Rabu, 31 Disember 2014

SELAMAT TAHUN BARU 2015

SELAMAT TAHUN BARU 2015 DIUCAPKAN BUAT SEMUA RAKAN-RAKAN MAYA...

SYUKUR PADA MALAM INI TIADA SEBARANG SAMBUTAN KONSERT AMBANG TAHUN BARU SEPERTI KEBIASAANNYA. MALAH ALUNAN QASIDAH DAN SELAWAT YANG BERGEMA DIHARAPKAN DAPAT MEMBAWA KESEJAHTERAAN BUAT NEGARA. 

KITA TINGGALKAN  TAHUN 2014 DENGAN PELBAGAI KISAH, SUKA DUKA, MANIS, PAHIT DENGAN SATU KEAZAMAN BARU UNTUK MENGUBAH DIRI KITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT SERTA NEGARA KE ARAH YANG LEBIH BAIK.

BANYAK PERISTIWA BESAR YANG MENIMPA NEGARA SEPANJANG TAHUN 2014. SEMOGA SEMUANYA MENJADI SATU IKTIBAR KEPADA KITA DALAM MENJALANI KEHIDUPAN PADA TAHUN 2015. 

SEMUA SIFAT-SIFAT MAZMUMAH KITA BUANGKAN DAN GANTI DENGAN SIFAT MAHMUDAH... 

KEMBALILAH SEMULA KEPADA PANGKUAN PENCIPTA DALAM KEADAAN KITA DIREDAI OLEHNYA. HINDARI DIRI KITA DARIPADA PERBUATAN-PERBUATAN YANG BOLEH MENCETUSKAN MURKA ALLAH.

PADA KESEMPATAN INI, SAYA JUGA INGIN MENYUSUN JARI SEPULUH MEMOHON MAAF JIKA ADA SEBARANG SALAH DAN SILAP DALAM SETIAP ARTIKEL YANG DITULIS. SESUNGGUHNYA KITA MANUSIA TIDAK TERLEPAS DARI MELAKUKAN KESALAHAN. SEMOGA ALLAH AMPUNI SAYA DAN RAKAN-RAKAN PEMBACA SEMUA.

"ALL THE BEST TO YOU AND ME AND MAY ALLAH BLESS US"




IKTIBAR DARI TRAGEDI BANJIR 2014

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah, dalam dua hari ni, cuaca semakin baik, matahari dah mula bersinar. Walaupun begitu, sekali-sekala hujan masih turun.

Banjir sudah semakin surut. Namun episod sedih masih menyelubungi mangsa banjir. Sedangkan trauma semasa banjir melanda belum hilang, mereka dikejutkan pula dengan kehilangan segala-galanya. 

Sabtu, 27 Disember 2014

RAMALAN HUJAN LEBAT SELAMA TUJUH HARI

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah, banjir di Kuantan semakin pulih. Walaupun begitu kawasan lain di Pahang pula dinaiki air seperti Jerantut, Temerloh, Lipis dan Pekan. Lebuh raya Pantai Timur (LPT) ditutup kepada semua kenderaan. Begitu juga di negeri-negeri lain, banjir masih belum pulih sepenuhnya.

Amaran hujan lebat masih dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi  Malaysia.  Namun marilah sama-sama kita doakan agar hujan ini tidak  memburukkan lagi keadaan banjir di negeri-negeri yang terbabit.
                                      *********************************

Pihak Jabatan Meteorologi Malaysia(JMM) meramalkan hujan lebat serta tiupan angin kencang bakal melanda beberapa negeri di Pantai Timur dan Timur Johor bermula esok iaitu28 Disember sehingga  2 Januari depan.

Khamis, 25 Disember 2014

SUMBANGAN UNTUK MANGSA BANJIR

Assalamualaikum wbt...

Hari ini, langit masih mendung dan matahari masih malu-malu untuk menjengukkan cahayanya. Kadang kala hujan masih turun walaupun tidak selebat dua tiga hari yang lalu.

Banjir melanda tidak dapat disekat lagi. Kawasan perumahan yang berhampiran dengan sungai-sungai utama menjadi mangsa. Kuasa dan perancangan Allah tiada siapa yang boleh menolaknya. 

Banjir di Kemaman

Selasa, 23 Disember 2014

PANTAI TIMUR DILANDA BANJIR AKIBAT FENOMENA 'NEW MOON'

Assalamualaikum wbt...

