Set Bersalin Shaklee untuk ibu berpantang? Ramai yang takut nak percaya
sebab kita dah biasa dengan herba dan jamu semasa berpantang. Ada juga
yang berasakan macam tak cukup je kalau berpantang dengan Vitamin Set
Bersalin Shaklee.
Alhamdulillah kali ni kami bawakan kisah indah
penuh gembira seorang ibu yang berasa amat puas hati dengan Set Bersalin
Shaklee. Ibu yang dimaksudkan ialah
Puan Aizzah Zack dari Penang yang berkongsi berkenaan Set Bersalin Shaklee dalam blog beliau : http://hargasetbersalinpremium.blogspot.com/2014/03/pengalaman-pertama-menggunakan-set.html
Jom kita baca dan mengutip mutiara berharga daripada pengalaman bahagia beliau menggunakan Set Bersalin Shaklee semasa berpantang.
Saya menggunakan Set Bersalin Premium Shaklee ini ketika saya bersalin
anak yang ke-3. Sebenarnya pada mulanya saya pun seperti kebanyakan ibu
dan bakal ibu ( yang mengandung anak sulong) agak risau dan pening untuk
mencari vitamin atau jamu yang sesuai untuk digunakan ketika tempoh berpantang.
Semua ibu pastinya mahukan yang terbaik untuk anak yang bakal
dilahirkan juga untuk diri sendiri. Seperti yang semua ibu sedia maklum,
bersalin dan untuk pulih seperti sediakala bukanlah mudah.
Ada sesetengah
ibu yang mengalami tekanan ketika berpantang dalam pelbagai bentuk seperti :
- Kurang tidur - itu sudah semestinya bagi ibu-ibu yang berpantang
- Anak kecil meragam - kurang susu, kembung perut antara yang sering dialami oleh newborn baby
- Terpaksa menguruskan anak-anak yang lain yang pelbagai ragam - bagi ibu-ibu yang berpantang sendiri di rumah
- Luka bersalin yang lambat sembuh - terutama yang bersalin cara pembedahan
- Situasi di luar jangkaan - bagi ibu-ibu yang bersalin anak sulong yang tidak pernah menjangka akan berhadapan dengan situasi yang meletihkannya
Apa pun bentuk tekanan yang dihadapi oleh para ibu, maka punca masalahnya haruslah diberi perhatian.
Pengalaman Bersalin dan Berpantang Anak Sulong.
Pengalaman saya bersalin dan berpantang anak sulong memang benar-benar
mengejutkan saya. Sebagai bakal ibu yang tidak pernah melalui situasi
bersalin dan berpantang sudah pasti saya tertanya-tanya bagaimanakah
rasanya sakit bersalin. Rasa teruja yang terlalu tinggi menyebabkan saya
jadi tidak keruan apabila berhadapan dengan tanda 'contraction' untuk bersalin dan
ketika itulah ahli keluarga memainkan peranan penting dalam menenangkan saya
yang dalam kesakitan.
Saya mula rasa sakit akibat kontraksi sekitar pukul 10.00am
dan dimasukkan ke wad sekitar pukul 3.00pm. Kontraksi menjadi semakin kuat
sekitar 7.00pm sehingga 11.00pm tapi bukaan masih 1 cm.
Ketika itu,
Allah SWT saja yang tahu bagaimana situasi saya yang tidak pernah saya jangkakan akibat rasa sakit bersalin seperti. Sekitar pukul
4.00 am, dalam menahan rasa sakit tiba-tiba saya rasakan letupan kecil
seperti belon pecah diperut dan pada masa yang sama kain dan katil saya
basah. Rupanya waktu itu air ketuban saya pecah, dalam kesakitan saya
mampu lagi tersenyum kerana merasakan pengalaman itu sangat menarik.
Walau bagaimanapun bukaan baru 1.5 cm. Memang ketika itu saya hanya
mampu menangis menahan kesakitan, dalam fikiran ketika itu bukaan 1.5cm
pun dah rasa sakit macam ni apalagi bukaan 10cm, yang terbayang ketika
itu hanya wajah ibu ketika melahirkan saya. "ya Allah ya Tuhan ku
lindungilah ibu ku ya Allah".
Tepat pukul 8.30am, saya dimasukkan
ke bilik bersalin setelah bukaan 4.5cm. Ketika itu memang saya sudah tidak
bertenaga lagi dan apa yang lebih merisaukan saya ketika itu ialah saya
tak mampu untuk meneran. Lalu saya meminta epidural diberikan agar
kesakitan menjadi kurang dan saya mampu untuk bertenang ketika bersalin.
