Sabtu, 31 Januari 2015

TAWARAN PROMOSI VIVIX SHAKLEE BAKAL BERAKHIR MALAM INI!!!

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah swt atas segala nikmat pemberiannya.

Hari Sabtu yang penuh dengan kesibukan apatah lagi anak-anak yang tinggal di asrama pulang untuk bercuti. Macam-macam keperluan depa nak kena uruskan...ada nak buku, pakaian atau barang-barang keperluan lain...terpaksalah diuruskan. Nak diharapkan cik suami, susah. Sibuk memanjang.

Tapi walaupun sibuk, bisness Shaklee tetap berjalan. Alhamdulillah, rakan yang menghidap Cyst nak order Vivix Shaklee. Semoga Allah beri kesembuhan kepadanya. Amin...



Rabu, 28 Januari 2015

TESTIMONI PESAKIT SLIPPED DISC KRONIK



Assalamualaikum semua...

Hari ni, akak nak kongsikan Testimoni Min iaitu seorang pesakit Slipped Disc yang kronik. Ketabahan dan kesungguhannya dalam melawan penyakit yang dideritai, Alhamdulillah telah membuahkan hasil. InsyaAllah kita juga mampu jika berusaha dan berikhtiar untuk mengubati penyakit kita. Semuanya dengan izin Allah jua.

Testimoni ni saya ambil daripada fb  PM Cery...tanpa edit semoga dapat dikongsikan bersama... 
***************************************

Testimoni Min - "..Saya kumpulkan semangat mengikat perut untuk beli dan mencuba Vivix...Doktor seperti tidak percaya kerana..."

JAGALAH LIDAH...

Assalamualaikum wbt...

Semoga semuanya berada dalam rahmat dan perlindungan Allah swt

Hari ni nak berkongsi ilmu yang diperoleh dari bacaan Majalah Solusi edisi 75. Sangat menarik dan banyak ilmu yang diperoleh...Jadi lepas ni, bolehlah beli. Tambah ilmu kita.

Isu tentang padah lidah amat menarik kerana kata orang lidah tak bertulang. Jadi mudah sahaja tergelincir kata-kata yang boleh mendorong kita ke neraka.

Salah satu tulisan menarik ialah "Kata-kata Kita Mencemari Syurga Dunia yang ditulis oleh Ustaz Muhammad Luqman Makhtar...

Antara cerita yang menarik ialah tentang bagaimana kata-kata yang kasar boleh merosakkan minda remaja. Walaupun sudah diasuh bertahun-tahun dengan akhlak yang mulia namun boleh rosak minda anak-anak muda walaupun hanya sekali mendengar kata-kata yang kotor. Begitulah kesan lidah kita kalau tidak dijaga.

Selasa, 20 Januari 2015

PSORIASIS : APA TANDA DAN LANGKAH MENGAWALNYA



Psoriasis ialah keadaan kulit yang cenderung untuk menjadi merah dari semasa ke semasa . Rawatan dengan pelbagai krim atau salap boleh  mengurangkan tompok psoriasis . Terapi cahaya khas dan  atau ubat kuat adalah pilihan rawatan bagi kes-kes yang teruk terutama apabila penggunaan krim dan salap sudah  tidak berkesan.



Psoriasis dalam keadaan yang biasa akan menyebabkan  keradangan kulit. Ia biasanya berkembang sebagai patch ( plak ) merah , kulit bersisik.  Psoriasis bukan disebabkan oleh jangkitan. Anda tidak boleh menyebarkannya kepada orang lain , dan ia bukan kanser .  Namun begitu penyakit ini boleh diwarisi daripada ibu bapa kepada anak-anaknya.


MASALAH HAID TIDAK TERATUR

Assalamualaikum wbt...

Masalah Haid tidak teratur memang menggusarkan banyak wanita terutamanya yang bergelar isteri. Adakalanya, ia boleh mendatangkan tekanan atau stress yang amat sangat sehingga mempengaruhi  hidup kita.

Apa puncanya kita rasa bimbang sangat jika haid kita tidak teratur?
Sebenarnya kebanyakan wanita risau seandainya haid tidak teratur merupakan tanda-tanda kepada sebarang penyakit yang kita tidak ketahui. Contohnya, mungkinkah kita menghidap penyakit endometriosis atau PCOS malah penyakit-penyakit lain juga. Ish..ish...ish takut juga dibuatnya...


Isnin, 19 Januari 2015

RAWATAN ARTHRITIS DARI RUMAH

Assalamualaikum wbt...

Dewasa ini, bilangan pesakit arthiritis semakin bertambah. Di Amerika Syarikat dikatakan terdapat seramai 50 juta golongan dewasa yang menghidap arthriris. Ia menjadi salah satu penyakit yang semakin serius.

Apa sebenarnya penyakit arthritis ini?

Arthritis adalah suatu jenis penyakit yang mendatangkan kesakitan, kemerahan, bengkak dan kekejangan sendi. Antara sebab-sebab ianya berlaku adalah :

  • Kerosakan Sendi
  • Jangkitan kuman
  • Penyakit yang diwarisi
  • atau sebab-sebab lain


Arthritis yang sering dihidapi dalam kalangan dewasa adalah :

Khamis, 15 Januari 2015

BERHENTI MEROKOK DENGAN VIVIX SHAKLEE

Assalamualaikum wbt...

Susah sangat ke hendak berhenti merokok?

Katanya, sudah cuba bermacam-macam cara tetapi masih tak mampu meninggalkan sebatang rokok.

Katanya lagi, merokok ni nampak macho, hebat serta ada gaya tersendiri...betul ke???

Yang ini hanya kaum lelaki  yang merokok je boleh jawab.

Alhamdulillah saya mendapat seorang suami yang tidak merokok. Begitu juga adik-adik lelaki serta ipar-duai tidak ada yang merokok...Rasa lega kalau tidak mencium bau asap rokok.

Rabu, 14 Januari 2015

CARA MUDAH MENDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE...

Assalamualaikum wbt.

Semoga sihat sejahtera semuanya. Syukur Alhamdulillah kerana masih dipanjangkan usia oleh ALLAH swt.

Nampak semuanya tersenyum gembira dan ceria je pada hari ni...

Kenapa ya? Ha ini mesti sebab dah dapat bonus atau BRIM , kan, kan, kan.. 

Semuanya akan gembira kalau dapat duit ...tapi jangan lupa sumbangkan sebahagian buat ibu bapa yang kita kasihi, keluarkan zakat dan orang-orang yang memerlukan sumbangan kita terutamanya sahabat-sahabat kita yang baru sahaja mendapat musibah banjir.

Selasa, 6 Januari 2015

MASIH ADAKAH SINAR BUAT PESAKIT KANSER???



Bismillahir Rahmanir Rahim.... 

Apa perasaan anda, apabila diberitahu oleh doktor bahawa anda telah disahkan menghidap kanser?


Sedih? Menangis? Marah?  Kecewa? Putus Asa? Atau hanya pasrah menerima ketentuan Illahi.


Terasakan hidup menjadi semakin sempit. Seolah-olah berita tersebut tidak benar. Apatah lagi jika sang doktor memberitahu kanser yang anda hidapi sudah di tahap empat!  Tahap yang sudah kritikal.


Memang tiada sesiapa pun yang ingin menjadi pesakit kanser.  Sering apabila kita mendengar orang lain menghidap kanser, kita bersyukur kerana bukan kita yang terpaksa mengalaminya.


Namun, pernahkah kita terfikir bahawa jika ALLAH ingin menguji kita pada  bila-bila masa sahaja, mungkin kita menjadi salah seorang daripadanya. Nauzubillahi min zhalik...semoga dijauhkan ALLAH.


Isnin, 5 Januari 2015

7 JENIS MAKANAN PENGUAT DAYA INGATAN



Bismillahi Rahmanir Rahim…


Assalamualaikum  w.b.t…rajin pula hendak “update” blog sekarang. Alhamdulillah, Allah masih bagi peluang masa lapang sebelum tibanya masa sibuk. Jadi dapatlah saya berkongsi dengan para pembaca.


Seronok sebenarnya menulis blog walaupun tidak pasti pembaca suka ke tidak. Tak kisahlah kan, yang pasti saya suka berkongsi apa yang saya tahu kepada semua. Semoga ini boleh menjadi sebahagian saham di akhirat nanti.


Baru-baru ni saya terbaca satu artikel yang menarik yang bertajuk “ 7 Foods That Can Boost Your Memory” daripada blog “Healthy Holistic Living”. Artikel ini menerangkan tujuh jenis makanan yang dapat meningkatkan memori kita.


Ahad, 4 Januari 2015

HARAPAN UNTUK PESAKIT DIABETES

Assalamualaikum w.b.t....

Alhamdulillah kerana masih diberikan kesihatan oleh ALLAH swt untuk terus menghirup udara segar di atas muka buminya ini. Syukur juga kerena masih mampu menulis blog  ini. Semoga rakan-rakan maya juga sentiasa sihat sejahtera dan dalam peliharaan ALLAH jua.

Namun tidak semua orang diberi kesihatan yang baik kerana ALLAH sentiasa menguji kita dengan pelbagai ujian berupa musibah, penyakit, kemalangan dan lain-lain lagi. Kita perlu sentiasa bersabar dan tabah dalam menghadapi ujian ALLAH.  INSYALLAH orang yang bersabar akan semakin meningkat keimanannya di sisi ALLAH.

Kali ini, saya ingin berkongsi tentang penyakit Diabetes atau dikenali juga sebagai penyakit kencing manis. Sebenarnya saya pernah menulis tentang artikel ini (Rujuk di sini :Tips Mengatasi Masalah Diabetes). Peningkatan pesakit ini kian ketara hari demi hari. Jelas, masalah ini berpunca sama ada faktor pemakanan atau keturunan.

Sabtu, 3 Januari 2015

MYJAKIM-APLIKASI YANG MEMUDAHKAN PENGGUNA



Assalamualaikum wbt  dan salam Satu Malaysia...


Saya tertarik dengan aplikasi MYJAKIM yang boleh dimuat turun dalam telefon pintar masing-masing.  Caranya mudah sahaja, pengguna boleh pergi ke “play store”. Taip  “MYJAKIM”, dan boleh dimuat turun ke telefon pintar masing-masing.


Apa kebaikan aplikasi MYJAKIM ni?


Ada beberapa kebaikan yang boleh kita peroleh. Antaranya jika kita ingin  mengetahui sama ada sesuatu produk itu telah mendapat persijilan halal JAKIM, maka kita hanya perlu  taip dan cari sahaja. Akan terteralah status produk itu.


MyJakim

ALAMAK, COLLAGEN SHAKLEE TIADA DI PASARAN TAHUN 2015!!!

Betul ke ni...

Tak percaya lah...tak kan tak ada kot...

Kalau betul, kenapa pula tak ada??? Macam mana kalau pengguna nak...stok tak ada...setahun pulak tu...alahai,,,

Mungkin pengguna Collagen tidak percaya dengan kata-kata tersebut.  Sebenarnya memang betul pada tahun ini, tiada lagi Collagen Shaklee di pasaran.

Kenapa???

Itu pertanyaan yang mungkin timbul. Menurut pihak Shaklee, Collagen Shaklee tiada di pasaran pada tahun depan kerana perlu dilesenkan semula di Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM).


Jumaat, 2 Januari 2015

TRIPLE PROMOSI UNTUK BULAN JANUARI 2015

Bulan Januari  2015, promosi berganda-ganda daripada Shaklee. Tiga produk hebat untuk anda semua. Ambil kesempatan ini untuk membeli dengan harga yang lebih menjimatkan. 
Tiga produk utama yang menjadi promosi ialah Vivix, Alfalfa Complex dan Vitalea Chewable untuk anak-anak.

Dua pilihan untuk anda, beli enam maka dapat percuma satu atau beli dua dengan harga diskaun 5%.



MENGHAYATI SIRAH NABI MUHAMMAD S.A.W

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah kerana pada hari ini kita masih mampu bernafas dan tersenyum lebar di atas muka bumi Allah swt ini.

Hari ini, mengikut takwim Islam(kalendar hijrah) iaitu 12 Rabiul Awwal 1436H merupakan hari kelahiran baginda Nabi Muhammad saw yang dikasihi dan dicintai.

Di sesetengah tempat sambutan Maulidur Rasul diadakan dengan perarakan dan bacaan selawat buat junjungan yang mulia, Nabi Muhammad saw. Walaupun sebenarnya sambutan ini bidaah, namun oleh sebab sudah turun-temurun diadakan ia menjadi kebiasaan.

Sebenarnya sambutan Maulidur Rasul ini bukan hanya sekadar perarakan sahaja tetapi yang paling utama bagaimana kita hendak menghayati sirah Nabi Muhammad saw dan seterusnya  direalisasikan dalam kehidupan kita sesuai dengan pengakuan kita sebagai umat baginda.