Selasa, 17 Jun 2014

Serlahkan Keayuan Semulajadi dan Kulit yang Berseri dengan Shaklee



Bismillahir Rahmanir Rahim...

Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah kerana masih diberi peluang untuk bernafas pada hari ini.

Pada kesempatan kali ini, saya ingin berkongi bagaimana nak mendapatkan kulit yang berseri dan sihat dengan menggunakan produk Shaklee. 


Kaum wanita terutamanya sering risau jika kulit mereka mula bermasalah. Antara masalah-masalah kulit yang sering kita alami adalah masalah kedutan, jeragat, kulit kusam akibat terdedah kepada sinaran ultraviolet, jerawat, kulit psoriasis dan ekzema yang menyebabkan kulit gatal, kering dan tidak selesa, juga masalah kulit kering dan berminyak.











Faktor-faktor utama berlakunya masalah kulit ini adalah disebabkan cuaca terutama jika banyak terdedah kepada sinaran ultraviolet serta radikal-radikal bebas seperti pencemaran udara, pemakanan yang tidak sihat serta masalah stres atau tekanan. Radikal bebas boleh memusnahkan sel-sel kulit serta menyebabkan penuaan kulit pramatang.

 Apabila keadaan ini berlaku, pelbagai cara kita guna untuk mengatasinya seperti pengambilan supplement atau melalui kaedah pembedahan, suntikan dan sebagainya. Namun, kita kena berhati-hati kerana bimbang bahan yang digunakan boleh menimbulkan kesan sampingan yang lain terutamanya jika produk tersebut tidak mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM). Jadi, pastikan produk yang diambil diiktiraf oleh KKM dengan memastikan adanya logo hologram KKM di produk tersebut.

Untuk makluman rakan pembaca yang disayangi, Shaklee juga ada produk yang sesuai untuk kulit muka yang bermasalah ini. Antaranya Vivix, Coqhealth, Collagen, Vitamin C, Vitamin E dan ESP Shaklee. Pengambilan produk-produk ini mampu menjadikan kulit berseri, sihat dan muda secara semulajadi.















Sekiranya anda mempunyai masalah berkaitan dengan kulit tersebut atau anda ada rakan-rakan yang mengalaminya, bolehlah cuba produk Shaklee ni. InsyaAllah pengambilan produk-produk yang saya nyatakan di atas, dapat membantu mengembalikan keremajaan kulit anda. 

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi saya di talian 01126099465/0139030098.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan