Khamis, 30 April 2015

PROMOSI BULAN MEI - DAPATKAN SEGERA DARI PENGEDAR ANDA!!!

Assalamualaikum w.b.t.

Tanpa sedar kita sudah meniti masuk ke bulan  Mei 2015.  Tahun 2015 sudah hampir masuk setengah tahun. Hari ini pula kita menyambut Hari Pekerja. Jadi kepada semua warga maya "SELAMAT MENYAMBUT HARI PEKERJA". Semoga kita semua menjadi pekerja yang produktif, lebih cekap dan mampu melonjakkan imej syarikat kita atau apa jua lapangan pekerjaan kita.

Bekerjalah dengan bersungguh-sungguh. Jangan curi tulang, menepati masa serta amanah dalam melakukan tugasan yang diberi.

Alhamdulillah, pada bulan Mei ini, pihak Shaklee masih menawarkan produk yang hebat untuk semua pengguna dan pelanggan setia Shaklee. 

Produk Phytocol ST, OmegaGuard dan Vitalea For Children merupakan tiga produk menarik untuk seisi keluarga. 


Isnin, 27 April 2015

BERPUASA SEMASA HAMIL TETAPI TETAP BERTENAGA..

Assalamualaikum w.b.t;

Semoga semuanya sihat-sihat sahaja.

Sekarang sudah masuk bulan Rejab. Tak berapa lama lagi kita akan menyambut kedatangan bulan yang penuh dengan Rahmah iaitu bulan Ramadan.  Ambillah peluang pada bulan Rejab ini untuk mula berpuasa sunat terutama hari Isnin dan Khamis.

Mungkin ada dalam kalangan kita yang sedang hamil sekarang. Tahniah diucapkan. Mungkin ada yang mula risau tidak dapat berpuasa sepenuhnya akibat hamil. Maklumlah apabila hamil ni, badan rasa letih dan tidak bertenaga. Risau pula dengan kandungan kita. 


Sebenarnya kita tidak perlu bimbang kerana jika Allah telah izinkan kita hamil, maka sudah pastilah kita mampu menghadapi apa jua ujian keletihan, kepenatan atau kelesuan akibat mengandung ni.

ALFALFA COMPLEX AMAT BAIK UNTUK PARA IBU

Assalamualaikum w.b.t.

Alfalfa atau nama saintifiknya Medicago Sativa  juga dikenali sebagai "Raja Segala Tumbuhan". Mengapa agaknya ia dipanggil raja ya? Mesti ada keistimewaan Alfalfa ni kan. Kalau pembaca nak tahu lebih lanjut, mari saya kongsikan.

Tumbuhan Alfalfa ni mengambil masa sekurang-kurangnya dua tahun untuk membesar dan akarnya boleh mencapai 20 kaki ke dalam tanah untuk menyerap pelbagai nutrisi. Hanya daun Alfalfa yang matang sahaja dituai kerana ia kaya dengan klorofil.

Ia dianggap raja kerana paling banyak mengandungi nutrisi dan zat galian. antara kandungannya ialah protin, asid amino, klorofil, serat, 15 zat galian, 10 vitamin, 8 enzim dan fitokimia. Subhanallah, hebatnya Allah yang menciptakan tumbuhan Alfalfa ini kan.


Rabu, 22 April 2015

RESIPI "HOMEMADE" DETOX

Assalamualaikum w.b.t

Hari ni saya nak kongsikan resipi detoks yang boleh dibuat sendiri di rumah.

Sebelum tu, kita perlu faham apa yang dimaksudkan dengan detoks ni.

Sebenarnya detoks ialah satu proses pengeluaran toksin dari dalam badan kita. toksin ni merupakan racun-racun yang sudah terkumpul akibat daripada pemakanan ataupun persekitaran kita yang tidak bersih. 

Toksin ini banyak terkumpul di bahagian hati dan juga usus. Apabila toksin ini dapat dikeluarkan daripada badan kita barulah  hati dan usus kita dapat berfungsi dengan baik dan sihat.

Ahad, 19 April 2015

"Cholesterol Blockers"

Assalamualaikum w.b.t  dan salam 1 Malaysia buat semua.

Ramai orang agak bimbang untuk mengambil makanan yang mempunyai kandungan kolesterol yang tinggi seperti nasi lemak, roti, canai, nasi minyak, kari atau gulai daging, sup lembu dan lain-lain lagi makanan yang boleh menyebabkan saluran darah tersumbat akibat kolesterol.

