Assalamualaikum bakal ibu-ibu/mami/ummi sekalian...
Kepada
anda sekalian yang bakal melahirkan cahayamata tidak lama lagi, tentu
rasa gembira, seronok walaupun dalam masa yang sama rasa takut. Tentu
kita terfikir bagaimana sakitnya rasa bersalin dan bagaimana pula untuk
menghadapi tempoh berpantang.
Kalau selama ini hanya mendengar cerita rakan-rakan saja, kali ini barulah kita sendiri mengalaminya. Tenang-tenang je ya para ibu. Yang pasti pengalaman setiap orang berbeza. Perlu banyak solat hajat dan berdoa kepada Allah. Semoga dipermudahkan segala-galanya untuk kita.
Kalau selama ini hanya mendengar cerita rakan-rakan saja, kali ini barulah kita sendiri mengalaminya. Tenang-tenang je ya para ibu. Yang pasti pengalaman setiap orang berbeza. Perlu banyak solat hajat dan berdoa kepada Allah. Semoga dipermudahkan segala-galanya untuk kita.
Tentu pada
masa ni kita terfikir, produk apa yang nak diambil untuk memudahkan kita
bersalin bukan. Tambahan pula kat pasaran, berlambak-lambak produk yang
boleh diambil. Mana yang paling sesuai, berkesan dan yang paling
penting dapat membantu kita bersalin tanpa banyak masalah. Nah, apa
kata kali ini kita cuba produk Set Bersalin Shaklee pula..
Kenapa Shaklee? Bagus sangat ke Set Bersalin Shaklee? Betulkah boleh banyakkan susu ibu?
Betulkah Set Bersalin Shaklee bantu ibu berpantang pembedahan sembuh
dengan cepat?
Itulah persoalan dan respon yang banyak kami terima
daripada para pengguna tentang Set Bersalin Shaklee. Dan yang pastinya
kawan-kawan juga mesti sedang mencari jawapannya.
Dalam artikel ini anda akan mendapat 7 info penting iaitu :
- Set bersalin yang baik yang boleh digunakan untuk bersalin normal dan pembedahan.
- Bukan Jamu - Selamat untuk ibu menyusu
- Kelebihan Set Shaklee, 100% semulajadi, ada sijil halal dan mudah digunakan.
- Harga Set Bersalin Shaklee
- Harga Set Bersalin Shaklee Jika Berdaftar sebagai Ahli Shaklee
- Waktu terbaik makan Set Bersalin Shaklee - serta merta lepas bersalin
- Cara Makan Set Berpantang Ni Macam Mana?
- Banyak lagi kelebihan Set Bersalin Shaklee untuk manfaat kesihatan ibu dan anak. InsyaAllah kita akan ulas pada masa akan datang.
Selain tu, kami juga ingin berkongsi info yang best serta meletup-letup ini untuk anda. Apa dia? Okay antaranya:
1. Bagaimana Memilih Set Bersalin Terbaik?
2. Review Ikhlas Set Bersalin Shaklee
3. Harga Set Mampu Milik Shaklee. Cara Dapat kelebihan dan Daftar sebagai ahli Shaklee
4. Testimoni Ibu Berpantang yang gembira Dengan Set Ini
5. Kelebihan Set Berpantang Shaklee ini berbanding jenama lain
Bagaimana Memilih Set Bersalin Terbaik?
Kadang-kala
pening kepala kita dibuatnya untuk memilih mana produk yang sesuai.
Seperti yang saya katakan tadi terlalu banyak produk yang terdapat di
luar sana yang menjanjikan 1001 kelebihan untuk para ibu yang akan
bersalin. Macam mana Nak Beli Set Bersalin Terbaik?
Saya
pasti kita mahukan yang terbaik untuk kesihatan diri kita dan zuriat
yang bakal dilahirkan nanti. tidak kira kita bakal dapat baby boy ke
atau baby girl ke, yang penting kedua-dua ibu dan anak selamat. Para
bapa pula pasti tersenyum riang.
Perasaan letih, penat , stress dan kesakitan semasa bersalin sekiranya
tidak ditangani dengan baik akan memudaratkan kesihatan kita pada jangka masa panjang.
Semasa
pertama kali bersalin dahulu, saya kekurangan pengalaman dan ilmu. Jadi
banyak kesilapan yang dilakukan semasa proses berpantang. Susu badan
yang
dihasilkan pula tidak berterusan dan kuantitinya amat sedikit. Apa
lagi, anak sulung(lelaki) asyik meraung kerana tak cukup susu.
Awal-awal lagi terpaksa beri susu lembu. Badan pula letih, kurang rehat dan cukup stres. Breastfeeding gagal sepenuhnya. Hanya mampu bertahan selama tujuh bulan sahaja.
Awal-awal lagi terpaksa beri susu lembu. Badan pula letih, kurang rehat dan cukup stres. Breastfeeding gagal sepenuhnya. Hanya mampu bertahan selama tujuh bulan sahaja.
Pada masa
itu, susah juga nak buat pilihan. Sebab banyak sangat testimoni produk
set bersalin yang kesemuanya claim, produk mereka yang terbaik. Lepas tu, shortlist beberapa set yang
dirasakan bagus.
Selepas itu, faktor kedua yang jadi fokus ialah soal harga.
Masa ni saya ada masukkan set bersalin keluaran tempatan (brand tak yah
sebutlah ya) dan yang moden buatan orang putih.
Oleh
sebab semangat nak tolong produk buatan orang kita, dan harga pun lebih
kurang je, jadi saya ambil keputusan untuk membelinya. Masa tu bajet pun
dalam lingkungan RM500.
Kalaulah saya tahu yang harga
set bersalin shaklee premium dalam lingkungan tersebut, pasti saya dah
beli. Namun, pada masa itu orang belum kenal sangat dengan produk
Shaklee ni, tapi tak
pelah. Semua ni pengajaran. saya terpaksa lalui kepahitan dan kelesuan
semasa confinement (pantang).
Sebab tu atas niat
berkongsi dengan kawan-kawan semua, saya coretkan di sini. Memang tak
saya nafikan kita ada bajet yang terhad. Tapi terus terang saya katakan,
Harga Set Bersalin Shaklee ni Jimat dan Berbaloi sangat dengan
kualitinya.
Badan terasa lebih bertenaga, muka kembali merah dan kelihatan bermaya,
langkah kembali deras dan berjaga malam untuk menyusukan anak tidak
memenatkan. Si suami pun lebih gembira dengan perubahan positif ni.
Siapalah yang suka lihat isteri tak sihat. Para suami mesti sayang buah hati
masing-masing kan.
Memang lainlah pengalaman berpantang
dengan Set Bersalin Shaklee ini. Bukanlah saya saja-saja nak cakap,
ramai kawan-kawan saya dah dapat manfaat dan kebaikan selepas
menggunakan set pantang shaklee.
Review Set Bersalin Shaklee
Tubuh terasa lebih bertenaga dan ringan. Ada
rakan saya yang dalam berpantang tu tak seperti ibu berpantang pun. Cergas
macam biasa semasa mendengar khabarnya. Memang bagus,sehingga tak putus-putus
pujian meniti dibibir tentang Set Bersalin Shaklee ni.
Nak
lebih puas hati, ibu-ibu boleh search di google. Memang rata-rata
penggunanya amat berpuas hati. Lebh-lebih lagilah mereka yang pernah
melalui saat-saat sukar akibat melahirkan anak dengan cara caeser atau
pembedahan. Luka jahitan dan kesakitan yang dialami membuatkan
sesetengah dari kita trauma untuk hamil kembali. Detik-detik itu pasti
sentiasa menghantui kita.
Harga Set Bersalin Shaklee
Harga?? Ini yang paling utama. Berbaloi ke tidak? Cukup bajet ke tidak? Ini harga runcit bagi Set Bersalin Shaklee ni.
TUNGGU DULU. Terkejut dibuatnya. Apa kata jom jadi ahli? Ya.. banyak kelebihannya...
Jika
anda mahukan manfaat dan kelebihan sepenuhnya, ada 2 pilihan yang boleh
dibuat untuk mendaftar sebagai ahli. . Boleh jadi sumber pendapatan
juga. Mana la
tau ada kawan-kawan baik kita nak beli produk Shaklee. Untuk maklumat
lanjut:
1. sila klik Daftar Ahli
Atau pun...
2. Hubungi saya sekarang di talian 01126099460/0139030098
(PM saya sekarang, untuk cara jadi ahli dan mendapat keistimewaan penuh)
Testimoni Set Bersalin Shaklee
Ramai yang telah berpuas hati dengan produk ni. Di sini saya berikan beberapa
testimoni set bersalin shaklee dari pelanggan untuk rujukan mommies
semua...
Banyak lagi review-review positif para pengguna yang boleh anda lihat dan baca sendiri.
Kami telah mengumpulkan lebih banyak lagi testimoni dalam satu artikel khas. Klik Pengalaman Berpantang Shaklee
Kelebihan Produk Shaklee Pada Kesihatan
Terus
terang kami katakan, banyak kombinasi berbeza Set Bersalin
Shaklee ni. Ini disebabkan ia bergantung kepada keperluan kita yang
berbeza atau pun pemilihan kita berdasarkan harga sama ada untuk memilih
harga
premium dan lengkap.. atau nak jimat dan bajet.
Untuk lebih jelas tentang fungsi dan manfaat setiap produk shaklee, saya jelaskan di bawah:
1) Vitamin B Complex bersama Asid Folik
Peranan B Complex Shaklee dalam set ini sebagai Anti Stress pada ibu berpantang.
Kesan yang dapat dilihat pada si ibu menjadikan mereka lebih tenang dan
membantu tubuh menghasilkan sel darah merah baru selepas kehilangan
banyak darah semasa proses kelahiran.
Sel darah merah yang mencukupi membantu tubuh mengangkut oksigen dan makanan ke seluruh tubuh supaya lebih bertenaga.
Amat penting untuk Ibu Berpantang Berada Dalam Keadaan Tenang. So, Dear Mommies Be Strong & Calm...
Keadaan tubuh ibu selepas bersalin yangmasih dalam kesakitan akan memberi kesan langsung kepada kesihatan mental kita.
Ibu-ibu yang meroyan semasa tempoh berpantang mungkin akan mengalami tekanan perasaan
kerana tidak mampu melakukan aktiviti normal seperti biasa ditambah pula jika kita tidak mendapat
bantuan orang lain.
Di sinilah peranan suami dan ahli keluarga
amat penting dan perlu supaya ibu yang penat dan kelesuan berasa lebih selesa
dengan bantuan yang diberikan. Selain itu, vitamin B juga membantu
mencantikkan kulit dari dalam.
Memang best Set ibu bersalin shaklee.
2) Vitamin C
Biasanya
semasa berpantang, kebanyakan dari kita akan dijaga oleh ahli keluarga
yang masih berpegang kepada amalan tradisi warisan kita. Contohnya,
tidak boleh minum air terlalu banyak. Jangan makan ikan-ikan tertentu.
Sayur-sayuran yang sejuk tidak dibenarkan dan macam-macam lagi. Ada yang
baik dan begitu
juga sebaliknya.
Banyak makanan berkhasiatyang tidak dibenarkan untuk kita menjamahnya. Sedangkan tubuh kita memerlukan
nutrient tersebut. Ish...ish..ish, Saat Berpantang Umpama Dalam Penjara. Mental dan Fizikal Perlu Dipersiapkan...
Vitamin
C membantu tubuh melawan penyakit kerana ia meningkatkan daya tahan
tubuh. Sebiji tablet Vitamin C dari Set Shaklee bersamaan dengan 7 biji
oren. Selain itu, vitamin C juga membantu penyembuhan luka jahitan
(samada
daripada pembedahan caeser Czer (aka Cesarean) atau secara normal dan
membantu memulihkan
tisu yang rosak selepas bersalin.
Di samping itu, ia membantu meningkatkan sistem imuniti badan kita dari serangan pelbagai penyakit.
Di samping itu, ia membantu meningkatkan sistem imuniti badan kita dari serangan pelbagai penyakit.
Seterusnya, Vitamin C juga penting dalam membantu membentuk kolagen dan penting untuk kecantikan kulit dan membantu
memulihkan seri wajah. Tidak kira samada
selepas bersalin atau pun tidak. Bagi seorang
wanita muslimah, amat penting menjaga kesihatan dan pada masa
yang sama dapat beribadat kepada Allah swt.
Jadi, pengambilan vitamin c yang mencukupi dapat membantu tubuh kita menjadi lebih sihat dan kuat seterusnya dapat menggalas tanggungjawab dalam mendidik anak, melayan suami, menguruskan rumah tangga dan sebagai wanita bekerjaya.Semuanya dalam satu. Memang khusus untuk supermom. Tambahan lagi bagi yang bekerja sambil berniaga macam saya...hihihi
Jadi, pengambilan vitamin c yang mencukupi dapat membantu tubuh kita menjadi lebih sihat dan kuat seterusnya dapat menggalas tanggungjawab dalam mendidik anak, melayan suami, menguruskan rumah tangga dan sebagai wanita bekerjaya.Semuanya dalam satu. Memang khusus untuk supermom. Tambahan lagi bagi yang bekerja sambil berniaga macam saya...hihihi
3) Vitalea / Multivitamin Dengan Zat Besi
Lanjutan dari Vitamin C, Produk Vitalea dapat melengkapkan lagi keperluan nutrien/vitamin
harian kita dengan membekalkan 23 jenis mineral dan vitamin yang
diperlukan oleh sistem tubuh untuk kembali beroperasi dengan nutrient
yang diperlukan.
Saya yakin seratus peratus kita sudah
pernah melalui saat sukar dijaga oleh saudara mara yang tidak
membenarkan makanan tertentu diambil semasa pantang.Jadi untuk
mengelakkan kita perlu melanggar pantang larang dan pada masa yang sama
menjaga hati ibu bapa atau mertua(Betul kan.. Nanti ada yang terasa
hati), kita ambil produk ini.
Antara mineral yang
penting adalah zat besi, komponen
penting pembentukan sel darah merah yang berkualiti untuk membantu badan
kita kembali cergas. Zat besi dan vitamin B kompleks saling berfungsi
membentuk sel darah merah yang sihat. Tak delah muka nampak pucat. Rakan
sepejabat berbangsa cina kerap berkongsi
kebaikan kurma merah untuk wanita bersalin bagi mengatasi pucat lesi ,
letih dan tak bermaya.
Apa kesannya jika tak cukup zat besi dan B complex
dalam badan? Pasti kita akan kekurangan sel darah merah untuk mengangkut makanan
dan oksigen. Penyakit ini dinamakan anemia dan menyebabkan kita lesu, tak
bermaya dan pucat.
Menurut pakar nutrisi, antara punca
berlaku keguguran bayi didalam
kandungan adalah kekurangan zat besi. HB atau bacaan hemoglobin
dalam darah akan menjadi rendah dan darah cair. Jadi zat besi ni amat
perlu diambil sejak kita hamil lagi. Ambil perhatian ya kawan-kawan. Kami harap kandungan dan anda sendiri mendapat nutrien
secukupnya.
4) Zink
Tahukah anda, Kurma
mengandungi pelbagai zat dan mineral yang diperlukan oleh tubuh. Kisah
Ibu Nabi Isa as, Siti Maryam yang sedang sarat dan bakal melahirkan anak
telah diceritakan di dalam al quran. Siti Maryam telah menepuk batang
pohon kurma dan makan buahnya. Ibu
yang bakal bersalin digalakkan makan kurma untuk memudahkan proses
kelahiran.
Zink memang banyak terdapat didalam kurma
selain daripada sumber ikan haruan. Rasa ikan haruan yang berbau hanyir
menyebabkan para ibu kurang selera dengan
baunya. Kurma dan ikan haruan termasuk dalam kategori makanan yang mahal
juga.
Set Zink Shaklee membekalkan anda dengan
kuantiti yang diperlukan oleh tubuh pada harga yang amat berpatutan.
Zink amat penting dalam membaiki luka pembedahan dan dalaman di samping
membantu anak yang disusukan mendapat bekalan zink melalui penyusuan
badan secara tidak langsung.
Semasa minggu pertama bersalin, anda
bukan sahaja akan kurang masa untuk makan, bahkan terpaksa bersengkang
mata untuk menjaga simanja (Rutin menukar lampin dan memberi susu).
Semua ini perlukan ketahanan fizikal dan mental yang rapi. InsyaAllah
melalui kajian dan perkongsian rakan-rakan lain tentang keberkesanan Set Bersalin Shaklee, urusan ini menjadi lebih mudah.
Bagi lelaki pula,
zink berfungsi meningkatkan kesuburan mereka. Ini membantu menjadikan sperma mereka lebih
berkualiti dan meninggikan peluang untuk mendapat anak.
Zink complex juga terdapat dalam Set Kesuburan Shaklee. Vivix Shaklee juga sesuai untuk kesuburan.
Bagi mereka yang sudah lama berumah tangga dan masih belum dikurniakan cahaya mata, ini mungkin penyelesaiannya.
Produk Shaklee dari nombor 1 ke 4 adalah Set asas bersalin shaklee
Kalau bajet kita terhad, ambil set asas ya. Insyaallah sangat membantu.
Set Penyusuan Shaklee
Apabila
mengenang semula saat-saat kelahiran anak pertama kami, satu
perkara yang saya amat kesali adalah ketidakmampuan melaksanakan
kewajipan
penyusuan susu badan ekslusif selama 2 tahun.
Betapa cemburunya saya kepada mereka yang bertuah dan berupaya memberikan susu terbaik daripada ilahi kepada anak mereka.Jika Menurut Islam, 2 Tahun Breast Feeding. Tiada susu formula yang dapat menggantikan kelebihan susu ibu walau semahal manapun bayaran yang dikeluarkan.
Betapa cemburunya saya kepada mereka yang bertuah dan berupaya memberikan susu terbaik daripada ilahi kepada anak mereka.Jika Menurut Islam, 2 Tahun Breast Feeding. Tiada susu formula yang dapat menggantikan kelebihan susu ibu walau semahal manapun bayaran yang dikeluarkan.
Jadi, kepada
para ibu, ambillah peluang untuk menyusukan bayi anda sepenuhnya.
Terdapat dua produk yang sangat bagus untuk membanjirkan susu badan
iaitu ESP dan Alfafa Shaklee.
1. ESP (Energizing Soy Protein)
Protein daripada soya yang dirumus khas didalam Energizing Soy Protein
ini akan menampung keperluan tubuh untuk menghasilkan lebih banyak susu
badan bagi keperluan anak.
Ramai pelanggan yang menggunakan set ini mengalami masalah kebanjiran air susu sehingga SUPPLY lebih daripda DEMAND. Fuhh, itu berita baik untuk kaum ibu. Susu berlebihan boleh diperah dan disimpan di dalam Freezer untuk kegunaan pada masa akan datang terutamanya apabila kita mula bekerja semula.
Ramai pelanggan yang menggunakan set ini mengalami masalah kebanjiran air susu sehingga SUPPLY lebih daripda DEMAND. Fuhh, itu berita baik untuk kaum ibu. Susu berlebihan boleh diperah dan disimpan di dalam Freezer untuk kegunaan pada masa akan datang terutamanya apabila kita mula bekerja semula.
Ibu bekerja selalunya berada dalam dilema ini. Alhamdulillah susu yang
disimpan didalam freezer dapat bertahan selama berbulan-bulan dan
nutrient serta enzim didalamnya dapat dikekalkan.
Kolostrum(susu awal yang berwarna agak kekuningan) terutama semasa detik kelahiran yang membekalkan anak kita
dengan antibodi melawan penyakit dapat disimpan didalam peti ais untuk
durasi lebih lama.
2. Shaklee Ostematrix
Kalsium adalah komponen utama susu ibu selepas protein. Kehadiran
kalsium mengelakkan sembelit dan stress pada ibu. Ramai dari rakan rakan
dan saudara mara kita sakit sendi dan hilang gigi selepas anak
dilahirkan. Termasuk saya sendiri, hilang sebatang gigi geraham selepas bersalin.
Antara
puncanya adalah disebabkan oleh kekurangan kalsium. Badan terpaksa
mengambil kalsium dari tulang dan gigi ibu untuk dibekalkan
ke dalam susu ibu yang akan dimanfaatkan oleh bayi kita.
Kekalkan Senyuman Menawan, Tak Hilang Gigi.( Saya dah hilang tiga batang gigi) Sedih!!!
Kalau nak buat gigi palsu, kos sahaja sudah bernilai ribuan ringgit,
belum diambil kira sakit sendi dan osteoporosis yang melanda wanita
kerana kekurangan kalsium. Jadi, Ostematrix menjadi penyelesaiannnya. Ia memang komponen penting dalam set sendi Shaklee.
Alangkah
jimatnya pelaburan kita dengan mengambil supplemen sebaik ini, kita
dapat mengatasi masalah ini pada kemudian hari. Gigi dan tulang kita
kekal
cantik walaupun anak sudah ramai dengan pengambilan kalsium yang
mencukupi. Osteoprosis Boleh Di Cegah Dari Muda,
Kembali Langsing Dan Menarik Dengan Shaklee
Semasa mengandung pasti banyak lemak yang terkumpul di dalam tubuh. Ia berfungsi
melindungi kandungan dan mempersiapkan tubuh melalui proses kelahiran.
Lemak juga bertindak sebagai simpanan nutrient untuk ditukarkan kepada
susu badan.
Anggota tubuh terutama bahagian perut,
payudara dan pinggul merupakan pusat simpanan lemak yang utama. Namun
selepas bersalin, ramai dari kita kaum ibu tidak dapat
mengembalikan saiz tubuh kepada asal agar kelihatan cantik menarik.
Jangan bimbang, rupa-rupanya Set Bersalin Shaklee ada mengambil kira soal yang merunsingkan
kebanyakan kaum hawa ini (Sudah tentu termasuk saya .. Hati sendiri dan
Hubby kena jaga ma)
Set Kurus Shaklee terdiri daripada Alfafa dan lecithin dan Alfafa sebenarnya digunakan untuk membanyakkan susu ibu dalam set
premium ni. Manakala Lecithin pula berkesan untuk mengelakkan bengkak
susu dan menguraikan lemak dalam badan. Lemak ini akan ditukarkan kepada
bentuk lain.
Alfalfa adalah makanan yang dikenali dengan kelebihannya membekalkan nutrisi dan zat galian.
Ia menggalakkan pengeluaran susu dan amat disukai oleh ibu menyusu dan
berfungsi secara sinergi dengan Energizing Soy Protein (ESP) dalam
penghasilan susu yang banyak dan membanjirkan pengeluaran susu untuk
simpanan.
Boleh baca lebih lanjut tentang Set Menyusu Shaklee ya para mommies.
Selain
itu, Alfalfa juga bertindak sebagai DETOX untuk menyingkirkan lemak
yang diuraikan oleh Lecithin. Memang terbaik apabila diambil secara
lengkap. InsyaAllah, mari amalkan bersama untuk kesejahteraan dan
kebahagiaan keluarga kita.
Semoga dengan pengambilan Set Bersalin Shaklee ini dapat membantu kita
para ibu menghadapi risiko yang biasa dihadapi semasa bersalin ini.
- Kesakitan dari pembedahan caeser Czer
- Trauma bersalin kerana kesakitan melahirkan
- Badan tidak selangsing dahulu
- Sembelit
- Keguguran rambut
- Kuantiti susu badan yang sedikit
Untuk mencuba produk, bertanyakan harga dan konsultasi secara percuma ini,sila hubungi saya di talian 01126099465(Wan)
Jadi apa pendapat anda tentang Set Bersalin Shaklee? Saya sangat
berminat dengan perkongsian anda semua. Sila, kongsikan di ruangan komen
di bawah ya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan