Isnin, 26 Mei 2014

Adakah MLM Shaklee Patuh Syariah???

Bismillahir Rahmanir Rahim...

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca. Semoga Allah masih memberi kekuatan fizikal, mental dan rohani dalam kita menjalani pelbagai urusan pada hari ini. Diharapkan kita semua berasa dalam keadaan tenang, gembira dan ceria serta dalam rahmat dan kasih sayang Allah jua. 

Pada awalnya... saya amat skeptikal dengan bisnes jualan langsung ni atau MLM(Multi Level Marketing). Dulu-dulu, bila dengan tentang MLM, saya anggap semuanya skim piramid yang hanya akan menkayakan upline sahaja dan  menganiaya downline. Itulah yang saya faham. Kalau jadi upline, sentiasa kaya, kalau jadi downline, sampai bila-bila akan menyumbang kepada upline.

Setelah saya membaca rencana yang ditulis oleh Ustaz Zaharuddin tentang bisnes MLM yang patuh syariah, saya mula membuat kajian tentang pelbagai produk MLM ni. Alhamdulillah, saya berjumpa dengan Shaklee.

Setelah saya kaji, sistem MLM Shaklee ini ternyata sangat adil sama ada kepada upline atau downline. Walaupun upline, tapi kalau malas buat sales, memang tak ke mana. Untuk Shaklee, bisnes ini berdasarkan sales. Ada 100 downlines pun kalau sales 0, memang tak dapat apa-apa. Berbeza dengan sesetengah MLM, kalau nak  register pun dah kena bayar beratus-ratus atau beribu. Lepas tu kena pula cari orang(head counting) baru dapat imbuhan.  Jadi, ini jelas tidak patuh syariah seperti yang digariskan dalam Islam.

Sebelum terlibat dengan sesuatu bisnes terutama MLM, saya nasihatkan buat kajian dahulu supaya kita tidak terlibat dengan sesuatu yang salah. Mohon petunjuk dari Allah dan buat solat istikharah.(InsyaAllah saya dah lakukannya). Kita mahu rezeki yang berkat bukan? Selepas yakin betul-betul barulah kita menceburi sesuatu bisnes itu.

Ok, cerita panjang-panjang ni, jom kita semak kriteria MLM patuh syariah yang digariskan oleh Ustaz Zaharuddin. Artikel penuh boleh baca di sini :

1. Harga tinggi dari biasa

Produk Shaklee ditawarkan dengan harga yang sangat berpatutan. Contoh paling asas. Multivitamin Shaklee ditawarkan dengan harga RM81 untuk 120biji iaitu RM0.70 sebiji. Malah, harga ahli adalah lebih rendah.

2. Terdapat juga syarikat MLM yang melakukan manipulasi dalam menjual produknya, atau memaksa pembeli untuk menggunakan produknya atau yang dijual adalah barang haram.

Tiada barangan haram dalam Shaklee. Semuanya mendapat pengiktirafan halal. Tiada paksaan pembelian atau penggunaan. 

3. Produk MLM ini mestilah dibeli dengan tujuan yang sebenarnya (seperti produk yang benar-benar bermanfaat dan dibangunkan dengan serius seperti ubat-ubatan berkualiti, unik dan lainnya).

Produk Shaklee dikenali lebih 60tahun sangat berkualiti berasaskan penyelidikan. Sains Shaklee menjamin produknya SELAMAT, BERKESAN dan MESRA ALAM. Baca selanjutnya di sini


4. Produknya bukan emas dan perak yang boleh dijual beli secara tangguh.
Tiada penjualan emas dan perak dalam Shaklee.


5. Komisyen yang diberikan kepada ahli untuk setiap penjual dan ahli bawahannya mestilah jelas. Tiada komisyen tanpa usaha, ini bermakna orang atas hanya berhak mendapat komisyen dari ahli bawahan yang dibantunya sahaja.

Ya. Ini berlaku secara adil dalam Shaklee. Tanpa usaha, anda tidak mendapat hasil. Jangan harapkan kuantiti anak, tetapi juga perlu menitikberatkan kualiti.

6. Keuntungan dan komisyen bukan berdasarkan ‘kepala' atau ahli yang ditaja, tetapi adalah berdasarkan nilai produk yang berjaya di jualnya. Ini diperlukan bagi membuktikan ia menumpukan kepada perniagaan penjualan produk dan perkhidmatan dan bukannya permainan wang (money game).

Tiada apa komisen atau bonus yang diberikan sekiranya ahli yang ditaja tidak membuat pembelian. Dia hanya bergelar ahli / downline kita sahaja, tanpa apa-apa hasil yang didapati selagi tiada belian dibuat.


7. Setiap ‘upline' atau orang di sebelah atas mestilah menaruh usaha atas jualan orang bawahannya, seperti mengadakan perjumpaan taklimat, motivasi dan teknik berkempen secara terancang seperti sebuah syarikat yang pelbagai ahlinya. Ia perlu bagi melayakkannya menerima komisyen itu dari sudut Shariah, jika tidak adalah dibimbangi ia akan terjerumus kepada keraguan ‘syubhah'. Ini kerana konsep niaga dalam Islam tidak membenarkan suatu keuntungan dari sesuatu perniagaan yang diperolehi tanpa usaha. Justeru, sedikit usaha perlu dicurahkan bagi menjadi sebab haknya ke atas komisyen. Perlu diingat, kebanyakan ahli di kaki yang 10 ke bawah, mungkin tidak mengenalinya lantaran ia dilantik oleh orang bawahannya yang kesembilan. Jika tidak, apakah haknya untuk mendapat komisyen yang demikian berangkai dan begitu jauh ?

Dalam Shaklee, leadership bonus hanya layak sehingga ke level 6, tidak lebih dari itu. Coaching, motivasi, pengisian atau apa-apa bentuk bimbingan bagi kumpulan kami adalah 24/7 melalui FB group. Mudah & praktikal.

Jadi, jelas bahawa MLM Shaklee menjadi pilihan saya kerana ia berkonsepkan patuh syariah malahan juga produknya betul-betul berkesan, halal serta selamat digunakan.
Nak join juga. Boleh. Hubungi saya di talian 01126099465/0139030098.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan