Isnin, 12 Mei 2014

Penyakit Gout - Gejala dan Pencegahan

Kali ini, saya nak kongsikan pula masalah yang sering melanda kaum lelaki terutamanya iaitu penyakit gout yang merupakan sejenis penyakit akibat asid urik yang berlebihan dalam badan. Asid urik merupakan  bahan kumuhan yang berasal dari sejenis protein yang dipanggil purin. Ia dibuang     melalui air kencing.

Bagi pengidap gout, asid urik yang berlebihan ini tidak dibuang dan berkumpul di dalam sendi. Gejala ini sering berlaku kepada kaum lelaki yang dalam lingkungan 30 hingga 60 tahun.  Ia jarang dihidapi oleh kaum wanita sebelum mereka putus haid.

Penyakit gout biasanya akan menyerang ibu jari kaki. Ibu jari kaki kita akan menjadi merah, panas, bengkak dan tersangat sakit. Serangannya berlaku secara tiba-tiba. Sendi yang diserang terasa bisa sehinggakan jika bergeser dengan sesuatu pun kita rasa amat menyeksakan.


Rasa sakit terpaksa ditanggung berhari-hari atau berminggu-minggu jika tidak mendapat rawatan segera. Anggota sendi yang sering diserang gout ialah buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari.

Sebagai langkah pencegahan, elakkan daripada memakan makanan berikut:
  • Organ dalaman seperti hati, paru-paru, ginjal dan otak
  • Ikan bilis, kembung dan sardin
  • Daging cincang
  • Ekstrak daging, ragi dan kiub rebusan daging
  • Makanan bercengkerang seperti ketam, udang dan kerang
Makanan berikut juga perlu dikurangkan:
  • Asparagus, bunga kobis, cendawan dan bayam
  • Makanan jenis kekacang
  • Poultry
  • Roti, jagung dan bijirin
Alhamdulillah, ramai pesakit gout telah kembali sihat,bertenaga dan dapat bergerak dengan bebas tanpa rasa sakit setelah menggunakan produk kami iaitu Set Gout Shaklee yang terdiri daripada Vivix, Performance, Omega dan Alfalfa.

Jika anda merupakan pesakit gout atau mempunyai kenalan yang mengidapnya, bolehlah berhubung dengan kami di talian 01126099465/0139030098    atau klik pada butang esell untuk order secara online...


 
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=fec82acb7f6b4e8672bda38f9a7ddad3

Tiada ulasan:

Catat Ulasan