Hari ni, bumi Kuantan masih lagi disirami air hujan yang mencurah-curah turun sejak semalam. Keadaan cuaca agak mendung dan gelap. Beberapa tempat telah mula dilanda banjir.  Syukur Alhamdulillah, kawasan rumah saya masih lagi selamat. Cuma jalan masuk ke simpang  tidak boleh dilalui terutama ketika hujan lebat. Air dari parit kecil akan melimpah ke atas jalan. Jadi, terpaksa melalui jalan lain.

Penduduk di sekitar kawasan sungai seperti Perumahan Bukit Rangin, Perumahan Sungai Isap, Chenderawasih sudah diarahkan bersiap-sedia untuk berpindah. Malah sudah ada yang mula berpindah. Apakah banjir yang melanda pada tahun ini sama seperti tahun lepas. Wallahu A'lam. Sama-samalah kita berdoa semoga ia tidak seburuk seperti tahun lepas.

Isnin, 22 Disember 2014

LELAKI AKTIF BERSUKAN TAK PERLU MAKAN VITAMIN???


Assalamualaikum WBT...

Agak-agak kenapa pasukan Harimau Malaya kalah dalam Piala Suzuki AFF baru-baru ni? Salah satunya, kata jurulatih Harimau Malaya iaitu Dollah Salleh disebabkan pemain-pemainya sudah keletihan pada minit-minit terakhir. Jadi, walaupun sudah menjaringkan tiga gol, namun oleh sebab stamina yang sudah berkurangan menyebabkan mereka tidak dapat menahan benteng pertahanan daripada dirobek oleh pemain-pemain Thailand.

Sudah pasti atlit atau lelaki yang aktif bersukan ni perlu mengambil lebih banyak vitamin. Cuba lihat nasib jaguh badminton negara iaitu Dato' Lee Chong Wei yang dikatakan terlibat dengan dadah. seandainya Dato' Lee Chong Wei mengutamakan pengambilan vitamin, maka sudah pasti nasibnya tidak sedemikian. Walau bagaimanapun kita harapkan nasib Dato' Lee Chong Wei akan berubah dan dapat terus menyumbang dalam arena badminton negara. 

SUSU BADAN KURANG???



Assalamualaikum wbt…

Salam ceria buat semua ibu-ibu khususnya yang baru sahaja lepas bersalin.  Pasti gembira dan teruja yang amat sangat dengan kelahiran putera dan puteri yang amat dinanti-nantikan selama ini. Tahniah buat ibu-ibu semua.


Semasa hamil, kita mungkin resah menunggu kelahiran bayi. Namun setelah bayi kita lahir, mungkin ada sesetengah ibu-ibu yang mula rasa  gelisah  dan bimbang kerana bekalan atau stok susu tidak cukup untuk dibekalkan kepada bayi terutamanya setelah mula masuk kerja. 

Pada masa inilah, ramai ibu-ibu yang mula memperkenalkan susu formula untuk bayi mereka. Alangkah sedihnya. Sedangkan pada tempoh ini(lebih kurang dua tahun), bayi sepatutnya mendapat sepenuhnya susu ibu untuk memastikan perkembangan minda, fizikal serta daya ketahanan badan yang kuat untuk membesar.

Jumaat, 19 Disember 2014

PINTU-PINTU PAHALA PELEBUR DOSA (SIRI 2)

Assalamualaikum wbt...

Pada kali ini, saya  ingin menyambung lagi artikel saya yang bertajuk "Pintu-pintu Pahala Pelebur Dosa Lalu". Semoga kita sama-sama dapat mengamalkan dalam kehidupan kita. Memandangkan sebagai insan yang lemah, kita tidak pernah lari daripada melakukan kesalahan dan dosa. Sama-samalah kita beramal...

11. Berwuduk 

   Kita hendaklah sentiasa dalam keadaan berwuduk dan sentiasa memperbaharui wuduk. Wuduk yang diambil dengan sempurna dapat menghapuskan dosa-dosa lalu. Bahkan sebaik-baiknya air wuduk tidak dilap(dibiarkan kering sendiri).

Firman Allah dalam surah At Taubah, ayat 108 yang bermaksud:

      " Allah mengasihi orang-orang yang membersihkan diri mereka (zahir dan batin)"

Sabda Nabi Muhammad saw bersabda:

      " Sesiapa yang berwuduk dengan sempurna iaitu membasuh semua anggota wuduk sebanyak tiga kali pada setiap anggota wuduk, maka ini adalah wudukku dan wuduk para Nabi."
                                                                           (Diriwayatkan oleh Ahmad)

Khamis, 18 Disember 2014

PINTU-PINTU PAHALA PELEBUR DOSA (SIRI 1)

Assalamualaikum...

Pada kali ini, Ummi mahu mengajak pembaca bersama-sama  mengetuk pintu pahala bagi melebur segala dosa-dosa lalu yang pernah kita lakukan sama ada kita sedar ataupun  tidak. Semoga dapat dimanfaatkan...

1. Sentiasa Mengingati Allah

    Kita hendaklah sentiasa mengingati Allah swt dengan cara berzikir kepadaNya. Apabila berzikir., hati kita akan menjadi tenang dan menjauhkan daripada gangguan nafsu dan syaitan.

    Firman Allah dalam surah Ar-Rad, ayat 28:

    "(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah"

2. Keluar untuk Menuntut Ilmu

    Seseorang yang menuntut ilmu serta menyampaikan pula kepada orang lain, Allah SWT akan memudahkan baginya laluan ke syurga. Oleh itu, setiap Muslim perlu menuntut ilmu yang bermanfaat untuk dunia dan akhirat.

Selasa, 16 Disember 2014

MENGGAPAI IMPIAN 2015

Assalamualaikum semua...

Tanpa kita sedari tahun 2014 akan berakhir tidak lama lagi. Tahun baru 2014 yang bakal kita tinggalkan penuh dengan kisah suka dan duka. Biasalah itulah lumrah kehidupan, walaupun pahit harus ditelan. Apa jua rencam kehidupan yang telah dilalui diharapkan makin mematangkan dan mendewasakan kita agar kita  mampu melalui apa jua cabaran mendatang yang pasti lebih hebat lagi.

Mahu tak mahu, tahun 2015 pasti akan datang. Mungkin saat ini, ibu bapa sibuk membeli-belah keperluan persekolahan untuk anak-anak. Saat ini, mungkin kewangan kita agar meruncing. banyak yang perlu dibeli untuk memastikan kebutuhan mereka dipenuhi.

Kalau seorang anak tak apa lagi tetapi kalau lima dan orang anak bersekolah tentu pening kepala memikirkan masalah kewangan. Macam saya juga, kelima-lima orang anak akan memulakan sesi persekolahan pada tahun hadapan. Alhamdulillah kerana Allah mencukupkan keperluan kami sehingga keperluan anak-anak tidak terabai.

Impian 2015

TABUNG HARAPAN MUSIM SEJUK BUAT GAZA DAN SYRIA

Assalamualaikum wbt dan salam satu Malaysia...

Mengigil apabila bangkit tidur pada pagi ini. Cuaca sejuk mengcengkam hingga ke tulang. Mujurlah adat "hot shower", kalau tidak ank mandi pun tak tahan kesejukan.

Sejak semalam, bumi Kuantan disirami hujan lebat. Langit mendung. Kalau reda pun hanya seketika. Hujan mencurah-curah... Ya Allah, semoga hujan rahmat yang Kau turunkan kepada kami. 

Namun, buat sahabat-sahabat yang berada di sekitar Sungai Isap, Pandan Damai 1, Permatang Badak, Bukit Rangin dan sebagainya, bersiap sedialah. Bimbang tragedi banjir besar yang baru sahaja menimpa pada tahun lepas berulang kembali. Apa-apapun kita berdoa, moga tidak berlaku pada kali ini.

Isnin, 15 Disember 2014

MASALAH ANAK SELALU SAKIT DI TASKA

Assalamualaikum wbt...bersua kembali.

Tentu ramai ibu-ibu yang terpaksa meninggalkan rumahtangga dan tugas sebagai surirumah kerana keluar bekerja bagi membantu suami bagi menambahkan pendapatan keluarga. Masalah selalu timbul terutamanya selepas kita mendapat anak. 

Kepala pening memikirkan taska atau pusat jagaan mana yang baik untuk anak-anak yang masih kecil ni. Kadang-kala timbul kekhuatiran bimbang anak kita terabai. Jika ada yang sesuai tu, Alhamdulillah. Jika tidak, anak-anak kecil ni pasti akan meragam setiap kali tiba di taska.

Jika ada kemampuan bolehlah ambil bibik atau pembantu rumah dari seberang untuk bekerja di rumah seterusnya dapat menjaga anak kita.

