Bismillahir Rahmanir Rahim...
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca. Semoga Allah masih memberi kekuatan fizikal, mental dan rohani dalam kita menjalani pelbagai urusan pada hari ini. Diharapkan kita semua berasa dalam keadaan tenang, gembira dan ceria serta dalam rahmat dan kasih sayang Allah jua.
Pada awalnya... saya amat skeptikal dengan bisnes jualan langsung ni atau MLM(Multi Level Marketing). Dulu-dulu, bila dengan tentang MLM, saya anggap semuanya skim piramid yang hanya akan menkayakan upline sahaja dan menganiaya
downline. Itulah yang saya faham. Kalau jadi upline, sentiasa
kaya, kalau jadi downline, sampai bila-bila akan menyumbang kepada
upline.
Setelah saya membaca rencana yang ditulis oleh Ustaz Zaharuddin tentang bisnes MLM yang patuh syariah, saya mula membuat kajian tentang pelbagai produk MLM ni. Alhamdulillah, saya berjumpa dengan Shaklee.
Setelah saya kaji, sistem MLM Shaklee ini ternyata sangat adil sama ada kepada upline atau downline. Walaupun upline, tapi kalau malas buat sales, memang tak
ke mana. Untuk Shaklee, bisnes ini berdasarkan sales. Ada 100 downlines
pun kalau sales 0, memang tak dapat apa-apa. Berbeza dengan sesetengah
MLM, kalau nak register pun dah kena bayar beratus-ratus atau beribu. Lepas tu kena pula cari orang(head counting) baru dapat imbuhan. Jadi, ini jelas tidak patuh syariah seperti yang digariskan dalam Islam.