Assalamualaikum semua...
Kita masih dalam topik Set Bersalin Shaklee tetapi kali ini kami bawakan Testimoni Set Berpantang Shaklee untuk berpantang
selepas Pembedahan Cesarean hasil pengalaman Puan Sabariah dari Ipoh.
Puan Sabariah bersalin anak ketiga secara Pembedahan Cesarean (Czer). Begitu juga dengan anak pertama dan anak kedua beliau yang terpaksa bersalin melalui pembedahan disebabkan adanya komplikasi.
Selepas menjalani pembedahan, Puan Sabariah telah mengambil Set Bersalin Shaklee untuk pembedahan. Secara ringkasnya, Puan Sabariah telah merasai manfaat-manfaat berikut apabila mengamalkan pengambilan Set Bersalin Shaklee untuk pembedahan ini. Antaranya:
- Luka pembedahan kering dengan cepat
- Keseluruhan pemulihan lepas bersalin sangat cepat.
- Susu banyak dan pekat
- Badan tidak letih, kepala tidak pening dan mood tenteram ( tidak stress )
- Bertenaga walau tak cukup rehat
Bagi mengetahui dengan lebih lanjut pengalaman beliau, jom kita lihat Review Puan Sabariah terhadap Set Bersalin Shaklee.
Pengalaman saya menggunakan Set Bersalin Shaklee Selepas Pembedahan Cesarean
----------------------------------------------------------------------------
----------------------------------------------------------------------------
Syukur, alhamdulillah saya dapat menempuh tempoh berpantang anak yang
ke 3 dengan tenang dan bertenaga. Saya mengalami tempoh berpantang yang
amat mencabar ketika anak pertama dan anak kedua.
Buat makluman saya melahirkan ketiga-tiga anak secara pembedahan.
Semasa anak pertama, saya ditahan wad selama satu minggu kerana mengalami komplikasi tumpah darah (Post Partum Hemorrhage).
Bayi saya dah dapat dibawa pulang ke rumah pada hari ketiga. Namun saya masih ditahan di
wad. Perasaan saya amat sedih kerana tidak dapat menyusukan anak sulung
saya.
Selepas keluar dari wad saya mengalami gangguan emosi
kerana kesakitan pada tempat luka bersalin dan menyebabkan luka lambat
pulih. Ketika itu saya ambil Set Bersalin Jamu dan Pati Ikan Haruan.
Semasa anak kedua pula, Alhamdulillah saya berjaya menyusunya walau baru selesai menjalani pembedahan.
Namun kali ini luka saya semakin teruk dan lebih lambat pulih
berbanding semasa anak sulung.Luka saya berair dan sedikit terbuka.
Bayangan perasaan saya waktu itu. Ketika itu saya turut makan Set
Bersalin Jamu dan Pati Ikan Haruan.
Oleh sebab luka berair dan
terbuka sedikit, maka saya perlu berulang setiap hari ke klinik untuk
menjalani dressing / mencuci luka pembedahan. Kali ini badan saya terasa
sangat sakit dan lebih lambat pulih berbanding sebelum ini.
Dek kerana serik
dengan pengalaman luka lambat pulih semasa berpantang anak pertama dan anak kedua,
saya berhasrat mencuba Set Bersalin Shaklee. SubhanALLAH kesannya amat
menakjubkan!!
Selesai pembedahan anak ketiga, saya berpantang di rumah mertua. Di sana
kakak dan adik ipar pelik melihat kesihatan saya yang amat baik dan
kadar kesembuhan yang luar biasa cepat bagi seorang yang bersalin secara
Pembedahan Cesarean Section (Czer atau C-Sect).
Mereka
terkejut melihat saya boleh berjalan laju tak seperti orang baru lepas
dibedah. Jangan kata mereka saya sendiri terkejut dengan pekara itu.
Saya merasakan kecergasan yang amat tinggi sepanjang proses berpantang
dan luka juga kering dan pulih dalam tempoh dari 2 minggu.
Dari
segi Penyusuan pula saya dapati susu saya kali ini adalah pekat
berbanding semasa saya menyusui anak pertama dan anak kedua. Malahan saya juga
dapati bayi saya lebih tenang dan lebih puas bila menyusu berbanding
bayi saya sebelum ini.
Syukur Alhamdulillah, Allah permudahkan semua.
------------------------------------------------------------------------------------
Begitulah perkongsian Testimoni Set Bersalin Shaklee dari Puan Sabariah
yang amat berpuas hati dengan Keberkesanan dan Kebaikan Set Bersalin
Shaklee terhadap pemulihan selepas Bersalin secara Pembedahan.
Alhamdulillah sebagai penjual kami amat gembira, teruja dan
sebak.....segala perasaan yang gembira hadir melihat kejayaan customer
kami pulih dengan ikhtiar Shaklee.
Semoga anda mendapat manfaat
dari perkongsian kami ini. Klik link ini sekiranya anda mahu mendapatkan
maklumat lanjut berkenaan SET BERSALIN SHAKLEE UNTUK PEMBEDAHAN.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan