Sabtu, 9 Mei 2015

MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI

Assalamualaikum w.b.t...

Alhamdulillah syukur kepada Allah masih lagi dapat bernafas pada hari ini.
Alhamdulillah atas segala nikmat, keselesaan serta rezeki yang sentiasa cukup buat kami sekeluarga.
Alhamdullah...Alhamdulillah...Alhamdulillah

Mungkin sudah ramai yang membaca buku yang berjudul "Mudahnya  Menjemput Rezeki" yang ditulis oleh Saudara Fathuri Salehuddin. Syukur, akhirnya saya juga diberi kesempatan oleh Allah untuk membacanya. 

Buku yang pada pendapat saya amat menarik dibaca dengan laras bahasa yang mudah, santai dan bersahaja. 

Apabila membacanya, kita dapat gambaran yang lebih jelas tentang rezeki. Apabila disebut rezeki sahaja biasanya kita fikirkan tentang duit atau wang atau gaji atau pendapatan. Sedangkan hakikatnya takrif rezeki itu sendiri agak luas.

Jumaat, 8 Mei 2015

PESAKIT TALASEMIA DAN KEHAMILAN

Assalamualaikum w.b.t.

Semasa hendak menulis entri ni, tiba-tiba teringat  rakan sekerja yang merupakan pesakit Talasemia. Setiap kali hamil, wajahnya kelihatan agak pucat akibat kekurangan sel darah merah.

Biasanya  dia akan mengambil supplemen tertentu bagi meningkatkan kadar hemoglobin dalam darah. Ini kerana jika kadar hB rendah, ia boleh membahayakan si ibu dan bayi. Malah bayi yang dikandung berisiko mendapat penyakit ini.

Sebenarnya apa Talasemia ni???

Berdasarkan pembacaan di laman web Kementerian Kesihatan Malaysia, Talasemia dikatakan adalah penyakit genetik sel darah merah. Pesakit talasemia tidak dapat menghasilkan sel darah merah yang berkualiti dalam kuantiti yang mencukupi. 

Ini adalah kerana gen yang mengawal penghasilan hemoglobin telah terjejas. Hemoglobin adalah satu protein di dalam sel darah merah yang berfungsi untuk membawa oksigen ke seluruh tisu-tisu di dalam badan kita.

Khamis, 7 Mei 2015

BUNTU BERAT BADAN NAIK KETIKA HAMIL??? ATASINYA DENGAN SET KURUS SHAKLEE YANG "AWESOME"

 Assalamualaikum w.b.t. 

Biasanya apabila hamil, berat badan kita akan naik dengan mendadak.

Mana taknya, makan untuk dua orang. Terutama selepas selesai sesi "pening-pening" semasa semester pertama. Lepas tu selera makan mula naik. Badanpun macam dipam-pam. Setiap kali timbang di klinik naik je...bukan sekilo tetapi dua hingga tiga kilo. 

Mulalah risau dan bimbang kalau-kalau berat ni langsung tak turun walaupun sudah bersalin. Macam mana nak buat ya. Mulalah fikir nak cuba pelbagai produk "slimming" yang berlambak-lambak di pasaran.  Namun yang mana satu berkesan???

Pastinya kita tidak mahu salah membuat pilihan. Kata orang silap pilih, wang melayang...apa kata kita pilih Set Kurus Shaklee.

Selasa, 5 Mei 2015

HADIAH VITALEA SECARA PERCUMA??? SIAPA MAHU???

Alhamdulillah dapat bertemu kembali dengan pembaca semua.

Hari ini, saya nak ceritakan tentang  promosi istimewa Shaklee pada bulan Mei ini. Khas buat semua pembaca. Rugi kalau kita tidak mengambil kesempatan ini.

Apanya yang rugi tu???

Yalah siapa yang tak nakkan barang percuma kan. Semua suka kalau dapat hadiah percuma. Tambahan pula supplemen hebat yang dah berusia  100 tahun ni. apa lagi kalau bukan Vitalea.

Apa yang bagus sangat tentang Vitalea ni??? Hendak tahu ke tak nak???



Okaylah saya bagi tahu ya.

Vitalea merupakan multivitamin dan mineral yang pertama dihasilkan oleh Dr. Forrest Shaklee. Warna  kehijauan tablet Vitalea disebabkan ia disaluti  dengan serbuk nutrisi spirulina.  Ia merupakan tablet multivitamin yang amat mudah larut dalam air dan tubuh kita. Boleh tengok sendiri video eksperimen di bawah ni.