Rabu, 30 April 2014

Masalah Kulit Muka BerJeragat

Assalamualaikum. Bertemu kembali, Hari ini saya nak berkongsi tentang masalah jeragat yang sering menghantui wanita yang semakin berusia seperti saya.

Jeragat atau nama medikalnya Melasma merupakan salah satu daripada masalah kulit yang sangat biasa dalam kalangan penduduk Asia umumnya dan Malaysia khasnya.  Masalah ini sering menghantui golongan wanita dan lelaki dalam lingkungan umur 25- 50 tahun. Kawasan muka yang sering terlibat adalah bahagian pipi. Namun terdapat juga mereka yang mengalami nya pada hidung dan dahi.

Isnin, 28 April 2014

Set Bersalin Untuk Pembedahan

Bismillahir Rahmanir Rahim. Alhamdulillah kerana masih diberi peluang oleh Allah untuk berkongsi maklumat khusus untuk kaum wanita yang bersalin melalui pembedahan atau caesarian. Walaupun tidak pernah melaluinya(semua anak akak bersalin normal), namun sudah pasti yang ada pengalaman sahaja yang tahu bagaimana rasanya.

Hasil perbualan dengan rakan-rakan yang pernah mengalaminya, rasa gerun pun ada. Syukur kerana tidak perlu melaluinya. Ada pelbagai faktor  kelahiran bayi perlu dilakukan secara pembedahan. antaranya kedudukan bayi yang songsang dalam kandungan, masalah darah tinggi atau diabetis yang dialami oleh para ibu, anak lemas dan lain-lain masalah lagi.

Set Kempis Perut Shaklee -mengembalikan bentuk badan yang ideal

Malu dengan masalah perut yang semakin buncit!!!  

Anak baru seorang tapi gaya dah macam anak lima. Perut buncit menimbulkan masalah bukan sahaja kepada kaum wanita malah kaum lelaki juga. Yalah, kadang-kala, kita taklah gemuk mana, tapi bahagian perut tu mudah naik saja. Jadi, penampilan pun tak berapa cantik.

Apa sebenarnya punca masalah perut yang buncit ni?
Masalah perut buncit selalunya berpunca daripada bahan buangan yang terkumpul di dalam usus besar. Pakar pemakanan berpendapat individu yang memiliki usus besar akan menghadapi masalah untuk menyerap khasiat daripada makanan yang diambil. Ini menyebabkan mereka cenderung untuk makan lebih daripada sepatutnya. Ini juga punca terjadinya sembelit.

Ahad, 27 April 2014

Kulit Berseri dengan Sistem Penjagaan Kulit Nutriwhite

Juanita Middleton, mungkin ramai yang tidak mengenalinya. Beliau merupakan seorang pengguna produk penjagaan kulit Shaklee semasa berumur 50 tahun.  Gambar di bawah diambil pada tahun 2011 semasa beliau berumur 90 tahun!!! 

Tengoklah wajahnya, seperti orang muda dengan kulit yang licin, berseri dan bersih.  Ingin memiliki kulit seperti beliau??? Teruskan membaca...


Kaum Lelaki dan Masalah Kesuburan - Atasi dengan Set Kesuburan untuk Lelaki

Apabila disebut sahaja tentang masalah kesuburan, terus kita kaitkannya dengan wanita.  Sering berlaku kaum adam tidak mahu menjalani pemeriksaan doktor.  Sedangkan sebenarnya masalah ini juga boleh berlaku kepada kaum lelaki.

Usah malu untuk berjumpa dengan Pakar  Sakit Tuan. Mungkin melalui ujian kesuburan yang dilakukan oleh kedua-dua pihak sama ada suami atau isteri dapat membantu kita memperoleh zuriat.

Saya bukanlah orang yang pakar untuk membicarakan tentang masalah kaum lelaki ni.(Sila rujuk dengan Doktor Pakar ya) Namun di sini, saya ingin mencadangkan dua set produk Shaklee yang dapat membantu mengatasi masalah kesuburan lelaki.

Sabtu, 26 April 2014

Tambahkan Susu Anda dengan Set Bersalin untuk Banyakkan Susu

Para ibu(terutama yang baru melahirkan anak) amat beruntung pada masa sekarang. Dengan pelbagai bantuan supplemen yang diambil, mereka berjaya menyusukan bayi dengan sempurna terutama dalam tempoh berpantang  sehinggalah bayi mencapai umur dua tahun. Tempoh menyusu bayi selama dua tahun ini bertepatan dengan firman Allah yang bermaksud:

"Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya...."
                                                        (Surah al-Baqarah, ayat 233)

Saya teringat masa mula-mula menimang anak pertama, terasa amat sedih kerana tidak dapat menyusukan anak  sepenuhnya. Rasanya hanya sembilan bulan sahaja saya dapat menyusukannya. Lepas tu, susu mula kering.

Dulu saya tidak didedahkan dengan pengambilan supplemen seperti Set Bersalin Untuk Banyakkan Susu Shaklee ni. Sekarang para ibu yang rasa susunya tak cukup untuk menyusukan bayi terutama apabila mula bekerja, bolehlah cuba set ini. InsyaAllah ramai yang dah berjaya.

Seperti yang kita maklum, susu ibu merupakan susu yang paling lengkap dan terbaik untuk bayi kita. Jadi apakah kebaikannya?

Berat yang Ideal dengan Set Kurus Shaklee Basic

Berat badan makin bertambah!!!   Macam mana nak buat ni???

Senario masalah peningkatan berat badan tak kira lelaki ataupun wanita makin bertambah di Malaysia. Masalah berat badan ini juga turut berlaku kepada kanak-kanak, pelajar dan golongan remaja.