Masalah yang sering dihadapi ialah keadaan anak kita semasa di taska.  Ada sesetengah anak tak lalu makan di taska. Ini menyebabkan berat badan mereka mula susut. Malah, apa yang kerap terjadi mereka sering demam, batuk dan selesema. Ini boleh mengganggu ibu-ibu yang bekerja kerana terpaksa pula bercuti untuk menjaga anak-anak yang tidak sihat.

Ahad, 14 Disember 2014

HALALKAH COLLAGEN YANG ANDA MAKAN???



Assalamualaikum dan salam penuh ceria…


Collagen ada halal dan tak halal ke? ?? Mungkin itu yang terfikir dalam minda kita apabila baca tajuk ni kan. 

Mungkin kita kata, manalah saya nak tau halal ke haram. Kat label kata halal, maka halallah. Tapi pastikan label tu label halal Jakim, ok.


Kenapa saya tulis tajuk ni? Ini kerana masih ramai yang kurang jelas tentang ini malah sanggup memperjudikan kesihatan sendiri untuk mendapatkan collagen yang lebih murah.  

Mereka kata collagen Shaklee mahal, tak mampu nak beli. Realitinya, banyak testimoni pengguna menunjukkan bahawa  produk Collagen Shaklee ni memang berkesan.  Masih tak percaya?


Cuba lihat gambar di bawah:









COLLAGEN SHAKLEE : TERLAJAK LARISLAH PULA!!!

Bismillahi Rahmanir Rahim...

Assalamualaikum...

Beberapa hari ni, saya mendapat panggilan daripada pelanggan. Kebanyakannya bertanyakan tentang Collagen Shaklee. Tambahan pula adanya promosi beli 3 percuma 1. Maka, semakin hebatlah sambutan pengguna.

Kalau kita memang pengamal Collagen atau mahu cuba menambilnya, inilah masa dan ketikanya.  Bayangkan kalau harga  sekotak  Collagen yang mengandungi 15 sachet ni ialah RM298. Namun, anda hanya perlu membayar RM223.50 sahaja untuk sekotak pada masa ini sehingga 31 Disember sahaja. Bagaimana caranya, hubungi  saya di talian 01126099465.  Rugikan kalau tak cuba sekarang...


Namun sebelum  anda mengambil Collagen, pastikan dahulu anda telah buat pemeriksaan kesihatan untuk memastikan anda bebas daripada masalah fibroid, cyst atau endometriosis. Malahan bagi pesakit kanser seperti  kanser payu dara, kanser ovari, kanser serviks dan prostat  juga dilarang sama sekali mengambil Collagen. Bukan produk Collagen Shaklee sahaja malahan kolegan jenama yang lain juga.

Rabu, 10 Disember 2014

PENYUSUAN BAYI PRAMATANG-PENGALAMAN SEORANG IBU



Assalamualaikum….
Mungkin ada dalam kalangan para pembaca yang pernah melahirkan bayi pramatang. Alhamdulillah setakat ini, kelima-lima anak saya lahir cukup bulan. Jadi saya tidak pernah mengalami kelahiran secara pramatang ini. Namun, hasil pengalaman rakan-rakan yang pernah mengalaminya, dapatlah sedikit sebanyak pengetahuan tentangnya.

Bayi pramatang adalah bayi yang lahir kurang daripada 36 minggu dan memiliki tubuh yang ringan, dengan organ-organ dalaman yang belum matang dan memerlukan penjagaan rapi. Di Malaysia , dianggarkan lebih kurang 8 peratus bayi dilahirkan secara pramatang.

Bayi pramatang yang lahir dengan berat badan kurang daripada 1.7kg akan ditempatkan dalam incubator dan ditempatkan di NICU di hospital.

Apakah faktor-faktor Kelahiran Bayi Pramatang?

Antara faktor-faktor kelahiran bayi secara pramatang ialah:


  •        Pecah ketuban lebih awal disebabkan infeksi air ketuban dan selaput ketuban
  •        Kelahiran tidak cukup bulan
  •        Kandungan kembar
  •        Uterus dan serviks yang luar biasa
  •       Komplikasi semasa mengandung seperti hypertension atau uri di bawah   
  •       Kurang sokongan moral daripada ahli keluarga
  •       Pengambilan alkohol, dadah atau merokok semasa mengandung
  •       Jangkitan pada salur kencing
  •       Jangkitan sejak lahir di dalam uterus
  •       Kecacatan semulajadi sejak lahir


Banyak komplikasi  terhadap bayi pramatang ini. Antaranya mengalami sindrom kesukaran untuk bernafas, jaudis, masalah kesukaran untuk penyusuan disebabkan usus yang belum matang dan lain-lain komplikasi.

Mari sama-sama kita ikuti pengalaman seorang ibu iaitu Puan Hidayah A.Kassim dari Sabah  yang telah melahirkan bayi pramatang ini.


Menyusu Anak Pramatang Memang Mencabar, Apa Yg Perlu BUAT?



JOM MELANCONG KE TAIPING…

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia buat semua rakan pembaca.


Diharapkan kita semua dalam keadaan yang sihat, tenang dan ceria di samping keluarga tercinta. 


Apa perancangan yang anda semua lakukan sempena curi  persekolahan hujung tahun ni???


Sedang pening kepala memikirkan hendak membawa anak-anak melancong?? Bagi yang tidak pernah ke Taiping, apa kata bawa family untuk bercuti ke sana. 


Saya sekeluarga pun baru sahaja pulang dari sana. Kebetulan suami orang Taiping, jadi sambil-sambil bercuti tu dapat juga mengeratkan hubungan kekeluargaan dengan ibu dan pak mertua…


Apa yang menarik sangat di Taiping tu??? Mungkin itu yang bermain-main dalam fikiran kita.  Sebenarnya Taiping ni merupakan Bandar warisan atau Bandar bersejarah yang mempunyai banyak kesan-kesan peninggalan sejarah. Jadi, kalau nak tahu tentang sedikit sebanyak sejarah Bandar Taiping ni, eloklah ke sana..


Jumaat, 5 Disember 2014

PENEMUAN VITAMIN C DAN KEBAIKANNYA


Tahukah anda bahawa Vitamin C sebenarnya telah lama diketahui kebaikannya oleh manusia.  Sekitar tahun 1742 lagi,  jus lemon dikatakan dapat mencegah penyakit skurvi iaitu penyakit yang telah membunuh seramai dua juta pelayar antara tahun 1500 hingga 1800.



Pakar-pakar pemakanan hanya menemuinya pada tahun 1932. Dalam tahun 1970an, salah seorang tokoh Nobel Keamanan dan Kimia iaitu Linus pauling telah digalakkan mengambil dos vitamin C yang tinggi(antara 12 hingga 24 biji buah oren)  sebagai satu cara untuk mencegah selesema dan beberapa penyakit kronik .



Amat jelas sebenarnya vitamin C memang memainkan peranan yang penting dalam mengawal jangkitan . Ia juga merupakan antioksidan yang kuat yang boleh meneutralkan radikal bebas yang berbahaya , dan membantu peningkatan kolagen dan tisu yang diperlukan untuk kesihatan tulang , gigi , gusi , dan saluran darah. (http://www.hsph.harvard.edu/nutritionsource/vitamin-c/)



Persoalannya di sini adakah kita memerlukan banyak vitamin C untuk memastikan kita sentiasa sihat???

Khamis, 4 Disember 2014

DOUBLE PROMO –DISEMBER 2014



Assalamualaikum dan salam satu Malaysia…

Promosi menarik pada hujung tahun ini khas untuk pelanggan setia Shaklee…

Dua promosi sekali gus iaitu Vitamin C dan Vitamin E. Seperti biasa jika anda membeli enam botol, anda akan mendapat percuma satu serta mendapat keahlian seumur hidup.



Selain itu, pihak Shaklee juga memberikan diskaun 5 peratus bagi pembelian dua botol  untuk Vitamin C dan Vitamin E ini.


Inilah masanya untuk mendapatkan harga terbaik. Kongsikan dengan keluarga, saudara-mara atau sahabat anda. Anda boleh menjadi ahli secara percuma dan seterusnya dapat menjana pendapatan tambahan dengan Shaklee.

“Cash on delivery” atau COD untuk pelanggan sekitar Kuantan. Manakala untuk pelanggan di luar, akan diposkan terus ke alamat anda.

Jom orang Kuantan rebut peluang ini……call/whassaps/sms ke 01126099465/0139030098.
Saya bersedia membantu anda.


#sayajual Shaklee
#sentiasa selamat
#sentiasa berkesan
#sentiasa mesra alam