Alhamdulillah, epidural ketika itu benar-benar membantu saya
mengurangkan kesakitan yang saya alami. Tepat 1.00pm saya sudah tidak
mampu bertahan dan merasakan kesakitan yang semakin kuat sehingga
epidural pun dirasakan sudah tidak mampu menahan kesakitan itu dan
ketika itulah saya diminta untuk meneran.
Seperti yang saya jangka, saya
sudah tidak bertenaga sama sekali untuk meneran dan 10 minit berlalu baby masih
belum dapat keluar. Ketika itu saya terdengar kata-kata bidan yang mengatakan jika 5
minit lagi saya tak bersalin maka mereka terpaksa vakum baby untuk keluar. Ya Allah, risau saya mendengarnya. Masa
yang sama juga suami yang sedari awal berada di sisi sentiasa memberi sokongan dan
meminta saya meneran sehabis baik. Kata-katanya ketika itu masih
segar dalam ingatan, "Mama, kali ni teran sekuat-kuatnya...kesian kat baby."
Mendengar permintaan suami ketika itu, saya pun menarik nafas sepanjang yang
mampu dan apabila mendengar suara bidan meminta saya meneran,
saya pun mengerah sisa tenaga yang ada meneran sekuat yang mungkin dan
akhirnya setelah 26 jam bertarung dengan kesakitan akhirnya tepat 1.15pm
saya selamat melahirkan baby boy seberat 2.7kg.
Belum habis rasa
trauma bersalin, situasi berpantang juga sangat membuatkan saya
terkejut. Ketika itu, baby saya sering menangis terutama pada waktu malam. Air susu pula amat kurang
menyebabkan anak sering meragam dan turut mengalami masalah sembelit
serta kembung perut. Hanya Allah SWT saja yang tahu betapa
tertekannya saya.
Luka jahitan pula lambat sembuh sehingga memakan masa hampir 20 hari. Masa tu saya memang tak lalu minum pati ikan haruan dan
bergantung sepenuhnya dengan pil ikan haruan untuk sembuh. Badan pula
memang rasa sakit dan tidak bertenaga. Malah sehingga hari ke-40 pun
saya masih lemah. Ketika itu saya cuma makan pil jamu sahaja.
Dalam tempoh
berpantang anak sulung saya langsung tidak melakukan sebarang kerja
rumah dan lebih banyak berehat dan berbaring, tapi badan tetap lemah dan
tak bertenaga. Makan pula memang tak lalu dan kadang-kadang diserang
gastrik dan sembelit. Kalau nak kata saya tertekan, memang saya
mengaku saya amat tertekan ketika itu. Walaupun sehingga habis pantang
tenaga saya masih tidak pulih.
Pengalaman Bersalin dan Berpantang Anak ke-2.
Apabila anak sulung saya berusia 8 bulan, saya disahkan hamil sekali
lagi. Masa tu saya tak tau nak kata apa sebab trauma bersalin dan
berpantang anak sulung masih belum hilang. Namun yang membuatkan saya
menerima berita tersebut dengan gembira dan hati terbuka ialah Allah SWT
ingin memberikan rezeki yang tidak ternilai yang tak semua insan dapat
iaitu zuriat.
Oleh sebab itu saya terus mempersiapkan diri dengan
kekuatan mental, rohani dan jasmani agar saya mampu berdepan dengan apa
jua situasi yang bakal saya hadapi.
Alhamdulillah, di awal
kehamilan saya tidak mengalami alahan teruk sama seperti hamil anak yang
sulung. Walau bagaimanapun, ketika kandungan mencecah 7 bulan turun
tanda awal bersalin menyebabkan saya diberikan suntikan untuk membantu
paru-paru baby agar matang dan doktor meminta saya berehat di rumah tanpa
membuat sebarang kerja berat. Ketika kandungan mencecah 8 bulan
doktor mengesahkan baby sudah memasuki laluan dan bila-bila masa boleh
bersalin.
Allahu Akbar, sungguh berdebar saya rasakan dan berdoa semoga anak saya lahir
cukup bulan. Alhamdulillah doa saya dan keluarga dimakbulkan Allah SWT
apabila genap usia kandungan saya 38 minggu turun tanda awal bersalin.
Saya dimasukkan ke wad pukul 9.00 malam yang mana ketika itu bukaan
adalah 2cm. Sekitar pukul 12.30am, kontraksi semakin kuat dan
doktor mengesahkan bukaan dah 5cm dan saya dimasukkan ke bilik bersalin.
Memang bersalin kali ke-2 ni, bukaan agak cepa. Malah sekitar pukul
2.00am bukaan dah masuk 7cm. Sekitar pukul 2.45am bukaan dah penuh dan
sekitar pukul 2.55am saya selamat melahirkan anak ke-2.
Walau
bagaimanapun, kesakitan yang dialami memang tak mampu ditanggung
sehingga diluar sedar saya menjerit kesakitan. Ketika itu doktor
memberikan saya gas etonox agar saya mampu menahan kesakitan, tapi
kesakitan tersebut membuatkan saya jadi tak tenang dan tak mampu
menyedut gas tersebut dengan baik akhirnya saya sendiri rasa mabuk dan
hampir pitam. Saya tak pasti pula keadaan suami ketika itu apabila melihat
keadaan saya kerana pada waktu itu saya sudah tak mampu untuk bercakap dengannya dan
hanya menjerit kesakitan.
Setelah selamat melahirkan anak ke-2,
pengalaman berpantang kali ini berbeza sedikit dengan pengalaman anak
sulong. Anak kedua ni agak kurang meragam, kurang menyusu dan lebih banyak
tidur. Walau bagaimanapun, baby tak mengalami sembelit dan kembung perut
kerana lebih banyak menyusu badan. Namun susu badan pula yang sedikit
dan menjadi kering selepas habis berpantang.
Semasa tempoh berpantang kali n,i saya
mengambil jamu Indonesia yang mana penggunaanya amat rumit dan
meletihkan. Walaupun agak bertenaga sedikit berbanding berpantang
sebelumnya, namun luka jahitan juga lambat sembuh dan saya terpaksa
berulang-alik ke hospital akibat jahitan terbuka.
Kali ini saya langsung
tak mengambil pil ikan haruan dan bergantung sepenuhnya dengan jamu
tersebut. Meskipun dalam pantang, saya terpaksa juga menguruskan anak sulung.
Walau turut dibantu ahli keluarga tapi saya tetap keletihan dan merasa
sedikit tertekan.
Pengalaman Bersalin dan Berpantang Anak ke-3 Menggunakan Vitamin Shaklee.
Masuk bab ni memang saya sangat teruja dan tak sabar untuk bercerita.
Setelah hampir 3 tahun berlalu, saya disahkan hamil anak ke-3. Ketika
itu saya dan suami la insan yang paling gembira sekali. Seperti
sebelumnya, di awal kehamilan kali ini juga saya tidak mengalami alahan
yang teruk sama seperti kehamilan pertama dan ke-2, yelah mungkin sudah
rezeki saya.
Walau bagaimanapun, apabila kehamilan saya mencecah usia 29
minggu saya terpaksa dimasukkan ke wad akibat reduce fetal movement
(baby kurang gerak). Akibat kes yang sama juga sekali lagi saya
dimasukkan ke wad ketika kehamilan mencecah 32 minggu. Ketika itu, hanya
Allah SWT yang tahu betapa risaunya saya ketika itu.
Akibat kes
tersebut, saya mula membuat persediaan awal. Saya juga mula mencari jamu
yang sesuai untuk berpantang. Apa yang pasti, saya tak mahu jamu yang
saya guna masa berpantang anak sulung dan ke-2. Dalam pening mencari
jamu yang sesuai, beberapa orang rakan mencadangkan saya mengambil
vitamin Shaklee.
Disebabkan baru pertama kali mendengar nama vitamin
tersebut dan kurang keyakinan yang vitamin boleh digunakan ketika
berpantang. Saya mula mencari info tentang vitamin tersebut dan akhirnya
penerangan Master Salwa tentang Shaklee berjaya meyakinkan saya untuk
membeli Set Bersalin Premium Shaklee.
Set Bersalin Shaklee
Ketika kehamilan mencecah 8 bulan, saya menghadapi masalah gastrik,
kurang bertenaga dan kurang selera makan. Keadaan tersebut membuatkan
saya risau tentang keadaan baby dalam kandungan. Akhirnya sekali lagi
saya bertanyakan Master Salwa pasal Set Kehamilan Shaklee. Apa yang
membuatkan saya gembira bila mengetahui yang set kehamilan turut berada
di dalam set bersalin yang telah saya beli. Hal tersebut
sekurang-kurangnya telah membantu saya berjimat . Namun begitu masih timbul keraguan tentang kesannya kepada baby dalam
kandungan.
Saya beranikan diri untuk mencuba. Apa yang menakjubkan selepas 2 hari makan vitamin mengikut cara pemakanan yang betul akhirnya
tanpa saya sedari masalah gastrik saya hilang dan kembali bertenaga.
Selera makan juga kembali pulih dan menjadi semakin berselera untuk
menjamah apa jua hidangan.