Hai, macam mana berat badan tak naik, kalau kita makan semua benda(tolak yang tak boleh dimakanlah ya). Kebanyakkan makanan di negara kita adalah berlemak. Ia menjadi punca peningkatan lemak dalam badan dan masalah kolesterol.


Set Kesuburan untuk Wanita PCOS

Sindrom Polisistik Ovari atau Polycystic Ovarian Syndrome(PCOS)

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah kerana mengurniakan  lima orang cahaya mata  buat kami suami isteri. Namun masih banyak pasangan yang masih gagal menimang cahaya mata. 

Pelbagai masalah mengganggu kesuburan kita terutamanya wanita. Salah satu masalah ialah PCOS. Apa dia PCOS ni? Mungkin ada dalam kalangan kita tak pernah mendengarnya. Hakikatnya sindrom ini kerap menghantui kaum wanita.

Isnin, 21 April 2014

Kelebihan Menjadi Ahli Shaklee



Anda ingin menjadi ahli Shaklee?

Sebenarnya banyak kelebihan menjadi ahli Shaklee. Terpulang kepada kita sama ada ingin menggunakan untuk diri sendiri atau 'join the biznes'.

Jadi, nak tahu kelebihannya. Ok, saya senaraikan di sini untuk tatapan anda:

Ahad, 20 April 2014

Krim Serbaguna - Herbal Blend Multi Purpose Cream

Produk Shaklee Membantu Pelbagai Masalah Anda

Apa jua masalah anda, InsyaAllah di Shaklee kami ada produk yang dapat membantu masalah anda tersebut. Pilihlah set yang bersesuaian dengan masalah anda. Jangan biarkan diri anda terus dibelenggu dengan masalah.












ProSante' untuk Rambut Sihat dan Menawan


Anda mengalami masalah keguguran dan kerosakan rambut?

Hakikatnya sama ada lelaki atau wanita memang sering  mengalami masalah rambut. Rambut yang rsak disebabkan oleh diet yang tidak baik, kurang nutrisi, proses kimia dan masalah stres serta kekangan masa.

ProSante' dari Shaklee memberi penyelesaian kepada dua masalah biasa rambut iaitu kerosakan dan penipisan rambut.

Jumaat, 18 April 2014

Atasi masalah sendi dengan Advanced Joint Health Tablet

Anda mempunyai masalah sendi? Sukar untuk bergerak dengan selesa? Kesakitan akibat rawan yang semakin lemah dan rapuh terutama bagi yang semakin meningkat usia?

InsyaAllah produk Advanced Joint Health Tablet(AJHT) boleh membantu masalah anda agar anda dapat meningkatkan keselesaan sendi dan pergerakan.

Sabtu, 12 April 2014

Kulit Cantik dengan Enfuselle Skin Care



Wanita tak pernah lari dari perasaan ingin cantik. Berbagai-bagai produk kecantikan terdapat di pasaran. Demi kelihatan cantik, kita sanggup berbelanja.

Nutriferon Menguatkan Sistem Imun

Alhamdulillah bersyukur kepada Allah kerana masih terus diberi peluang untuk bernafas pada hari ini. Semoga hari ini lebih baik daripada semalam. Berusahalah untuk sentiasa meningkatkan amal ibadat kita sebelum kita bertemu dengan Rabb kita.

Harapan saya agar semua pembaca sihat dan ceria. Kepada yang kurang sihat, mungkin sistem imun kita agak lemah. Jadi mudahlah kita mendapat pelbagai penyakit. Eloklah kita perkuatkan sistem imun tubuh kita agar kita sentiasa sihat, jauh dari penyakit-penyakit berbahaya. InsyaAllah.

Kulit Cantik dengan ESP Shaklee

Assalamualaikum w.b.t..

Hari ini, saya ini berkongsi satu lagi produk Shaklee yang sentiasa menjadi tumpuan ramai. Produk tersebut ialah ESP Shaklee. Energising Soy Product Shaklee ini mempunyai banyak kelebihan kepada yang sukakan supplemen berasaskan kacang soya.

 ESP Shaklee merupakan satu-satunya produk di pasaran yang menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. Ia turut diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral.


Jumaat, 11 April 2014

Set Mengawal Berat Badan Shaklee Yang Berkesan

Bertemu kembali, pada hari ini saya nak kongsikan tips untuk kurus dengan set mengawal berat badan Shaklee.

Kaum wanita tak kira tua atau muda, sangat risau apabila berat badan makin naik. Pelbagai produk menguruskan badan dicuba. Ada yang berkesan tapi ada juga yang gagal.

Apa kata cuba pula set shaklee ini. InsyaAllah ada yang dah berjaya.

Sabtu, 5 April 2014

Vivix Produk Antiaging Yang Terbaik

Produk Shaklee yang berperanan penting dalam membantu meremajakan usia terutama untuk saya sendiri yang dah masuk era 40an ni.

Sebenarnya saya menjadi pengguna Vivix bukan semata-mata untuk kembali muda tetapi kerana penyakit yang mula bersarang dalam diri. Alhamdulillah, kesihatan makin bertambah baik.

Rabu, 2 April 2014

OsteMatrix Shaklee Membantu Melegakan Masalah Sembelit


Assalamualaikum w.b.t. Buat pertama kalinya selepas beberapa waktu menangguhkan untuk menulis di blog ini, akhirnya impian tercapai juga.

Sekadar untuk berkongsi pengalaman selepas menggunakan produk  OsteMatrix Shaklee,  Alhamdulillah masalah sembelit yang dialami makin berkurang.