Rabu, 11 Jun 2014

Masalah Kesuburan Akibat Haid Tidak Teratur

Assalamualaikum w.b.t...

Semoga hari ini, kita semua berada dalam keadaan ceria, cergas dan bertenaga selalu. InsyaAllah.

Pada hari ini, saya ingin kongsikan kepakaran saya dalam membantu para wanita yang telah berkahwin tetapi mempunyai masalah haid yang tidak teratur. Masalah haid yang tidak teratur ini akan mengganggu kesuburan kita. Adakalanya haid kita datang tidak menentu.

Bahkan, wanita yang mengalami haid terlalu kerap dan panjang juga sebenarnya menghadapi masalah sakit puan kerana fenomena ini akan menyebabkan mereka menopaus sebelum waktunya. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang masalah haid tidak teratur ini, kita  ikuti pnenerangan Pakar Sakit Puan, Dr. Adilat Ahmat iaitu  Pakar Perunding Perbidanan & Sakit Puan dan Rawatan Kesuburan, Pusat Rawatan Islam (PUSRAWI).

Menurut Dr Adilah Ahmat, kitaran haid dipengaruhi hormon kewanitaan, iaitu estrogen dan progesteron iaitu proses penyediaan lapisan endometrium (lapisan paling dalam uterus) untuk kehamilan. Jika kehamilan tidak berlaku, dinding ini akan runtuh dan dibuang sebagai haid. Kitaran haid berlaku pada purata 28 hari atau 26 hingga 35 hari.



Kitaran Haid Wanita


Manakala pendarahan haid pula biasanya berlaku dalam tempoh tiga hingga lima hari. Kitaran haid terbahagi kepada dua fasa, iaitu folikular (permulaan pendarahan hingga ovulasi berlaku) dan proliferatif (selepas ovulasi). Perubahan corak kitaran haid berpunca daripada perubahan jumlah dan masa pengeluaran hormon oleh kelenjar tiroid, adrenal, pituitari dan hipotalamus yang menyebabkan ovari lambat atau tidak mengeluarkan telur.

Tanpa ovulasi, haid biasanya tidak berlaku. Namun dalam sesetengah keadaan, hormon
boleh menyebabkan pendarahan yang tidak menentu masa dan jumlah sama ada terlalu sedikit atau banyak. Bahkan, masalah berat badan yang terlalu kurus atau gemuk antara faktor lazim yang mengganggu proses ovulasi, selain gangguan emosi, tekanan, tempoh penyembuhan daripada penyakit atau pembedahan turut menyebabkan kitaran haid tidak teratur.

Malah kelenjar tiroid, pituitari dan adrenal boleh menyebabkan sesuatu hormon dikeluarkan terlalu sedikit atau sebaliknya. Pernah mengalami haid, walaupun sekali, bermakna wanita itu mempunyai rahim, ovari (yang mengeluarkan hormon estrogen dan progesteron) serta laluan keluar (vagina) yang telus.

Ramai menyangka haid yang jarang berlaku disebabkan saluran fallopio tersumbat. Sebenarnya masalah ini berkait rapat dengan hormon, bukan struktur laluan haid. Menurut Dr Adilah lagi, oleh kerana kitaran haid tidak teratur berpunca daripada gangguan proses kematangan dan pengeluaran telur, ia secara tidak langsung menjadi petanda wanita berkenaan mengalami masalah kesuburan.

Ini kerana jika tidak berlaku ovulasi untuk satu pusingan haid, bermakna tiada peluang untuk hamil pada pusingan berkenaan. Pada golongan ini, ovulasi hanya berlaku pada pusingan tertentu, malah ada kemungkinan ovulasi berlaku sangat jarang atau tidak terjadi langsung.

Rawatan paling popular adalah rawatan jangka pendek menggunakan hormon estrogen dan progesteron untuk mengembalikan haid. Bagi mereka yang lama tiada haid, pil hormon progesteron boleh diambil untuk beberapa hari. Manakala pil hormon berkombinasi (mengandungi hormon estrogen dan progesteron) diambil oleh wanita yang haidnya tidak menentu dan mengalami pendarahan banyak. Pil ini bertindak seperti hormon, iaitu merangsang penebalan dan pematangan lapisan endometrium.

Rawatan selanjutnya pula akan diberi mengikut punca masalah dan keperluan setiap individu. Contohnya bagi wanita yang mengalami masalah berat badan, doktor akan merancang corak pemakanan dan senaman untuk mereka. Manakala bagi wanita belum berkahwin atau tidak mahu anak, pil hormon berkombinasi perlu diambil untuk beberapa bulan. Wanita yang mengalami masalah untuk hamil pula disaran menjalani rawatan kesuburan bagi merangsang pengeluaran telur serta ubat sampingan.

Kesan sampingan berbeza mengikut jenis rawatan dan pengambilan hormon kesuburan boleh menyebabkan lebih satu telur dikeluarkan dan risiko mendapat kehamilan kembar (dua atau lebih) boleh berlaku. Pengambilan pil hormon biasanya menyebabkan rasa loya dan pening. Penghidap PCOS pula berdepan risiko mendapat ovarian hyperstimulation syndrome. Segera berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan fizikal termasuk tekanan darah, berat badan, ketinggian, kelenjar tiroid, dada dan abdomen.

Bagi wanita yang melakukan hubungan seks, pemeriksaan dalaman juga boleh dilakukan seperti ultrasound ke atas rahim dan ovari serta ujian darah. Ini untuk memastikan gangguan ini bukan disebabkan penyakit lain.

Selain menggunakan kaedah rawatan di hospital, kita juga boleh gunakan rawatan alternatif yang lain. Antaranya mengambil supplemen yang tertentu bagi mengatasi masalah haid yang tidak teratur ini. Alhamdulillah, ramai yang telah berjaya mengatasi masalah haid mereka yang tidak teratur ini dengan menggunakan khidmat dan kepakaran kami. Seterusnya berjaya memperoleh cahayamata yang didambakan oleh pasangan suami isteri. Antaranya ialah pengambilan Set  Kesuburan Shaklee untuk Masalah haid tidak teratur ini.

Set ini terdiri daripada Omega Guard, Vita-Lea dan GLA Complex. Pengambilan supplemen ini dapat membantu menstabilkan hormon estrogen dan progesteron, seterusnya mengembalikan kitaran haid yang normal serta membantu menghilangkan masalah senggugut.




Ini merupakan antara testimoni pengguna GLA yang menunjukkan masalah haid yang dialami kembali normal. 


Jika anda, menghadapi masalah yang sama atau anda ada rakan-rakan atau saudara-mara yang mempunyai masalah ini, bolehlah kongsikan maklumat ini kepada mereka. Kita perlu berusaha untuk mengatasai masalah kita. InsyaAllah, yang membantu Allah jua.

Kepada sesiapa yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut, jangan segan-segan untuk menghubungi saya di talian 01126099465 / 0139030098 atau klik butang di bawah untuk pembelian secara online...




https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=aa8cb12cf9bdaf4c309614e7a427b480






Tiada ulasan:

Catat Ulasan