Yalah siapa tak bimbangkan, kolesterol jahat ni boleh menyebabkan kita mengalami stroke, tekanan darah tinggi malah sakit jantung yang boleh membawa maut secara tiba-tiba.

Habis apa yang hendak dimakan kalau semuanya tak boleh diambil. Hilanglah nikmat makanan yang lazat-lazat ni. Mungkin  ini yang menghantui fikiran kita.

Jangan bimbang lagi, "Cholesterol Blockers" dapat membantu masalah kita. Pengambilan dua biji "Cholesterol Blockers" sebelum anda menikmati makanan kegemaran anda dapat menghalang kolesterol dalam makanan daripada menyerap masuk  ke dalam salur darah. 

Rabu, 15 April 2015

10 TIPS BERKESAN TANGANI GST-PERKONGSIAN DR. HAJI AZIZAN OSMAN



 Assalamualaikum w.b.t semua...

Bagaimana anda menghadapi GST yang dilaksanakan sekarang?

Semoga semuanya baik-baik sahaja walaupun kian terasa tekanan yang diterima impak GST ni. Kalau ikutkan hati, memang rasa marah kan. Sudahlah pelbagai kempen yang diwar-warkan mengatakan harga barang akan turun tetapi apabila pergi ke kedai, kebanyakan barang naik harga.

Baru-baru ni, saya membeli wafer untuk anak. Awal-awal lagi si penjual maklumkan harga wafer sudah naik daripada RM2.80 kepada RM3.00. Kata si penjual dia terpaksa menanggung kos asas barang yang naik akibat GST.


Oleh sebab kasihan dan faham masalah yang dihadapi oleh peniaga kecil-kecilan ni, saya hanya  bayar sahaja harga tersebut. 

Sempena bulan GST ni, Ummi nak kongsikan 10 Tips Berkesan Tangani GST yang diberikan oleh Mentor terkenal di negara kita iaitu Dr. Haji Azizan b Osman. Semoga dapat dimanfaatkan oleh semua pembaca.

Mohon share ya Dr....

Rabu, 1 April 2015

MASANYA SUDAH TIBA...

Sekitar jam 11.30 pada hari Sabtu yang lalu, saya mendapat panggilan telefon daripada suami. Berita yang disampaikan membuatkan saya terkejut... Tidak percaya dengan kata-katanya. Saya baca whatsapps "famili group suami". Ya Allah, betullah apa yang disampaikan oleh  suamiku tadi.

Seketika saya terkedu. Antara percaya dengan tidak. Berita pemergian suami kakak ipar yang berada nun jauh di utara amat mengejutkan kami semua. Namun, itulah ketentuan Illahi. Dia pergi setelah tiba masanya. Betullah sesungguhnya urusan hidup dan mati kita, bahkan semua yang kita miliki adalah hak Allah belaka. Dia boleh beri dan Dia boleh ambil kembali.

Allahyarham berusia 52 tahun, seorang doktor perubatan lagi. Terkenal dengan sikapnya yang peramah, baik, suka menolong orang lain dan amat rajin membantu isterinya. Dia juga amat rapat dan penyayang dengan anak-anak.  Pemergiannya tidak diduga kerana melihatkan fizikal dirinya yang aktif dan sentiasa menjaga kesihatan.

PROMOSI BERGANDA BULAN APRIL...

Assalamualaikum w.b.t...

Syukur Alhamdulillah, kita dapat bersua kembali pada bulan April ni. Walaupun dikejutkan dengan kenaikan harga barang-barang akibat GST(cukai barang dan perkhidmatan) sebanyak 6%, namun kita terpaksa menerimanya juga. Semoga ada rahmat dan kebaikan daripadanya. 

Mungkin kita perlu gigih berusaha lagi untuk menambah pendapatan kita yang sedikit sebanyak tentu terjejas dengan GST ni.

Ok, bulan April ni masih tetap ada promosi yang diberikan oleh Shaklee untuk pengguna setianya malah juga untuk sesiapa sahaja yang berminat dengan produk Shaklee ni.


Shaklee membuat promosi yang sungguh-sungguh hebat pada bulan April ni. Lima jenis produk ditawarkan dengan harga yang istimewa ini iaitu:

* Cinch Shake
* Lecithin
* GLA
* Vitalea
* DTX Complex

Jangan ketinggalan untuk mendapat produk-produk hebat ini. Hanya sepanjang bulan April sahaja ya...

Jadi, kalau rasa berminat tu, jangan lupa contact saya di talian 01126099465(Wan)...