Isnin, 26 Disember 2016

Resveratrol Dalam Vivix: Penawar Bagi Penyakit Diabetes

Assalamualaikum semua... Semoga sahabat-sahabat berada dalam keadaan sihat walafiat dan sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah swt jua.

 Kadang kala  kita merasakan diri kita sihat-sihat sahaja. Maklumlah mungkin kita rajin bersenam, selalu ke gym, menjaga pemakanan namun begitu jangan lupa kadang-kala penyakit tetap datang menjenguk kita. Tambahan pula kalau kita semakin berumur. Mudah sangat terkena darah tinggi, stroke, kolesterol dan kadang-kala penyakit diabetes pun ada.

Hari ni akak nak kongsikan testimoni beberapa orang pesakit yang menghidap kencing manis yang telah berjaya menurunkan kadar bacaan kencing manis masing-masing dengan izin Allah selepas konsisten mengamalkan Vivix.


Testimoni 1


Testimoni 2


Testimoni 3

Testimoni 4
Alhamdulillah hasil daripada testimoni ini, membuktikan kandungan Vivix yang penting iaitu Resveratrol berjaya membantu menurunkan bacaan gula dalam darah pesakit kencing manis.

Bagaimana resveratrol membantu pesakit diabetes ni?

Terdapat 2 cara resveratrol membantu pesakit diabetes/kencing manis:

1. Meningkatkan sensitiviti tubuh terhadap hormon insulin:

Rintangan insulin adalah satu daripada faktor penyumbang utama diabetes/kencing manis. Jika sensitiviti tubuh terhadap insulin dapat ditingkatkan, kita boleh memberhentikan diabetes/kencing manis.

Apabila tubuh kita hilang sensitiviti terhadap insulin, tubuh akan mengeluarkan lebih banyak insulin untuk mengawal aras gula dalam darah. Jadi resveratrol pula mampu meningkatkan sensitiviti tubuh kita terhadap insulin oleh itu mengurangkan amaun insulin yang diperlukan untuk mengawal aras gula dalam darah.

2. Mengaktifkan enzim yang sangat berkuasa dalam tubuh kita.

Untuk mencegah atau menyembuhkan diabetes/kencing manis, satu enzim iaitu dikenali sebagai enzim SIRT1 mestilah diaktifkan yang mana enzim ini bertanggungjawab terhadap rembesan hormon insulin dan enzim.

Sebelum kaki kita dipotong ke atau terpaksa disuntik dengan insulin(halal??) ke, lebih baik kita ikhtiar dulu dengan cara yang lain.

Hanya dengan membeli dua botol Vivix sahaja, kita dah layak menjadi ahli Shaklee secara percuma.(*Jimat Rm69 untuk daftar ahli dan jimat RM10 kos penghantaran)  Dapat rebate lagi RM35. 

Kalau kita tidak mengalami masalah ini, mungkin ada ahli keluarga kita yang menghadapinya. Jadi tolonglah mereka terutamanya ibu dan bapa.

Nak tahu lebih lanjut, boleh whatsapps akak di talian 01126099465 (K. Wan) atau tinggalkan komen di ruangan komen ya. 

#superstarshaklee
#teaempire
#pengedarshakleekuantan


Mealshake: Sumber Nutrisi Terbaik Untuk Anak-anak

Assalamualaikum rakan-rakan pembaca yang budiman...

Ibu bapa mana yang tidak sayangkan anak-anak. Kalau boleh kita nak berikan yang terbaik untuk mereka. Pakaian terbaik, mainan terbaik,  pendidikan terbaik, malah kalau boleh apa saja keinginan anak-anak kita hendak penuhi. Namun beringat selalu, janganlah kita belikan anak-anak yang masih kecil dengan gajet-gajet yang mahal. Buruk kesannya. Banyak kes yang melibatkan kanak-kanak dan gajet ni. Malah ada yang jadi autism dan addict kepada gajet-gajet ni. Nauzubillah...moga dijauhkan Allah.

Sebagai ibu bapa sepatutnya  kita  memberi keutamaan dalam menyediakan pemakanan terbaik untuk mereka. Apa salahnya kita laburkan duit membeli supplemen yang sesuai untuk anak-anak. Kita sanggup bawa anak-anak makan KFC, McDonalds, Pizza  atau bawa melancong ke sana sini tetapi dalam memberikan vitamin terbaik untuk anak-anak kita berkira.

Salah satu  sumber nutrisi yang baik untuk anak-anak ialah Mealshake. Kenapa Mealshake ni bagus untuk anak-anak kita.




Meal Shakes Shaklee menyediakan hidangan lengkap dan asid amino serta nutrisinya mudah diserap untuk kegunaan seharian.

Kalau nak tahu, Mealshake ni diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi seperti buah-buahan, sayur-sayuran, kacang soya, lactalbumin dan lain-lain. Lactabumin ialah sejenis bahan yang amat baik dan mengandungi organisma protin yang sangat berkualiti dan mudah diserap ke dalam sistem tubuh kita daripada  peringkat bayi hinggalah orang dewasa. 

Rasa vanila Mealshake ni sangat sedap. Akak pun suka minum. Boleh buat sebagai sarapan pagi. Kalau nak tambah ESP pun boleh. Lagi kenyang rasanya. Jika puasa pun dapat bertahan lama hingga berbuka walaupun tidak mengambil makanan berat waktu bersahur.

Kita tengok manfaatnya untuk anak-anak kita. Antaranya:
  • Mempunyai nutrisi yang lengkap - menyediakan 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu. Kalau anak-anak kita kurang nutrisi tu, pasti tubuhnya kurus, tak bermaya. Jadi elok sangat diberi untuk anak-anak.
  • Membantu tumbesaran anak-anak - mengandungi asid folik, biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel untuk proses membesar
  • Membantu masalah sembelit anak-anak - Mealshake kaya dengan serat laryt untuk membantu membuang lemak berlebihan dan sisa buangan dari perut dan usus.
  • Mealshake membantu anak-anak menjadi lebih bertenaga, malah tiada pewarna dan gula tiruan di dalamnya. Rendah kolesterol, lemak dan sodium.
Pasti ramai yang tidak perasankan salah satu bahan terbaik yang terdapat dalam Mealshakes Shaklee ialah Acacia Gum / Arabic Gum / Gum Arab ataupun lebih dikenali sebagai "Bread Of Heaven" di negara Arab..
Acacia Gum ini memberikan banyak kebaikan pada tubuh kita..
Antaranya:
  • Mengurangkan penghasilan radikal bebas (free oxygen radical).
  • Meningkatkan paras butyrate dalam serum darah.
  • Mengalakkan pembiakan bakteria sihat di dalam perut (Prebiotik)
  • Mengandungi banyak serat (fiber) yang membantu mengurangkan gas dalam badan
  • Membantu meningkatkan sistem imun badan, meningkatkan kadar metabolisme serta melindungi kulit
  • Membantu memberi rasa kenyang yang berpanjangan
  • Membantu badan menyerap mineral seperti zink, sodium dan kalsium.
  • Menghalang keradangan (inflammation) pada usus
Jadi, ibu-ibu dan bapa-bapa yang prihatin dengan anak-anak sentiasalah berikan yang terbaik untuk mereka. Biar cahayamata kita ni lahir dan membesar dengan sihat dan kuat. Kita didik mereka sebaik mungkin dengan ilmu-ilmu dunia dan akhirat agar terbentuk generasi yang kuat dan bukan yang manja serta lemah. Bukankah Rasulullah saw telah bersabda, " Orang Mukmin yang kuat lebih Allah sukai daripada orang Mukmin yang lemah."
 
Jika ada sebarang pertanyaan ke atau nak order produk ke atau nak jadi ahli ke, boleh whassaps akak ya di talian 01126099465 (K. Wan- Supervisior Shaklee anda)
 
#superstarshaklee
#teaempire
#pengedarshakleekuantan

 

Khamis, 22 Disember 2016

Pengambilan Nutrisi Yang Penting Sebelum dan Semasa Hamil

Assalamualaikum wbt...sahabat-sahabat yang dikasihi semua.

Semoga semuanya sihat-sihat jua dan dalam lindungan Allah walau di mana jua kita berada.

Tahniah buat ibu-ibu yang sedang hamil. Yang masih belum hamil tu, bersabarlah. Mungkin belum masanya lagi. Allah lebih tahu sama ada kita sudah bersedia atau belum untuk menimang cahayamata. Walaupun kadang-kadang kita tidak sabar terutama apabila kawan-kawan yang lain dah hamil, namun kita tidak boleh atau mudah berputus asa dari rahmat Allah. Kalau Allah nak beri sekejap je.  Walau bagaimanapun ikhtiar dan usaha perlu dibuat. Selain terus berdoa dan bertawakal kepada Allah.

Dah sembang tentang ibu-ibu hamil ni, jadi elok kita tahu tentang pentingnya mengambil nutrisi yang sesuai  buat  ibu-ibu sebelum dan semasa hamil. Antara nutrisi yang perlu ialah:-

1. PROTEIN

♡ Protein amat penting untuk kualiti dan kuantiti sperma. Pengambilan protein yang mencukupi amat  penting untuk pembentukan dan penghasilan ovum. Protein juga amat penting untuk perkembangan janin di  dalam perut.
♡ Protein juga sebagai sumber tenaga untuk para ibu. Sumber protein dipecahkan menjadi asid amino untuk pembinaan sel-sel dalam tubuh janin.
♡ Pengambilan makanan bersumberkan Protein amat penting ketika 'pre-natal' dan 'post-natal'.

2. IRON atau Zat Besi

♡ Iron amat diperlukan untuk membina hemoglobin (28mg untuk hamil). Jika hemoglobin <11mg (anemia) menyebabkan ibu mudah letih dan lesu serta boleh mengakibatkan kelahiran pra matang. 


3. ASID FOLIC
♡ Asid folik amat penting untuk membina sistem saraf dan otak janin.

4. VITAMIN C
♡ Manakala pengambilan 500mg setiap hari  lebih meningkatkan peluang untuk hamil.
♡ Selain itu, Vitamin C juga membantu merendahkan risiko kelahiran bayi pra matang. 

5. KALSIUM
♡Ibu hamil dan menyusukan bayi amat memerlukan kalsium bagi membantu pembentukan tulang dan gigi yg kuat. Malahan untuk perkembangan jantung bayi yang sihat 'bone density'malahan untuk tumbesaran bayi khususnya (melalui susu ibu). 
 ♡Kalsium juga membantu menguatkan tulang dan gigi ibu-ibu. 

6. OMEGA
♡ Minyak ikan (omega 3) juga amat penting untuk perkembangan otak dan perkembangan penglihatan sepanjang bayi dalam kandungan. 

7. VITAMIN E
♡ Ini khusus untuk para bapa. Bukan bakal ibu sahaja kena 'concern' pasal kehamilannya atau nak hamil... tapi.. bakal ayah pun kena prihatin  juga lah tentang masalah kaum lelaki yang  boleh membantutkan usaha untuk menimang cahaya mata ni.
♡ Vitamin E bersifat antioksidan, ia melindungi sperma daripada "progressive mortality". Di samping juga membantu meningkatkan aliran darah kepada sperma. 

8. ZINC 
♡ Zinc juga amat penting untuk membantu meningkatkan bilangan dan karakter sperma para bapa. 

Selain nutrisi yang disarankan di atas, banyak lagi sumber vitamin yang diperlukan oleh ibu-ibu untuk memastikan bayi yang dilahirkan sihat, matang dan cukup nutrisi. Ibu-ibu  juga
perlu  memastikan pengambilan sayur-sayuran, buah-buahan serta air yang mencukupi supaya tidak mudah sembelit dan dapat membantu masalah penghadaman kita.

Alhamdulillah, produk Shaklee mempunyai semua nutrisi yang diperlukan oleh ibu-ibu terutamanya dan para bapa juga. Pengambilan nutrisi bermula dari awal amat diperlukan oleh bakal ibu dan diteruskan semasa hamil dan selepas bersalin.

Jadi tak perlulah risau mencari vitamin semulajadi(bukan sintetik ya) yang terbaik untuk diri kita, Shaklee kan ada....

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi akak kat nombor ni...01126099465(K. Wan)

#superstarshaklee
#teaempire
#pengedarshakleekuantan




Khamis, 15 Disember 2016

Tips-tips Berjimat Cermat Dalam Zaman Ekonomi Meleset

Assalamualaikum sahabat...

Hari ni akak nak bagi tips-tips yang boleh digunakan dalam zaman ekonomi meleset ni.
Jangan tak tau ekonomi kita makin merundum. Mata wang ringgit makin jatuh. Kalau tak salah dah RM4.45 berbanding 1 Dollar US. 

Dah tentu harga barang makin  naik. Minyak masak dah naik harga. Ikan, sayur-sayuran pun sama. Barang-barang lain pun naik juga. Cuma kadang-kadang kita tak sedar. Penjual naik senyap-senyap. Dengar khabar  yang menderu di angin lalu, petrol akan naik Januari depan.

Dah lah nak buka sekolah awal Januari ni. Yuran bulanan sekolah anak akak pun nak naik juga bulan tu. Allahu Akbar....bertabahkah kita.

Rasanya tahun 2017 pasti merupakan tahun yang mencabar.

Bersediakah kita???

Bagi yang ada income bulanan yang besar, mungkin tak terasa. Namun bagi segelintir masyarakat yang gajinya cukup-cukup makan ni, perit juga rasanya. Perbelanjaan makin meningkat berbanding pendapatan.

Di sini akak nak kongsikan tips-tips yang mungkin berguna. Mana yang baik tu boleh diamalkan. Antara tips-tipsnya ialah:

☆ Yang pertama sekali gaji kita, bahagi kepada  4 bahagian:

1. Perbelanjaan harian :
 
     Beli beras, pampers anak, susu anak dan lain-lain keperluan dapur untuk sebulan. Yang kena beli tiap-tiap hari tu memang dah kena agih dan ketepikan awal-awal.




2. Bayaran loan, dan bil-bil utiliti: 

     Jika ada hutang rumah dan kereta, jelaskan dulu. Jangan sampai tertunggak. Bil-bil air, api, internet pun sama. Akak rasa pelan Astro tu tak da pun tak pe. Rumah akak tak de Astro...hihihi. Jimat daripada bayar bil Astro.

3. Beri kepada  ibu bapa, keluarkan  zakat dan sedekah:   

    Jangan kedekut untuk memberi kepada kedua-dua ibu bapa. Biarpun sedikit, memberilah. Redha Allah terletak kepada redha ibu bapa. Malahan InsyaAllah harta yang dimiliki bertambah berkat.


4. Simpanan:

     Ini penting. Jangan sampai habis bulan habis gaji. Menabunglah untuk diri sendiri dan anak-anak. Akak dulu start kerja akak potong dalam tabung haji untuk diri sendiri dan snak-anak. Awalnya untuk anak-anak RM10 je. Gaji bertambah akak naikkan potongan. Alhamdulillah sekarang makin bertambah duit diorang. Boleh digunakan bila mereka nak sambung belajar nanti. Taklah harapkan PTPTN je. 

Kalau ada duit lebih boleh  beli emas sebagai aset. Simpan 1gram sebulan. Emas ni aset yang bernilai dan ada hadis nabi pesan supaya simpan dinar(emas) dan dirham(perak) kerana inilah mata wang yang akan digunakan akhir zaman nanti berbanding wang kertas(fiat).



☆Kurangkan makan di luar. 

Elakkan pembaziran. Makanan kat luar ni banyak ajinomoto dan dari segi kebersihan pun tak terjaga. Elok masak sendiri. Lagi berkhasiat. Kalau ada wang lebih, bolehlah sekali-sekala tu bawa keluarga makan di luar

☆Bawa bekalan.

Galakkan anak-anak membawa bekal dan air masak ke sekolah. Kita pun boleh juga bawa bekal ke tempat kerja.

☆Berkebun. 

Kalau minat gardening tu, boleh tanam sayur-sayuran dan pokok buah-buahan. . Jimat tak payah beli sayur. Sayur-sayuran yang dijual di pasar-pasar  pun banyak racun-racun berbahaya. Namun bergantung juga kepada keluasan tanah sekeliling rumah. Bagi yang tinggal di rumah pangsa atau flat, agak susah jawabnya.



☆Beli sesuatu barang ikut keperluan bukan ikut kehendak. 

Ini agak susah juga. Pantang nampak tudung ke, kasut ke atau handbag ke,cepat je terpengaruh. Terutama kaum hawa. Nafsu sembilan, akal satu. Susah nak kontrol. Buat kaum hawa ni jangan boros-boros ya. Akak bagi contoh, kalau dah ada smartphone tu dan masih boleh digunakan, gunalah. Jangan sibuk nak beli yang baru. Maklumlah bila tengok IPhone7 tu, terbeliak biji mata.  Akak selagi tak jamm smartphone tu, akak pakai je. Terpaksa beli baru apabila ia mula buat hal.

☆Buat kerja-kerja sampingan

Buatlah kerja-kerja sampingan yang boleh menjana pendapatan tambahan jika ada masa luang. Bisnes online ke, carboot sale ke atau nak join bisnes Shaklee dengan akak pun boleh. Daftar cuma RM69 je. Dah boleh berbisnes. Bonus Shaklee pun dapat. Semalam baru je kami dapat.  Pertengahan bulan dapat bonus. Akhir bulan dapat gaji. Kan best tu. Syukur Ahamdulillah, bolehlah menampung perbelanjaan dapur. Nak banyak lagibonus  kena usaha lagi banyak.

☆Berdoa dan Beribadah

Akhirnya,selain mengerjakan ibadah wajib  jangan lupa berdoa serta mengamalkan ibadah sunat sepertisolat sunat dhuha serta berzikir agar dimurahkan rezeki oleh Allah. Kita berdoa dan meminta kepada Pemberi Rezeki iaitu ALLAH SWT kerana Dialah pemilik semua rezeki di atas muka bumi ini. Kita usaha setara manapun, kalau Allah tak izinkan maka bukan milik kita.

#tsunamishaklee
#lifeamazing
#superstarshaklee
#teaempire
#GT12

Selasa, 6 Disember 2016

Nutriferon Shaklee: Pengganti Antibiotik Terbaik Untuk Anak-anak

Assalamualaikum sahabat-sahabat semua...

Selalunya apabila anak-anak kita sakit, kita mula risau. Cepat-cepat kita bawa ke klinik berjumpa doktor. Selepas doktor memeriksa anak kita, maka diberilah preskripsi ubat-ubatan yang perlu dikonsumi. Kalau sakit agak teruk, selalunya doktor akan memberi antibiotik. Perlu pastikan makan sampai habis.

Dulu, akak pun macam tu...terutama suami akak tu tak boleh lihat anak sakit sikit terus nak bawa berjumpa doktor. Sekarang tidak lagi. Kalau sakit je, akak bagi anak akak makan Nutriferon. Jarang-jarang sangat kami berjumpa doktor. Kalau boleh akak nak elak daripada memberi anak-anak antibiotik ni. Kenapa pula ya? 

Apakah Antibiotik?

Antibiotik ini berasal daripada perkataan Yunani iaitu "anti" yang bermaksud "melawan" dan "bios" yang berarti "hidup". Antibiotik merupakan sejenis sebatian kimia yang digunakan untuk melawan jangkitan mikroorganism seperti kuman dan bakteria.



Sumber Antibiotik

Antibiotik boleh diperoleh daripada sumber biologi seperti kulat dan mikroorganism. Pada masa sekarang, antibiotik boleh dihasilkan melalui sintesis kimia hasil kemajuan dalam bidang kimia organik. Jadi antibiotik berfungsi membunuh kuman yang menyebabkan jangkitan.
Oleh itu, semua antibiotik perlu dihabiskan dalam tempoh yang diberi. Ini bertujuan untuk memastikan semua mikroorganisma yang menyebabkan penyakit telah dibunuh untuk mengelakkan terdapatnya mikroorganisma yang akan imun terhadap antibiotik tersebut.

Sejarah Ringkas Penemuan Antibiotik

Pada tahun 1928, Alexander Flemming telah menjumpai antibiotik secara tidak sengaja. Beliau lupa membersihkan penyediaan bakteria pada cawan petri.Apabila dia ingin membersihkannya pada hari Isnin, beliau telah melihat sejenis kulat disekitar cawan petri tersebut dan hasil penelitian lanjut ternyata  kulat tersebut ialah Penicillium Chrysogenum. Itulah antibiotik yang pertama yang kemudiannya dikenali penicillin G.

Dr. Alexander Flemming

Kemudiannya pelbagai antibiotik dihasilkan dalam bidang perubatan. Namun begitu antibiotik ni tidak boleh diambil sesuka hati. Biasanya hanya doktor sahaja yang boleh mengenal pasti antibiotik yang sesuai untuk mengubati jangkitan bakteria.


Antibiotik juga tidak bekerja melawan jangkitan virus seperti flu, sakit tekak, bronkhitis dan sebagainya. Jika digunakan untuk melawan virus mungkin akan membahayakan tubuh. Ini kerana ia boleh meningkatkan kekebalan bakteria terhadap antibiotik. Bakteria yang dah kebal dengan antibiotik ni tak boleh lagi dibunuh dengan ubat tersebut  pada dos yang sama.

Alternatif Lain Untuk Antibiotik?

Alhamdulillah, akak dah dapat alternatif lain untuk menggantikan antibiotik ni. .. Apa dia tentulah Nutriferon Shaklee. Apabila anak-anak tak sihat atau akak sendiri yang tak sihat, kami akan mengambil Nutriferon.

Apakah Nutriferon?

Nutriferon merupakan hasil kajian 40 tahun Dr. Yosuhiko Kojima dari Universiti Tokyo. Dr. Kojima telah berjaya ,membangunkan satu-satunya interferon semulajadi di dunia.

Dr. Yasuhiko Kojima


Dr. Kojima telah mengekstrak empat jenis tumbuhan iaitu biji labu, bunga Safflower, Honeysuckle Jepun dan biji Plantago; yang mempunyai kebolehan mendorong pengeluaran semulajadi interferon tubuh. 


Formulanya ternyata selamat dan berkesan dan merupakan penemuan terhebat dalam bidang immunology. Nutriferon kemudiannya telah dipatenkan oleh Shaklee.

Manfaat Nutriferon

Ini paling penting..manfaatnya banyak sekali. Antaranya:
 
  • Membantu mengukuhkan sistem imun dalam masa tiga hari
  • Membantu melawan kanser dan tumor
  • Membantu melindungi dari influenza
  • Membantu meringaankan stres dan kelesuan
  • Membantu melambatkan pernuaan
  • Membantu mengurangkan  infeksi pesakit-pesakit Hepatitis B dan C
  • Membantu melambatkan menopause
  • Membantu  mengurangkan simptom akibat ketidakseimbangan sistem endoktrin sperti kejang waktu haid, sakit belakang, sakit payudara 
 


Jadi, jangan risau untuk mengambil Nutriferon ni kerana ternyata ia terhasil daripada  ekstrak sumber-sumber semulajadi yang tidak mengandungi bahan kimia yang memudaratkan. Malah sesiapa sahaja boleh mengambilnya. Kalau bayi yang menyusu tu, si ibulah yang perlu mengambilnya. 

Malah Nutriferon  yang diambil bersama SR Vitamin C dan Performance Drink juga membantu meningkatkan platelet darah bagi sesiapa yang menghidap demam denggi.

Sekarang akak tak cari yang lain dah. Kalau doktor bagi antibiotik pun akak simpan je. Sebagai ibu bapa yang prihatin kepada anak-anak kita, pastikan di rumah kita disimpan Nutriferon. Jika anak sakit bolehlah diberikan Nutriferon ni.

Berminat nak dapatkan Nutriferon, boleh  hubungi akak di talian 011 260 99465 (Kak Wan)

#pengedarshakleekuantan
#pengedarshakleekemaman
#superstarshaklee
#teaempire



 


Sabtu, 3 Disember 2016

5 Kelas Bisnes Online Shaklee: Tips Bisnes Online dan Marketing

Assalamualaikum wbt buat semua...

Hari ni akak nak cerita tentang kelas-kelas yang sering dianjurkan oleh mentor Shaklee akak iaitu Master Salwa. Kelas-kelas yang beliau anjurkan sama ada secara online atau offline adalah bertujuan untuk meningkatkan lagi teknik-teknik berbisnes dan cara-cara membuat pemasaran. Alhamdulillah, walaupun setakat ini akak tak pernah hadir lagi ke kelas beliau secara offline tapi akak sering hadir kelas secara online.

Apa pula ya kelas online dan kelas offline ni?

Kelas online ni biasanya dibuat secara webinar iaitu hanya menggunakan laptop atau gajet-gajet canggih kita tu. Melalui webinar, kami dapat dengar suara beliau membuat penerangan tentang sesuatu topik. Manakala kelas offline pula  ialah kelas yang diadakan secara langsung(face to face) dengan mentee bisnes atau anak-anak Shaklee dari team Superstar ataupun kelas yang diadakan oleh Shaklee sendiri seperti bengkel nutrisi atau perkongsian daripada master-master yang lain.


Master Siti Salwa yang anggun
 Antara kelas yang selalu Master Salwa adakan ialah:

1. Rahsia Ajaib Jutawan Shaklee

Kelas ni tentang rahsia dan tips macam mana suri rumah yang biasa-biasa sahaja boleh jadi jutawan hasil daripada bisnes Shaklee. Jangan tak tahu ya, ramai suri rumah yang buat bisnes Shaklee ni.  Pada awalnya mereka hanya makan untuk diri sendiri. Kemudian mereka kongsikan kebaikan yang mereka peroleh daripada produk Shaklee melalui FB hingga akhirnya mereka pula menjadi pengedar dan menjalankan bisnes ni. Kelas ni biasanya dijalankan secara offline sahaja.

2.  Kelas Strategi Blog 7 Angka

Kelas ni pula khusus tentang macam mana nak bina blog sehingga menjadi medium atau channel supaya sales atau jualan masuk  setiap hari umpama sungai yang sentiasa mengalirkan air atau pohon yang lebat berbuah. Jadi jangan risau, walau kita berada jauh sekalipun masih boleh mengikuti kelas ni secara online. Namun bagi yang boleh hadir secara langsung, eloklah menuntut ilmu terus dari beliau. InsyaAllah beliau ni memang amat mahir tentang blog.

3.   Kelas Teknik Close Sales Power

Kelas yang amat menarik tentang cara-cara nak close sale dengan berkesan menggunakan teknik panggilan magic yang diadun dengan elemen lampu ajaib. Hihihi...kita tak guna lampu Aladin  ya. Ada kelas yang dilakukan secara online dan ada juga secara offline.

4.    Kelas Teknik FB 6 Angka

Kelas ni pula khas untuk membina kredibiliti diri kita sebagai peniaga online ni. Maklumlah kami banyak bergantung dengan blog dan FB. Melalui FB, kami ditekankan untuk membina reputasi kita sebagai peniaga online ni. Ini bertujuan supaya bisnes kita berjalan dengan berkesan tanpa kita mengeluarkan modal yang banyak untuk tujuan pemasaran dan marketing.

5.   Kelas Marketing dari Pakar Internet Marketing yang dijemput khas.

Ha...kelas ni memang khusus dibuat oleh Master Salwa dengan menjemput pakar-pakar yang mahir dalam bidang Internet Marketing untuk kami iaitu team SuperstarShaklee. Antara pakar-pakar yang dijemput ialah Tuan Amirul dan Tuan Iftitah. Kebanyakannya secara offline.

Antara kelas offline yang pernah akak ikuti ialah bengkel nutrisi yang dianjurkan oleh Shaklee. Bengkel ni memberi peluang kepada ahli-ahli untuk mengetahui lebih mendalam tentang produk-produk Shaklee ni. Bengkel ni biasanya dikendalikan oleh pakar nutrisi Shaklee sendiri. Kita nak jual produk kan, jadi amat eloklah kita pergi supaya pengetahuan  kita tentang produk tu bertambah. Selepas kelas selesai, kami dapat sijil lagi. Nanti kalau customer tanya pun kita tahu nak jawab dan terangkan tentang produk-produk yang sesuai untuk masalah customer.
Bengkel Nutrisi Shaklee

Pakar Nutrisi Shaklee yang cantik

Jikalau sahabat semua berminat nak tahu lebih lanjut, jomlah join team kami. Sama ada nak makan sendiri ke atau nak bisnes ke, kami sedia membantu. Ada apa-apa hal, boleh call/whatsapps/mesej akak di talian 01126099465 (K. Wan)


#pengedarshakleekuantandankemaman
#superstarshaklee
#teaempire

Vitamin Shaklee:Supplemen Wajib Ada Semasa Travel

Assalamualaikum...

Sekolah dah cuti kan. Tentu masing-masing dah buat perancangan nak pergi ke mana-mana.
Ada yang nak balik ke kampung. Ada yang pergi melawat ke tempat-tempat menarik dan bersejarah atau pergi ke taman tema. 

Hah, siapa yang nak jejalan kat Kuantan ni, boleh le berkunjung ke Bukit Gambang Water Park...Taman Tema Air yang terbesar kat sini. Kat situ pun ada Taman Safari. Anak-anak mesti seronok nak tengok singa, harimau, burung-burung dan haiwan-haiwan lain.

Bukit Gambang Water Park
Jangan risau tentang penginapan, ada hotel dan homestay pun banyak...harga berpatutan.
Namun kalau nak pergi berjalan tu jangan lupa buat persiapan. Selain pakaian, duit belanja dan servis kenderaan,  jangan lupa bawa vitamin dan ubat-ubatan juga. Kesihatan perlu dijaga. Dalam nak bergembira tiba-tiba sakit pula. Tak seronok kan...jadi lebih baik kita bersedia dahulu.

Bukit Gambang Safari Park

Akak pun sama juga. Setiap kali pulang ke kampung atau pergi jalan-jalan ke mana-mana bersama keluarga, beg vitamin tak tinggal.Vitamin untuk anak-anak, suami dan diri sendiri mesti bawa. 

Baru-baru ni, kami berjalan-jalan di Gold Coast Morib. Anak-anak nak mandi kolam dan kenal-kenal tempat orang. Inilah kali pertama sampai ke Morib...sambil melawat nenek dengan opah yang berada di Klang.Tahu sajalah kalau dah main air tu, tak ingat dunia. Akak pun bimbang juga takut anak-anak demam ke, selesema ke. Maklumlah tempat orang ramai. Penyakit pun mudah berjangkit.

Gold Coast Morib

Jadi sebelum mandi, bagi vitamin C dulu kat anak-anak supaya sistem imun badan mereka kuat. Lepas  mandi bagi nutriferon pulak. Bukan apa bak kata orang putih"prevention is better than cure"...

Akak pun kalau jalan jauh, rasa penat dan letih je. Maklumlah dah berumur ni. Jadi kena makan vitamin B dan vitamin C juga. Alhamdulillah lega rasa badan. Malamnya sebelum tidur, telan Ostematrik. Dapat tidur lena...biasa susah nak tidur di tempat baru.

Suami akak pun sama...siap makan Alfalfa dan Phytocol...maklumlah ada masalah kolesterol. InsyaAllah dapat kawal kolesterol dia.

Apa-apa pun jangan lupa satu perkara. Vitamin tu hanya ikhtiar sahaja. Pergantungan dengan Allah tu yang paling penting. Jadi ke mana kita pergi pun perlu banyak-banyak berdoa. Semoga Allah permudahkan urusan kita dan selamatkan perjalanan kita. Sambil kita tadabbur alam melihat ciptaan Allah s.w.t. Doa orang bermusafir ni, InsyaAllah makbul.

#tsunamishaklee
#lifeamazing
#superstarshaklee
#teaempire
#GT12
 
 
 

Khamis, 1 Disember 2016

10 Kelebihan Beli dan Daftar Ahli Shaklee Dengan Saya Dari Group SuperstarShaklee

Assalamualaikum semua...

Hujan turun seharian di bumi Kuantan hari ini. Marilah kita sama-sama berdoa agar hujan yang turun adalah hujan rahmat dari Allah untuk  kita semua.

InsyaAllah, fokus topik akak hari ni nak cerita  kelebihan beli produk Shaklee dan mendaftar menjadi ahli Shaklee dengan group kami yang hebat iaitu Team SuperstarShaklee...

Untuk pengetahuan pembaca, team kami dipimpin oleh Master Siti Salwa yang telah berjaya naik sebagai Master Koordinator Shaklee dalam tempoh yang singkat  iaitu 7 bulan sahaja iaitu pada tahun 2013. Hebatkan...

Kata orang untuk berjaya, kita kena perlu ikut langkah orang-orang yang telah berjaya. Jadi, sememangnya beliau menjadi idola kami, ahli-ahli team SuperstarShaklee.

Alhamdulillah sebelum closing semalam pada 30 November 2016, seorang Koordinator telah lehir dalam team kami serta ramai lagi senior supervisor dan supervisor yang baru. Antaranya yang baru masuk bulan November telah berjaya menjadi Supervisor dalam tempoh yang singkat. Tahniah team SuperstarShaklee.

Jadi, kalau korang nak pilih team, pilihlah team kami. Kenapa? Mari akak kongsikan kelebihan-kelebihan membeli produk Shaklee dan menjadi ahli Shaklee dengan group SuperstarShaklee..


Antara kelebihannya ialah:
  • Master Siti Salwa sendiri mempunyai pengalaman hampir 20 tahun mengamalkan produk Shaklee dan hasilnya beliau telah mendapat kesan yang amat baik sepanjang tempoh itu.
  • Keluarga beliau juga merupakan pengamal tegar Shaklee iaitu hampir 20 tahun dari sejak bayi, hingga bersalin serta masalah penyakit yang kronik dan  untuk penjagaan kesihatan keluarga.
  • Group kami juga mempunyai acces yang rapat dengan pakar nutrisi Shaklee. Oleh itu, segala persoalan dan pertanyaan berkaitan dengan kesihatan dapat dikemukakan secara terus tanpa memerlukan protokol yang lama dan panjang. Jadi, segala permasalahan  customer, dapat diberi konsultasi dengan segera serta kami memberikan penyelesaian terbaik untuk isu yang dikemukakan.
  • Kami juga dapat memberikan informasi yang tepat dan betul berdasarkan hasil latihan yang telah diberikan oleh pakar nutrisi. Maklumat  yang diberi bukan hasil copy paste daripada blog pengedar Shaklee yang lain yang belum tentu kesahihannya. Sebab itulah kadang-kadang ada customer yang mengadu, dia tidak mendapat hasil daripada pengambilan supplemen kerana supplemen yang diambil mungkin tidak sesuai atau cara pengambilannya yang tidak betul.
  • Kami juga ada membuat COD kepada customer2 yang sukar untuk datang ambil sendiri produk Shaklee. Untuk area sekitar bandar Kuantan ni, InsyaAllah akak akan COD. Manakala di area sekitar bandar Cukai, Kemaman, anda boleh contact agen akak di sana iaitu Izzati (019-4028542). Jika agak jauh jaraknya, caj penghantaran akan dikenakan.
  • Jika anda berada jauh dari Kuantan ni dan masih berminat untuk mendapatkan produk Shaklee, jangan bimbang. Akak boleh hantar menggunakan pos laju sama ada di seluruh semenanjung Sabah dan Sarawak malah  di luar negara juga. Walau di mana anda berada, Shaklee akan selamat sampai di tangan anda...
  • Team kami juga merupakan team yang aktif dan fresh dengan informasi terkini tentang produk Shaklee dan bisnes Shaklee juga. Jadi, kalau korang nak daftar ahli sama ada untuk makan sendiri atau nak buat bisnes ke sama ada secara online atau offline ke, boleh saja. Jom-jom, kita tambah pendapatan sampingan...
  •  Bukan itu sahaja, dalam team kami ada pakar penyusuan yang bertauliah yang amat berpengalaman dalam bidang penyusuan susu ibu ni sejak tahun 2007. Jadi, mak-mak yang ada masalah penyusuan tu bukan hanya dapat faedah menjadi ahli tapi boleh terus mengemukakan persoalan tentang susu ibu kepada pakar kami. Best kan...joinlah kami...ilmu berharga ni.
  • Team kami juga ada pakar kehamilan dan bersalin. Masih muda-muda ya. Tolak akak yang dah bersara ni. Ibu-ibu hamil kali pertama atau dalam pantang yang berminat untuk menggunaan Set hamil atau set bersalin Shaklee  boleh merujuk panduan tentang kehamilan, bersalin, menu-menu dan masakan berpantang yang sihat serta penjagaan kesihatan selepas berpantang.
  • Kalau ada toksik dalam badan dan berhasrat untuk detox atau singkirkan toksin tu, kami juga ada pakar yang berpengalaman dalam isu detox ni. Detox ni bukan usus saja ya tapi boleh detox seluruh badan dari organ-organ seperti hati, detox heavy metals, detox sel dan DNA.
Banyakkan faedah kalau korang beli dan daftar dengan kami.  Keluarga besar kami sentiasa bersedia menerima korang semua. Jangan ragu-ragu ya..

Sebarang pertanyaan, boleh hubungi akak di talian 01126099465-Kak Wan.



#superstarshaklee
#teaempire
#pengedarshakleekuantan