Assalamualaikum w. b.t..
Selalunya apabila kita mengantuk pada waktu malam, mesti kita pekena kopi kan. Ya lah, kerja namnyak nak disiapkan tetapi mata dan tak boleh tahan. Rasa mengantuk sangat-sangat. Bak kata pepatah "orang mengantuk disorongkan bantal" apa lagi lenalah tidurnya.
Namun pengambilan kopi sebenarnya boleh mendatangkan mudarat apatah lagi buat ibu-ibu hamil. Ia boleh membahayakan janin dalam kandungan kita. Kafein yang terdapat dalam kopi amat membahayakan kesihatan kita.
Mungkin kebanyakan
dari kita tidak menyedari bahawa kafein itu sebenarnya adalah dadah
seperti nikotin dan alkohol. Ia boleh menyebabkan ketagihan iaitu
kita terlalu berkeinginan terhadap makanan atau minuman yang mengandungi
kafein itu. Kafein juga dikenali sebagai guareine dan mateine dimana ia
boleh dijumpai daripada sumber semulajadi, samada daripada tumbuhan,
kekacang atau bijian.