Rabu, 4 Februari 2015

BERHATI-HATI DENGAN PRODUK BERBAHAYA!!!

Assalamualaikum w.b.t...

Semoga dalam limpahan rahmat kurniaan ALLAH swt jua.

Hari ini, saya ingin berkongsi tentang produk-produk berbahaya yang terdapat di dalam pasaran kita. Penjualan produk-produk yang secara meluas dan berleluasan amat membimbangkan.

Sebagai pengguna, kita wajar mengambil berat tentang produk yang kita ambil supaya ia tidak mendatangkan risiko yang teruk terhadap diri kita.


Sewajarnya kita mengambil tahu dengan lebih mendalam tentang produk terbabit terutamanya adakah produk tersebut mengandungi bahan terlarang serta tidak mendapat pengiktirafan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM).

Antara produk-produk tersebut termasuklah produk makanan/minuman, kosmetik dan produk tradisional. Contohnya minuman kopi seperti Kopi Anggok (Analog Sildenafil), Kopi Hari-hari Mau(Tadalafil), kosmetik Natasya Krim Herba dan Natasya Krim Herba Gold(Hydroquinone dan tretinone) dan produk tradisional seperti Pil Resdong(Dexamethesone)  dan Acai berry ABC(Sibutramine).


Sibutramine misalnya adalah ubat terkawal yang digunakan untuk rawatan obesity. Namun demikian, ubat-ubatan yang mengandungi sibutramine telah ditarik balik pendaftarannya di Malaysia pada 23 Disember 2012 atas sebab peningkatan risiko kesan advers kardiovaskular seperti serangan jantung dan strok. 

Antara kesan sampingan lain yang biasa dikaitkan dengan sibutramine adalah peningkatan tekanan darah dan kadar denyutan jantung, kering mulut dan tekak, muntah, cirit-birit, pening, sakit kepala dan kesukaran tidur.

Manakala Dexamethasone adalah ubat jenis kortikosteroid yang dikawal di bawah Akta Racun 1952. Ia berfungsi sebagai antiradang yang kuat dan biasa digunakan dalam rawatan alergi. Ia hanya boleh dibekalkan oleh doktor atau diperolehi dari farmasi dengan preskripsi doktor kerana ia perlu diambil dengan dos yang sesuai mengikut keadaan pesakit.


Penggunaan dexamethasone secara berpanjangan tanpa pengawasan ahli profesional kesihatan boleh mengakibatkan kesan sampingan yang serius seperti ulser perut, lemah otot, tulang rapuh (osteoporosis), peningkatan paras gula dalam darah, peningkatan tekanan darah, glaucoma dan sindrom Cushing.






Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang produk yang tidak mendapat kelulusan KKM ini, kita boleh melayari laman web KKM sendiri:
http://www.pharmacy.gov.my/v2/ms/apps/adulterated

Semoga info ini bermanfaat untuk kita agar sentiasa peka dengan produk-produk yang kita ambil. Cari produk yang selamat, berkesan, mesra alam dan diiktiraf oleh KKM...semestinya Shaklee...hihihi. Sorry mencelah juga.

Sebarang pertanyaan tentang produk Shaklee, contact saya di talian 01126099465(Wan)




Tiada ulasan:

Catat Ulasan