Assalamualaikum wbt...
Agak
lama tidak update blog ini. Maklumlah kedatangan bulan Ramadan yang
hanya sekali dalam setahun ini, perlu kita rebut peluang untuk
meningkatkan lagi amal ibadah kita kepada Allah swt. Bimbang juga kalau
ia menjadi Ramadan terakhir kita. Jadi kesempatan yang Allah beri ni
gunalah sebaik mungkin dengan memperbanyakkan tadarus al Quran,
bersedekah, solat terawih dan qiamulail.
Belum
selesai episod serangan Israeil ke atas Gza, kita dikejutkan pula
dengan pesawat MAS Boeing 777 iaitu MH17 yang telah terhempas di
Ukhraine yang meragut 295 nyawa. MH17 diberitakan telah ditembak jatuh
oleh kaum pemberontak Ukhraine. Innalillahi wainna ilaihi rajiun.Takziah
diucapkan buat semua keluarga mangsa. Semoga pihak yang
bertanggungjawab dapat dibawa ke muka pengadilan. Perancangan ALLAH
lebih baik dari kita. ALLAH menjemput mereka dalam keadaan yang agak
menyedihkan. Semoga ia menjadi iktibar buat kita bahawa usia kita bukan
milik kita yang mutlak. Bila-bila masa dan di tempat mana kita akan
mati, kita sendiri pun tidak tahu. Jadi, ambillah peluang sekarang untuk
meningkatkan amalan kita. Jangan bertangguh lagi, wahai sahabat semua.
Salah
satu amalan yang amat disukai oleh Rasulullah saw ialah bersedekah
setiap hari pada bulan Ramadan ini. Ayuh, kita mulakan amalan baik ini
sekarang. Kalau sebelum ni, susah nak bersedekah, didik diri kita untuk
memberi. InsyaAllah terasa nikmatnya apabila sering melakukannya.
Yakinlah apa yang kita beri, ALLAH akan ganti dengan yang lebih baik
tetapi mestilah dengan niat yang ikhlas. Memberi kerana ALLAH swt.
Jadi,
sebagai salah satu cara untuk membolehkan pembaca bersedekah, saya
wujudkan tabung untuk Gaza melalui pembelian produk Shaklee. Jika anda
membeli produk Shaklee melalui blog ini, 50% keuntungan akan disalurkan ke Tabung Gaza di bawah NGO HALUANPALESTIN. Jadi, sambil-sambil membeli produk Shaklee, niatkan bersedekah sekali. InsyaAllah, produk dapat, pahala pun dapat.
Jika
mahu menyumbang sendiri, anda boleh bank in terus ke akaun HALUAN
PALESTIN seperti yang tertera di bawah. Semoga sumbangan yang ikhlas ini
dapat membantu rakyat Palestin yang sedang berada dalam keadaan yang
agak menyedihkan dengan kekurangan makanan, minuman dan kehilangan ahli
keluarga serta tempat tinggal. Selain itu, jangan lupa untuk terus
berdoa agar Zionis dan sekutu-sekutunya hancur musnah dengan membaca
Qunut Nazilah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan