Isnin, 10 Ogos 2015

SHISHA PEN : AWASI ANAK-ANAK KITA

 Assalamualaikum wbt...

Semoga kita semua dalam rahmat dan perlindungan ALLAH swt jua terutama daripada fitnah akhir zaman ini serta dakyah-dakyah para pengikut Dajjal laknatullah.

Nampaknya pelbagai cara dilakukan oleh orang-orang kafir untuk merosakkan generasi muda kita. Sebagai ibu bapa, kita perlulah sentiasa prihatin dan mengambil tahu perkembangan semasa.

Kadang-kala dek kerana sibuk dengan kerjaya, kita lupa untuk mendidik serta mengawasi tindak- tanduk anak-anak. Inilah puncanya anak-anak semakin terbiar, rosak akhlaknya serta amat mudah terpengaruh dengan  gejala sosial di luar,

Tugas kita sebagai ibu dan bapa bukan hanya sekadar memberikan makan, minum, pakaian atau kelengkapan harian yang lain. Sebenarnya ada peranan lebih besar dari itu iaitu mencorakkan akhlak dan jiwa anak-anak mengikut acuan Islam bagi melahirkan modal insan yang sempurna dari segi jasmani, rohani, emosi dan inteleknya.

Contoh Shisha Pen

MERIAHNYA SUSU IBU!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua.

Semoga semua rakan-rakan pembaca  dalam peliharaan Allah swt jua.

Beberapa hari ni, fb dan blog diviralkan dengan isu penyusuan terutamanya isu susu ibu dan susu formula. Isu menjadi hangat apabila dikatakan timbul rasa tidak puas hati sebahagian ibu atas pendapat yang dikeluarkan oleh Ustazah Fatimah Syarha tentang susu lembu yang dikatakan boleh mempengaruhi anak kerana kandungan DNA lembu akan menjadi sebahagian daripada darah daging bayi dan menyebabkan anak akan menjadi pemarah seperti lembu.

Betul ke??? Maaf, saya tidak menonton rancangan tersebut. Jadi tidaklah saya hendak mengulasnya. Cuma rasanya kalau betul Ustazah ada menyatakan sedemikian, mungkin boleh diperbetulkan semula dengan kajian terperinci untuk tidak menimbulkan salah faham dalam kalangan masyarakat.

Isu ini juga telah ditulis oleh beberapa orang yang mungkin pakar, jadi bolehlah kita merujuk pendapat mereka. Tak perlulah marah-marah kat Ustazah tu...Saya sendiri pun memberi susu formula kepada anak-anak saya selain susu ibu disebabkan oleh beberapa masalah kesihatan saya sendiri.

Isnin, 3 Ogos 2015

Rewards Up Bonanza Shaklee!!!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Mungkin anda semua tertunggu-tunggu promosi Shaklee pada bulan Ogos ini. Namun minta maaf, Shaklee tidak menawarkan sebarang promosi produk untuk bulan ini.  Jangan bersedih kerana ada hadiah istimewa yang Shaklee akan berikan khusus buat ahli-ahli Shaklee. 

Hadiah apa ya??? Nak tahu ke? Baiklah, saya bagi tau. Hadiah  ini dikenali sebagai Rewards Up Bonanza Shaklee.  

Bagaimana cara untuk mendapatkannya?

Jadi, buat ahli-ahli Shaklee, anda hanya perlu membuat sebarang pembelian produk Shaklee dan pastikan ada peningkatan jumlah puv untuk bulan Ogos ini berbanding bulan Julai yang lalu.