Jumaat, 8 Mei 2015

PESAKIT TALASEMIA DAN KEHAMILAN

Assalamualaikum w.b.t.

Semasa hendak menulis entri ni, tiba-tiba teringat  rakan sekerja yang merupakan pesakit Talasemia. Setiap kali hamil, wajahnya kelihatan agak pucat akibat kekurangan sel darah merah.

Biasanya  dia akan mengambil supplemen tertentu bagi meningkatkan kadar hemoglobin dalam darah. Ini kerana jika kadar hB rendah, ia boleh membahayakan si ibu dan bayi. Malah bayi yang dikandung berisiko mendapat penyakit ini.

Sebenarnya apa Talasemia ni???

Berdasarkan pembacaan di laman web Kementerian Kesihatan Malaysia, Talasemia dikatakan adalah penyakit genetik sel darah merah. Pesakit talasemia tidak dapat menghasilkan sel darah merah yang berkualiti dalam kuantiti yang mencukupi. 

Ini adalah kerana gen yang mengawal penghasilan hemoglobin telah terjejas. Hemoglobin adalah satu protein di dalam sel darah merah yang berfungsi untuk membawa oksigen ke seluruh tisu-tisu di dalam badan kita.

Talasemia adalah penyakit genetik atau keturunan, malah kebiasanya anak mendapat gen talasemia daripada ibubapa. Ia bukan penyakit berjangkit , iaitu tidak boleh ditransmisi melalui darah, udara dan air , atau melalui sentuhan fizikal dan seksual dengan pesakit talasemia. Malah lelaki dan perempuan mempunyai peluang yang sama untuk mendapat penyakit ini.

(Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman web berikut: http://www.myhealth.gov.my/index.php/dewasa/penyakit/talasemia)

Jadi, untuk mencegahnya, pesakit Talasemia ini seboleh-bolehnya tidak berkahwin sesama mereka. Alamak! Macam mana kita nak tahu si dia ni tiada Talasemia. Kena buat "ujian darahlah" jawabnya. Tapi takkan pula kita nak cakap, "awak kita tak boleh kahwin sebab kita berdua pembawa talasemia. takut nanti anak kita pun sama..." hihihi...

Kalau dah jodoh, kata orang nak buat macam mana. Soal jodoh di tangan ALLAH.  Terima sahajalah, mungkin ada rahmat yang kita tidak tahu.

Baik, jadi jika kita memang pesakit Talasemia dan ditakdirkan pasangan kita pun sama, mungkin kita boleh berusaha untuk merawat dia kita agar sentiasa dalam keadaan yang baik, sihat dan selamat sepanjang kehamilan. Bagaimana caranya???  Tentulah dengan pengambilan supplemen atau vitamin yang sesuai.

Antara yang vitamin yang patut diambil ialah Vitamin C, B Complex, ESP dan Ostematrik. 



Ostematrik amat sesuai untuk menguatkan tulang, membantu memperbaikikekejangan dan kebas-kebas serta membantu menghindarkan stress.

    


Protin soya yang terdapat dalam ESP menguatkan sistem imun, malah merupakan pembekal tenaga yang terbaik semasa mengandung.



Vitamin C  membantu membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, malah membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman serta mengukuhkan sistem imun.







Vitamin B Complex membantu pembentukan sel darah merah yang sihat serta merangsang sirkulasi darah dalam tubuh, membantu merawat anemia, keletihan serta menggalakkan pertumbuhan yang sihat bagi bayi dan kanak-kanak.



Alhamdulillah, seorang Upline saya adalah pembawa Talasemia. Namun dengan kuasa Allah dan asbab mengambil supplemen ini, hBnya amat baik. Malah bacaan terakhirnya ialah 12.2. Semasa entri ini ditulis, beliau dah rasa "contraction" untuk bersalin. Semoga ALLAH permudahkan proses  bersalin itu untuknya. Amiin...

Jadi, jika anda mempunyai masalah yang sama atau ada saudara-mara atau rakan-rakan anda mempuntai Talasemia, bolehlah anda cadangkan pengambilan vitamin ini.

Untuk keterangan dan konsultasi dengan lebih lanjut, sila hubungi saya di talian 01126099465(Wan)...We at Shaklee always there to help you...



Tiada ulasan:

Catat Ulasan