Tambah mengujakan saya apabila
baby dalam kandungan semakin aktif dan semasa saya membuat pemeriksaan
antenatal di klinik, Hb saya yang sebelum ini paling tinggi 11 berjaya
naik hingga 13. Menakjubkan bukan terutama bagi saya yang tak pernah
menjangkakannya.
Set Mengandung Shaklee
Apabila kehamilan
mencecah 38 minggu, sekali lagi saya terpaksa masuk wad akibat kes yang
sama iaitu baby kurang gerak dan ketika itu doktor pakar terpaksa
mengambil keputusan melakukan "induce" ke atas saya. Ketika itu Allah SWT
saja yang tahu perasaan saya. Rasa takut membuak-buak lebih-lebih lagi
bila teringat kata-kata rakan yang bersalin secara "induce" ni lebih sakit daripada bersalin normal. Namun ku gagahkan juga diri berdepan situasi tersebut.
Sebelum diinduce saya sempat bersarapan dengan 2 keping roti dan ESP
serta vitamin Shaklee. Saya diinduce pukul 2.00pm dan mula merasa sakit
kontraksi pukul 3.00pm. Apa yang menarik, saya rasa kesakitan kali ni
lebih kuat berbanding bersalin anak ke-2 tapi saya masih mampu tenang
dan tak sedikit pun menjerit.
Hanya air mata yang mengalir dan
melihatkan keadaan tersebut jururawat terus memberikan saya gas etonox bagi menahan kesakitan. Sekali lagi saya rasa amat takjub apabila saya
dengan tenang mendengar penerangan jururawat bagaimana menggunakan gas
tersebut dengan berkesan. Sangat terharu bila saya berjaya menggunakan
gas tersebut dengan berkesan dan memang sangat-sangat membantu
mengurangkan sakit saya dan saya menjadi semakin tenang.
Sekitar pukul
4.15pm, saya meminta suami di sisi memanggilkan doktor apabila saya rasa
sudah tidak mampu bertahan. Doktor tidak menyangka bukaan sudah penuh
dan baby dah sedia untuk keluar. Doktor memberi penerangan
bagaimana nak meneran dengan cara yang betul dan yang menakjubkan saya
masih mampu mendengar penerangan tersebut dan berjaya meneran dengan
penuh bertenaga.
Akhirnya pukul 4.30pm, saya selamat melahirkan baby girl
seberat 3.4kg. Walaupun kelahiran kali ini seberat 3.4kg berbanding
anak sulong 2.7 dan ke-2 seberat 2.8, tapi apa yang membuatkan saya
gembira dan bersyukur sangat kelahiran kali ini lancar tanpa sebarang
luka dan ia memang pengalaman yang sangat menakjubkan.
Proses kelahiran
yang pantas, penuh bertenaga, melahirkan baby seberat 3.4kg tanpa
sebarang luka dan jahitan sesungguhnya itu adalah hadiah yang tidak
terhingga dari Allah SWT dan sesungguhnya saya sangat-sangat bersyukur
kerana dipermudahkan oleh Allah SWT. Sesungguhnya kita hanya mampu
berusaha dan segala kejayaan hanya dengan izinNya jua.
Selesai
bab bersalin, kini masuk fasa berpantang. Sekali lagi Shaklee memberikan
keseronokan berpantang yang memang sangat mengujakan. Sehari selepas
bersalin saya terus mengambil vitamin set bersalin serta ikut jadual
pemakanan yang telah disarankan.
Selepas 3 hari berpantang memang saya
rasa bertenaga semula walaupun tidur tak cukup. Baby pula tidak meragam dan
tak kembung perut. Air susu banyak dan pekat. Cara pengambilan vitamin pula
tidak rumit berbanding pengambilan jamu dan tidak meletihkan. Cuma
bezanya hanya perlu minum air yang banyak sekitar 3 liter kalau tak kemungkinan kita
akan berdepan dengan healing crisis.
Tiada masalah sembelit dan badan cepat kurus berbanding makan jamu. Rahim juga
cepat kecut dan yang menariknya semasa membuat pemeriksaan postnatal Hb
saya juga pekat iaitu 12.5. Kulit juga semakin berseri dan tidak pucat.
Walaupun terpaksa mengurus anak-anak ketika dalam pantang, tapi
saya tak rasa letih dan sentiasa bertenaga. Saya juga tidak mengalami
tekanan dan sentiasa rasa tenang walaupun berdepan dengan pelbagai
karenah anak-anak.
Sebagai penutup bicara, ternyata Shaklee memang menakjubkan dan tidak
salah saya katakan di sini yang setiap lapisan masyarakat wajar memiliki
Shaklee untuk mendapat kesihatan yang optimum terutama dalam kondisi kehidupan sekarang yang penuh dengan pelbagai cabaran.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan