Ahad, 18 Mei 2014

Pengambilan supplemen tidak perlu!!!

Assalamualaikum ditujukan buat para pembaca budiman...

Semoga semuanya sentiasa berada dalam keadaan sihat dan sejahtera hendaknya.

Kali ini. saya nak kongsikan tentang pentingnya  kita mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran dalam diet pemakanan kita seharian.

Sebenarnya, jika kita dapat mengambil  buah-buahan dan sayur-sayuran yang mencukupi, kita tidak perlu pun bergantung kepada sebarang supplemen. Jadi, sebenarnya pengambilan supplemen tidak perlu pun bukan?

Buah-buahan

Kebiasaannya buah berwarna oren atau sitrus mengandungi banyak vitamin C seperti limau atau lemon. Namun sebenarnya buah yang paling kaya dengan vitamin C ialah jambu batu. Vitamin C amat penting dan sering dikaitkan dengan kecantikan kerana ia dapat menghasilkan kolagen. Kolagen membantu pertumbuhan sel-sel baru bagi menggantikan sel-sel yang telah mati. seterusnya  menjadikan kulit kita tampak segar dan berseri. 

Jika mata terasa lesu serta penglihatan kurang jelas, sudah pasti aktiviti seharian akan terganggu. Buah-buahan berwarna merah seperti tembikai dan tomato mengandungi karotenoid dan dapat membekalkan vitamin A yang cukup baik untuk membantu sistem penglihatan. Keistimewaannya, mata kita akan sentiasa segar dan dapat mengelakkan rabun.

Pengambilan buah dan sayuran yang mengandungi fitokimia boleh menghalang dan mengganggu pembentukan kanser. Sesetengah fitokimia melindungi tubuh dengan menghalang karsinogen(bahan penyebab kanser) daripada menjadi aktif.


Karsinogen terdapat pada makanan yang dibakar atau dipanggang seperti satay atau ikan, daging atau ayam panggang. Jadi, untuk menghalangnya banyakkanlah memakan buah anggur dan manggis yang mengandungi antioksidan yang merupakan fitokimia bagi menghalang penyakit kanser.

Jika mempunyai masalah sistem penghadaman atau sembelit, serat pada buah pisang dan betik dapat membantu. Selain itu, pastikan kita mengambil air kosong paling kurang tiga liter sehari.

Jagung juga boleh diambil kerana mengandungi serat yang sama dengan pisang serta karotenoid yang juga bagus untuk mata.

Sayur-sayuran
Pengambilan sayur-sayuran hijau yang mengandungi zat besi amat baik untuk membantu pembentukan sel darah merah. sel darah merah berperanan untuk mengangkut oksigen ke seluruh anggota badan. Oksigen yang cukup dapat mencergaskan minda dan mengelakkan tubuh daripada rasa letih dan lesu.

Untuk tulang yang sihat, kuat dan tidak mudah rapuh, kita perlukan kalsium. Pengambilan susu sekurang-kurangnya segelas sehari amat baik untuk bekalan kalsium untuk badan kita. Jadi, jangan lupa meminum susu ya...

Susu sumber kalsium yang penting
Jika kita mampu mengambil buah-buahan, sayur-sayuran dan minum susu dengan secukupnya serta secara konsisten maka memang betul sebarang supplemen tidak perlu lagi.

Namun realitinya tidak begitu.  Hakikatnya, kualiti makanan yang kita ambil, persekitaran yang semakin tercemar, gaya hidup kita yang semakin sibuk dan penuh stres menyebabkan kita tidak sempat untuk mengambil buah-buahan, sayur-sayuran dan minum susu dengan teratur..

Jadi, pada pendapat saya, sebagai alternatifnya kita perlu mengambil supplemen untuk memastikan kita mendapat sumber-sumber vitamin yang secukupnya. Apa-apa pun kita kena tanya poket sendiri dan yang paling penting  pastikan supplemen yang diambil selamat, berkesan dan mesra alam.

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan