha menerangkan tentang produk Shaklee


Kami juga diberi penerangan tentang kandungan dan kebaikan produk - produk supplemen Shaklee yang patut diambil oleh semua golongan masyarakat. Antaranya produk Vivix yang ternyata berkesan untuk membantu masalah penuaan selular. Produk Coqhealth yang amat baik untuk kesihatan jantung. Produk Nutriferon yang membantu meningkatkan lagi sistem imun kita dan pelbagai produk yang lain.

Peserta tekun mendengar penerangan produk

Selain itu, turut diperkenalkan produk terbaru Shaklee iaitu Phytocol-ST yang baru dilancarkan pada 7 - 8 Jun 2014 semasa National Conference di Kuala Lumpur. Produk Phytocol-ST ni dapat membantu menghalang kolesterol daripada makanan masuk ke salur darah kita. Best kan. Kita boleh makan macam-macam makanan yang berlemak tanpa perlu runsing pasal kolesterol. Bye-bye kolesterol.  Jadi, yang tinggi kolesterol dalam darah tu, bolehlah cuba ambil suplemen ni.


Sesi Pembentangan Kumpulan
Pada sebelah petang, turut diadakan sesi aktiviti kumpulan. Seterusnya, pembentangan setiap kumpulan. Seronok juga dapat berkenal-kenalkan dengan rakan-rakan SID yang lain. Paling teruja apabila kumpulan kami dapat  menang hadiah juga... Pemberian sijil turut diberikan kepada semua peserta. Bengkel yang diadalah berakhir sekitar jam 6.00 petang.

Hadiah

Alhamdulillah, banyak pengetahuan yang ditimba daripada bengkel ini. Jadi, khusus buat rakan pembaca janganlah ragu-ragu nak join Shaklee ni. Marilah join bersama dengan saya dalam group Jutawan Wildan di bawah bimbingan Master Siti Salwa.

Sijil Penyertaan

Kalau nak berbisnes pun boleh. Sekurang-kurangnya ada 'side income' terutama bagi surirumah. Boleh juga menampung  bajet suami. Malahan, kita juga akan sentiasa dibimbing tentang manfaat produk Shaklee. Taklah malu jika orang tanya tak tau nak jawab apa. Yang paling penting, Shaklee ni MLM yang patuh syariah(klik di sini).

Jadi, kepada rakan-rakan pembaca, jangan tunggu lagi. Selalunya kita ni bila dah sakit baru cari supplemen atau ubat. Sepatutnya kita protect diri    kita daripada serangan penyakit sejak dari awal lagi. Bukankah kata pepatah "mencegah lebih baik daripada merawat..". Jangan jadi macam saya, dah sakit, barulah sibuk mencari supplemen. Masa mudalah kesihatan kena dijaga. Tak gitu...

Jumpa lagi dalam entri berikutnya....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan