Khamis, 12 Jun 2014

Khasiat Pengambilan Kurma Dalam Diet Seharian

Alhamdullilah kerana Allah masih memberi keizinan untuk berkongsi ilmu dan maklumat dengan para pembaca. Malam ni merupakan malam nisfu Syaaban. Hanya tinggal 15 hari lagi untuk kita sama-sama menunaikan ibadah puasa. Ya Allah,  sampaikanlah kami ke bulan Ramadan. Amin....

Kali ni, saya nak ajak sahabat semua untuk menggali ilmu tentang khasiat pemakanan sunnah yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w iaitu buah kurma atau tamar. Mungkin  rakan pembaca agak hairan kenapa pula tiba-tiba nak cerita pasal buah kurma ni. Jika asyik cerita pasal Shaklee pun bosan juga kan. Jadi, kita beralih topik sikit kali ni.

Sebenarnya bukan semua orang suka makan buah kurma ni. Ada yang memang tak makan langsung walaupun pada bulan Ramadan.  Sedangkan buah kurma inilah yang menjadi amalan Nabi setiap hari. Untuk pengetahuan pembaca, kurma merupakan salah satu sumber vitamin terbaik yang patut diambil. Jadi, walaupun dah ambil supplemen,  kurma jangan pula ditinggalkan.


Pokok kurma yang banyak tumbuh di negara-negara Timur Tengah
Kurma merupakan antara salah satu makanan yang disebut di dalam al Quran(Surah Maryam: ayat 24-26) dan dalam hadis Nabi yang diriwayatkan oleh Muslim, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

"Barang siapa yang memakan 7 biji tamar 'ajwah pada waktu pagi, maka racun dan sihir tidak dapst memudaratkannya pada hari itu."

Kurma Ajwah




Apa sebenarnya kandungan yang terdapat dalam buah kurma ini?

Antaranya ialah:

  • Glukosa yang merupakan 50% daripada komposisinya.
  • Nutrisi iaitu air, tenaga, protein, lemak, karbohidrat dan serat
  • Vitamin seperti thiamin, riboflavin, niacin, panthothenic, vitamin B-6, folate, vitamin A dan E.
  • Mineral iaitu kalsium,  zat besi, magnesium,  fosfor, potasium, natetium, xink, tembaga, magnesium dan selenium.
Sebab itu, kita amat-amat digalakkan berbuka dengan tamar atau kurma ni. Kandungan glukosa yang terdapat dalam kurma akan memberi tenaga kepada kita selepas seharian berpuasa.
Kurma juga amat baik diambil ketika kita hamil atau menyusukan anak.

Khasiat utama kurma/tamar:
  1. Jika dimakan tanpa membuang kulit, dapat melancarkan pencernaan dan mencegah peradangan usus.
  2. kandungan zat besi dan kalsium dalam kurma dapat menambah kuantiti air susu.
  3. Membantu pembentukan darah dan sumsum tulang bagi bayi yang disusui.
  4. Memberi tambahan tenaga untuk ibu hamil.
  5. Dapat menguatkan urat-urat rahim, memudahkan proses kelahiran, mengurangkan pendarahan serta menguatkan organ rahim.
  6. Bayi yang disusui akan menjadi cerdas.
  7. Baik untuk atasi masalah sembelit,  lemah otot, letih  dan stres.
  8. Membantu menguatkan daya ingatan. 
  9. Kalium dalam kurma mengurangkan risiko serangan stroke dan darah tinggi.
  10. Mengurangkan penyakit insomnia. 
  11. Dapat menambah nafsu makan dan seksual. 
  12. Zat besi yang terdapat dalam kurma baik untuk penderita anemia.
  13. Memanaskan badan dan meningkatkan daya kerja otak.
Banyakkan khasiat kurma!!! 
Jadi, jangan tinggalkan kurma dalam diet kita. Bulan puasa ni, kita makan kurma banyak-banyak untuk menjadikan tubuh kita sihat, cergas dan bertenaga. InsyaAllah  kita dapat menunaikan ibadah puasa dengan sempurna.

Untuk tingkatkan lagi tenaga kita pada bulan Ramadan ini,  kita tambah dengan pengambilan Set 3 Mighty Gems Shaklee.  Nah, dengan pengambilan kurma dan set 3 mighty gems ni, tiada alasan lagi untuk tidak berpuasa dan berterawih. Sementara badan sihat dan bertenagai inilah kita tingkatkan amal ibadat kita dengan seikhlas hati kerana Allah swt.



Salam Nisfu Syaaban buat semua...dan Selamat Berpuasa..

(Sumber Rujukan : Buku 'Allah Doktorku, Wahyu Ubat Penyakitku' oleh Mukhlas Asy-Syarkani Al-Falahi)

2 ulasan:

  1. masa saya kecil2 dulu memang tak boleh nak terima juga makan kurma ni..tapi bila dah besar ni ok je nak makan..siap tambah2 lagi..=)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu....kanak2 memang tak suka makan kurma, jadi kita sebagai ibu bapalah yang perlu bantu mereka supaya mereka minat nak makan kurma..

      Padam