Sabtu, 10 Mei 2014

Masalah Gastrik Mengganggu Anda???

Bismillahir Rahmanir Rahim.

Semoga rakan-rakan  pembaca berada dalam rahmat dan hidayah Allah serta sentiasa ceria, cergas dan sihat dalam menjalani kehidupan ini.

Pada hari ini, saya ingin berkongsi kepakaran saya bagi membantu semua golongan yang mengalami masalah gastrik agar mereke yang menghidapi gastrik dapat menjalani hidup mereka tanpa sebarang gangguan perut dan dapat bergerak aktif tanpa perlu bercuti sakit atau gagal berpuasa dengan sepenuhnya terutama pada bulan Ramadhan yang bakal menjelang tak lama lagi.

Punca penyakit gastrik ialah amalan pemakanan yang tidak tetap. Ia akan menjadisemakin  parah   jika seseorang itu suka merokok, suka makan nenas, makan makanan segera, jeruk kering dan basah, 'junk food', minuman bergas, makanan yang berangin seperti nangka dan cempedak atau makanan pedas. Lama-kelamaan ia boleh menyebabkan  ulcer gastrik pula.

Ketidakselesaan perut akibat gastrik


Gastrik Ulcer

Masalahnya apabila penyakit gastrik  datang, kita mula rasa sakit terutama di bahagian kanan kepala jika terlewat makan atau perut kosong. Sakit kepala ini diikuti dengan perasaan loya, perut terasa sebu dan hilang selera makan. Kita juga sering demam, muntah dan sakit perut yang teramat sangat. Angin akan keluar dari mulut seperti sendawa jika bahagian tertentu badan digosok. Amat menyakitkan bukan. Hanya mampu berbaring sahaja.

Alhamdulillah, ramai penghidap gastrik telah berjaya keluar daripada masalah mereka selepas mendapatkan khidmat nasihat dari pihak kami.  Mereka dapat menjalani kehidupan dengan sempurna tanpa perlu lagi mengadu kesakitan di bahagian perut mereka.

Sekiranya anda mempunyai masalah ini atau ada rakan-rakan anda yang mengalaminya, jangan segan-segan untuk menghubungi kami di talian 01126099465/0139030098. InsyaAllah, kami akan berusaha untuk membantu anda menjalani kehidupan yang lebih sihat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan