Jumaat, 9 Mei 2014

SELAMAT HARI IBU.....

Hadiah istimewa sempena Hari Ibu....


Saban tahun, kita meraikan sambutan Hari Ibu pada minggu kedua bulan Mei.
Walaupun ada yang berpendapat acara sambutan ini merupakan sambutan masyarakat kristian untuk memperingati Mother mereka tetapi bagi saya tidak salah kalau kita meraikannya sebagai tanda kasih sayang buat ibu kita yang tercinta.


Hakikatnya kita sewajarnya mengucapkan terima kasih kepada ibu kita setiap hari atas segala jasa dan pengorbanannya.Tidak akan termampu untuk kita membalasnya. Setiap titis susu ibu yang kita teguk, setiap titik air mata ibu yang mengalir kerana sedih apabila kita jatuh sakit dan setiap titik peluh yang mengalir bagi menyiapkan hidangan buat kita hanya Allah yang dapat memberi ganjaran yang terbaik. InsyaAllah.



Hadiah buat bonda tercinta


Hakikatnya kita sewajarnya mengucapkan terima kasih kepada ibu kita setiap hari atas segala jasa dan pengorbanannya.Tidak akan termampu untuk kita membalasnya. Setiap titis susu ibu yang kita teguk, setiap titik air mata ibu yang mengalir kerana sedih apabila kita jatuh sakit dan setiap titik peluh yang mengalir bagi menyiapkan hidangan buat kita hanya Allah yang dapat memberi ganjaran yang terbaik. InsyaAllah.

Jika bonda anda masih ada bersyukurlah kerana masih ada Insan yang terbaik ini untuk mendoakan kita setiap detik. seorang ibu tidak pernah luput daripada mendoakan anak-anaknya agar mereka berbahagia di dunia dan yang paling penting di akhirat.

Namun bagi yang sudah kehilangan bonda tercinta, doa ibu yang mustajab sudah tidak kita peroleh. Sebagai anak, jangan lupa titipkan doa buat arwah bonda agar rohnya dicucuri Rahmat Allah jua. (Al-Fatihah buat bonda-bonda yang telah pergi meninggalkan kita)

Alhamdulillah, Allah masih mengizinkan saya menatap dan menerima doa dari seorang ibu. Walaupun bonda yang tercinta semakin lemah kondisi tubuh badannya tetapi senyumannya tetap di bibir setiap kali kami pulang atau berjumpa dengannya.

Bonda saya mengalami masalah penyakit batu karang, buah pinggang sebelah kanan yang sudah tidak berfungsi, darah tinggi serta ada ketumbuhan di dalam perut. Sudah beberapa kali bonda keluar masuk ke hospital. Pada tanggal 18 Jun nanti, bonda bakal menjalani pembedahan untuk membuang ketumbuhan tersebut.(Saya mohon agar para pembaca akan turut sama berdoa agar pembedahan tersebut berjaya)

Sempena Hari Ibu pada kali ini, Vivix dan Nutriferon menjadi hadiah khusus buat bonda tercinta. Semoga pengambilan kedua-dua supplemen ini dapat membantu mengatasi penyakit-penyakit yang dihidapinya dan membantu bonda menjalani hari-hari tuanya dengan lebih sihat. InsyaAllah, kuasa Allah tiada siapa yang tahu.

Anda pula bagaimana???

Apakah hadiah anda buat ibu tercinta???

Jika tidak mampu memberikan hadiah yang mahal, ucapkanlah terima kasih dan doakan yang terbaik untuk ibu kita pada setiap masa.

Terima kasih ibu....Sayang ibu!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan