Jumaat, 18 Julai 2014

SHAKLEE MENYUMBANG UNTUK ISRAEL???

Assalamualaikum wbt...

Syukur Alhamdulillah apabila menerima notis pemberitahuan dari pihak pengurusan Shaklee yang menjelaskan tentang isu sama ada Shaklee menyumbang untuk Israel atau pun tidak. Memang pada mulanya risau juga takut kalau-kalau kita menggunakan produk yang 'support Israel' ni. Maklumlah kita asyik cerita pasal produk yang  perlu diboikot. Tiba-tiba produk yang kita guna sehari-hari juga  membantu Zionis. Selepas menerima notis ini, syukur lah rupa-rupanya produk Shaklee tidak menyumbang kepada Israel. 

Mungkin pembaca pernah membaca laman web 'Keneseth Israe'l yang menunjukkan logo Shaklee yang dikatakan menyumbang kepada Israel. Untuk makluman, dia ni merupakan Shaklee Indepedent Distributor juga. Jadi, jika dia hendak  menyumbang keuntungan jualan Shaklee kepada Israel, itu adalah hak dia tetapi bukanlah Shaklee Corporation yang terlibat. Sebagai' counterback', saya wujudkan tabung untuk Gaza, supaya hasil keuntungan ini boleh disalurkan pula kepada Gaza.  Jadi, tidak usah risau lagi untuk membeli produk Shaklee. InsyaAllah, semoga usaha yang sedikit ini dapat membantu saudara seagama di Gaza.






SUMBANGLAH UNTUK GAZA

Assalamualaikum wbt...

Agak lama tidak update blog ini. Maklumlah kedatangan  bulan Ramadan yang hanya sekali dalam setahun ini,  perlu kita rebut peluang untuk meningkatkan lagi amal ibadah kita kepada Allah swt. Bimbang juga kalau ia menjadi Ramadan terakhir kita. Jadi kesempatan yang Allah beri ni gunalah sebaik mungkin dengan memperbanyakkan tadarus al Quran, bersedekah, solat terawih dan qiamulail.

Belum selesai episod serangan Israeil ke atas Gza, kita dikejutkan pula dengan pesawat MAS Boeing 777 iaitu MH17 yang telah terhempas di Ukhraine yang meragut 295 nyawa. MH17 diberitakan telah ditembak jatuh oleh kaum pemberontak Ukhraine. Innalillahi wainna ilaihi rajiun.Takziah diucapkan buat semua keluarga mangsa. Semoga pihak yang bertanggungjawab dapat dibawa ke muka pengadilan. Perancangan ALLAH lebih baik dari kita. ALLAH menjemput mereka dalam keadaan yang agak menyedihkan. Semoga ia menjadi iktibar buat kita bahawa usia kita bukan milik kita yang mutlak. Bila-bila masa dan di tempat mana kita akan mati, kita sendiri pun tidak tahu. Jadi, ambillah peluang sekarang untuk meningkatkan amalan kita. Jangan bertangguh lagi, wahai sahabat semua.



Khamis, 10 Julai 2014

DOA MUNAJAT UNTUK GAZA

Assalamualaikum w.b.t...

Tanpa sedar air mata mengalir di pipi apabila menatap gambar mangsa-mangsa keganasan rejim Israel/Yahudi laknatullah terutama kanak-kanak. Limpahan darah yang membasahi bumi dan raungan ibu dan bapa serta kaum keluarga amat menyedihkan. Berbezanya dengan kita di negara yang aman dan damai ni. Boleh berpuasa dengan tenang. Berbuka dengan hidangan yang enak. Namun, mereka di Gaza berpuasa dalam dentuman dan letupan bom. Berbuka dengan linangan air mata dan darah yang bercucuran.MasyaAllah ...amat menyedihkan...

Tatkala ada segelintir daripada kita yang menangis akibat kekalahan Brazil ke tangan Jerman dalam Piala Dunia, kita lupa mangsa-mangsa keganasan di Gaza menghadapi ujian yang lebih hebat dari itu. Sesungguhnya Allah telah memilih mereka berbanding  kita untuk mempertahankan Masjid Al-Aqsa, masjid ketiga suci dalam Islam. Semangat juang mereka amat hebat walaupun hidup dalam kesempitan akibat kepungan dan sekatan Israel. Bangunan pejabat, kedai, sekolah dan rumah kediaman mereka ranap akibat bom yang dilancarkan oleh Israel. Sungguh laknatlah kaum yang dihina oleh Allah dalam al Quran.

Rabu, 9 Julai 2014

E-SELL : MEMUDAHKAN PEMBELIAN PRODUK SHAKLEE SECARA ONLINE

Assalamualaikum buat semua para pembaca yang dirahmati Allah...

Alhamdulillah pada kali ini, saya ingin berkongsi tentang  pembelian produk Shakle secara online yang dipanggil e-sell. Kemudahan e-sell ini membantu para pengguna untuk membuat pembelian secara terus kepada Shaklee tanpa perlu berhubung dengan Shaklee Independent Distributor(SID). 

Pihak Shaklee akan menguruskan segala urusan pengeposan barang terus ke tangan pengguna apabila pengguna selesai membuat bayaran menggunakan kad kredit atau debit. Biasanya, pengguna akan menerima barang mereka dalam tempoh 4-5 hari bekerja di dalam negara. 

Manakala di sabah dan Sarawak atau luar negara mungkin akan mengambil masa selama 7 - 10 hari bekerja. Mudah bukan... Namun, saya ingin menasihatkan pembeli agar berhubung juga dengan SID untuk membolehkan mereka tahu cara pengambilan dan jadual pemakanan supplemen tersebut dengan teratur agar tidak tersilap dalam pengambilannya.


Isnin, 7 Julai 2014

KANDUNGAN RESVERATROL DALAM VIVIX

Assalamualaikum..

Marilah sama-sama memanjatkan rasa kesyukuran kepada Allah yang Maha Kuasa dan Maha Pengasih dan Maha Penyayang kerana dengan limpah kurnianya kita masah lagi dapat bertapak di bumi Allah ini. 

Dalam beberapa hari ini, banyak berita kematian yang kita dengar melibatkan orang-orang yang kita kenal mahupun tidak.  Kematian seorang guru yang baru berusia 34 tahun dan meninggalkan tiga orang cahaya mata mengusik hati. Beliau mati akibat sel-sel kanser yang semakin merebak ke seluruh anggota badan bermula dari usus. Orangnya cantik dan masih muda tetapi Allah telah terlebih dahulu menjemputnya. Innalillahi wainna ilaihi rajiun. Al fatihah kita sedekahkan buat semua. Semoga Allah ampuni dosa mereka dan juga dosa kita.  Terasa betapa hampirnya kita dengan kematian....

Ternyata kanser merupakan satu penyakit yang semakin membarah dalam masyarakat. Banyak kes yang kita dengar penyakit kanser ini hanya dapat dikesan apabila sudah berada di tahap empat(tahap kritikal). Pada masa ini biasanya hanya rawatan kemoterapi yang akan dilakukan oleh doktor untuk melawan sel-sel kanser. Hakikatnya ramai rakyat Malaysia yang mati gara-gara kanser. Walau bagaimanapun itu hanyalah penyebabnya. Hakikatnya Allah jua yang berkuasa untuk mematikan atau memanjangkan umur kita. Kita hanya mampu berdoa dan berikhtiar sahaja. Semua manusia tetap akan mati. Bila dan di mana Allah jua yang tahu.

Sabtu, 5 Julai 2014

NUKILAN TERAKHIR ALLAHYARHAM DATUK SHARIFAH AINI UNTUK ANAK TUNGGALNYA ALIFF

                            
Assalamualaikum,  para pembaca yang budiman.

Hari ni, hati rasa tersentuh dan sebak apabila membaca  Nukilan Terakhir Allahyarham Datuk Sharifah Aini untuk Anak tunggalnya Aliff yang banyak tersebar di fb dan whatsapps. Mungkin anda telah membacanya juga. Bagi yang belum membacanya, bolehlah membaca catatan tersebut di bawah. Semoga kita dapat iktibar dan pengajaran daripadanya. Semoga roh Allahyarham dirahmati Allah. Marilah sama-sama kita sedekahkan al Fatihah buat arwah. Al Fatihah....

     *****************************************************

- Hari ni saya ingin berkongsi cerita antara IBU & ANAK.

In Shaa ALLAH…..Dengan izin ALLAH Jika tiada aral melintang tidak lama lagi Aliff akan pulang bercuti selama 3 bulan…Bunyi nya lama tapi reality nya sekejap sangat setelah setahun tidak bertemu…kini masa dah hampir tiba untuk dia pulang..saya dah pun kemas kan bilik Aliff.

KEAJAIBAN MUKJIZAT AL QURAN

KENAPA KITA KENA SELALU BACA QURAN???

INILAH KEAJAIBAN YANG BERLAKU KETIKA ANDA MENDENGAR DAN MEMBACA AL QURAN

Dr. Al Qadhi, melalui penelitiannya di 6 buah klinik di Florida Amerika Syarikat, berjaya membuktikan hanya dengan mendengar bacaan ayat-ayat Al-Quran, seorang Muslim baik mereka yang fasih berbahasa Arab ataupun bukan, dapat merasakan perubahan fisiologi yang sangat besar.

🌿AL QURAN DAN PENYEMBUHAN🌿

Saintis baru-baru ini mendapati bunyi dari bacaan Al Quran mempunyai kuasa penyembuhan yang menakjubkan pada sel-sel dan mampu mengembalikan keseimbangan mereka.

Penurunan kemurungan, kesedihan, memperoleh ketenangan jiwa, mengubati berbagai macam penyakit merupakan pengaruh umum yang dirasakan oleh orang yang terlibat dalam penyelidikan beliau.

10 NASIHAT UNTUK GOLONGAN BERUMUR 50 KE ATAS

Kali ini, saya cuma nak kongsi nasihat yang diberikan oleh Proffesor Dr, Harlina Shiraj(yang saya peroleh dari group Whassaps) untuk tatapan kita bersama terutama bagi yang dah berumur 50 tahun ke atas atau yang bakal meniti ke usia tersebut....Bagi yang belum capai umur tersebut, boleh kongsikan dengan ibu bapa masing-masing.

10 nasihat untuk yang dah umur 50 tahun ke atas.

Nasihat pertama: Fokus kepada hendak menggembirakan orang lain. Sekarang bukan lagi  masa untuk mencari harta saja.

Nasihat kedua:  Rancang macamana nak belanjakan duit simpanan. Anda patut gembirakan hidup anda dan ganti apa yang tak dapat buat sebelum ini, kalau mampu pergilah melancong. Jangan tinggalkan apa-apa kepada anak-anak yang boleh membuatkan anak-anak bergaduh. Dengan meninggalkan sesuatu akan bawa masalah apabila anda sudah tiada nanti.

Jumaat, 4 Julai 2014

SUBURKAN RAMADAN DENGAN AMALAN SEDEKAH

Assalamualaikum para pembaca budiman....

Alhamdulillah dengan izinNya, kita masih lagi hidup untuk terus mengutip pahala ibadah dalam bulan yang penuh keberkatan. Jangan berhenti untuk terus beramal kerana pahala setiap amalan yang dilakukan dengan ikhlas akan terus mengalir sehingga kita meninggalkan dunia yang fana ini.

Salah satu amalan  yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w sepanjang bulan Ramadan ialah memperbanyak sedekah. Rasulullah banyak bersedekah pada bulan ini walaupun hanya dengan sebiji buah tamar. Jadi, ambillah peluang dalam bulan yang mulia ini untuk bersedekah. Kalau boleh setiap hari dalam bulan Ramadan kita lakukan amalan ini. Tak perlu banyak. Sedikit sudah memadai.

Gambar hiasan

Allah s.w.t berfirman, yang bermaksud:

"Bandingan(derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti  sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan ( ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha luas (rahmat) kurniaNya lagi meliputi ilmu pengetahuanNya."
                                                                              (Al Baqarah:261)

Khamis, 3 Julai 2014

PROMOSI VIVIX, BELI 6 PERCUMA 1

Assalamualaikum wbt buat rakan-rakan semua. 

Alhamdulillah kita masih diberi peluang dan dipanjangkan usia oleh Allah untuk terus berada dalam bulan kemuliaan iaitu Bulan Ramadan. Hari ini, kita telah lima hari kita berpuasa dan bersama-sama menunaikan solat terawih. Mungkin untuk ibu-ibu yang ada anak kecil susah nak ke masjid untuk berjemaah. Tak apa, kita boleh solat terawih di rumah. Walaupun suasananya agak berbeza namun yang penting kita dapat merebut pahala amalan beramal ibadat dalam bulan yang penuh keberkatan ini.

Entri kali ini, saya nak kongsikan tentang Vivix Shaklee. Memandangkan bulan Julai ni, Shaklee membuat promosi Vivix, jadi saya nak ceritakan kebaikan-kebaikan Vivix ni. Marilah sama-sama rebut peluang ini. Bayangkan kalau nak beli sebotol Vivix harganya RM475. Jadi, masa tengah promosi ni, kita dapat beli dengan harga yang jauh lebih rendah tetapi kena beli 6  botol Vivix, dapat percuma 1 botol Vivix.  Enam botol??? Banyak tu, mana larat nak beli!!! Mungkin itu yang kita fikirkan. Mudah sahaja, kita perlu cari enam orang lagi, jadi dapatlah harga yang lebih murah, bahkan terus dapat jadi ahli secara percuma!!! Tak nak ke? Rugi tau. Jom, pakat share beli.