Jumaat, 13 Februari 2015

KEHILANGAN YANG SUKAR DICARI GANTI...

Assalamualaikum w.b.t..

Jam 10.00 malam, bunyi mesej masuk tidak berhenti-henti... Dalam fikiran, ah biarkan sahajalah. Mesej biasa dari pelbagai 'group'...Group Shaklee, Group Family malah Group kat tempat kerja sentiasa berbunyi. Tambahan pula semasa itu, sibuk menggosok baju untuk dipakai keesokan harinya.
Selesai menggosok, barulah dilihat mesej yang masuk.. Ya Allah terkejut rasanya....pemergian seorang tokoh politik dan tokoh ulamak yang disegani rakan dan lawan memenuhi ruangan mesej. 


Pada awalnya, tidak percaya juga. Maklumlah acap kali juga mesej begitu muncul semasa arwah sedang sakit tenat dan dimasukkan ke hospital. Namun tak sangka, rupanya kali ini mesej ini benar. Tepat jam 9.46 malam, Tok Guru Nik Aziz(TGNA) telah pergi meninggalkan kita dan dunia seluruhnya.

Tanpa sedar, mata mula bergenang. Sedih dan sayu rasanya. Bacaan Surah Yassin yang berkumandang menambahkan kesayuan. Takziah diucapkan buat ahli keluarga TGNA. 

Walaupun tiada sebarang pertalian saudara dan tidak pernah berjumpa dan bersua muka dengan TGNA, namun pemergiannya menimbulkan rasa sebak di dada.

TGNA meninggalkan kita pada usia 84 tahun akibat kanser prostat. Kuliahnya walaupun hanya didengar dari youtube atau cd namun menyentuh hati. Buku-buku tulisannya juga menjadi rujukan. Sungguh...amat terasa apabila membacanya. Kata orang tulisan dari hati akan meresap ke hati juga.


Kehidupannya yang amat sederhana. Dunia tidak dikejar walaupun menjadi pemimpin utama di Kelantan. Dalam hatinya hanya ingatkan mati iaitu saat kembali seorang hamba ke hadrat Sang Penciptanya. Sukarnya mencari pemimpin begini...


Walaupun begitu apakah daya kita. Hakikatnya hidup ini hanya sementara. Akhirat jua yang kekal. Allah lebih sayangkan TGNA. Perjuangannya sudah terhenti di sini. Namun kitalah yang perlu bersama-sama berjuang untuk memartabatkan Islam. Sama-samalah kita mengejar redho Allah berbanding redha manusia. Semoga kita dapat mencontohi beliau.  Wallahu a'lam.








Tiada ulasan:

Catat Ulasan