Assalamualaikum...
Alhamdulillah, syukur kerana dapat menunaikan ibadah terawih dan seterusnya berpuasa pada hari ini. Bumi Kuantan pada awal pagi ini agak sejuk seketika kerana cuaca yang mendung dan hujan renyai-renyai membasahi bumi.
Anak-anak pun mudah bangun untuk bersahur. Syukur hari pertama berpuasa jatuh pada hari Ahad. Jadi, mereka taklah penat sangat kerana berada di rumah.
Program Madrasah Ramadan selama sebulan bermula pada hari ini. Semoga kita telah persiapkan diri untuk ditarbiyyah oleh Allah dengan meningkatkan amalan wajib dan sunat kita. Selain melaksanakan ibadah puasa, ibadah-ibadah lain seperti solat lima waktu, solat-solat sunat(terawih, tahajud, hajat, rawatib dsb) perlu dipertingkat. Tak lupa juga basahkan lidah kita dengan kalimah zikrullah, bertahmid, bertasbih serta berselawat ke atas Rasulullah saw. Selain itu, jangan dilupakan amalan bersedekah. Sedekahlah walaupun sedikit. Mungkin yang sedikit itu dinilai tinggi di sisi Allah. Jadi ambil kesempatan untuk bersedekah pada setiap hari. Semoga kita peroleh ganjaran pahala yang besar dari Allah.
Diriwayatkan dalam hadis Qudsi oleh al-Bukhari dan Muslim yang bermaksud:
Daripada
Abu Hurairah ra, sesungguhnya Rasulullah saw bersabda yang bermaksud,
"Allah swt berfirman: 'Semua amal anak Adam untuk dirinya kecuali puasa.
Sesungguhnya puasa itu untuk-Ku dan Aku yang akan membalasnya.'