Khamis, 22 Disember 2016

Pengambilan Nutrisi Yang Penting Sebelum dan Semasa Hamil

Assalamualaikum wbt...sahabat-sahabat yang dikasihi semua.

Semoga semuanya sihat-sihat jua dan dalam lindungan Allah walau di mana jua kita berada.

Tahniah buat ibu-ibu yang sedang hamil. Yang masih belum hamil tu, bersabarlah. Mungkin belum masanya lagi. Allah lebih tahu sama ada kita sudah bersedia atau belum untuk menimang cahayamata. Walaupun kadang-kadang kita tidak sabar terutama apabila kawan-kawan yang lain dah hamil, namun kita tidak boleh atau mudah berputus asa dari rahmat Allah. Kalau Allah nak beri sekejap je.  Walau bagaimanapun ikhtiar dan usaha perlu dibuat. Selain terus berdoa dan bertawakal kepada Allah.

Dah sembang tentang ibu-ibu hamil ni, jadi elok kita tahu tentang pentingnya mengambil nutrisi yang sesuai  buat  ibu-ibu sebelum dan semasa hamil. Antara nutrisi yang perlu ialah:-

1. PROTEIN

♡ Protein amat penting untuk kualiti dan kuantiti sperma. Pengambilan protein yang mencukupi amat  penting untuk pembentukan dan penghasilan ovum. Protein juga amat penting untuk perkembangan janin di  dalam perut.
♡ Protein juga sebagai sumber tenaga untuk para ibu. Sumber protein dipecahkan menjadi asid amino untuk pembinaan sel-sel dalam tubuh janin.
♡ Pengambilan makanan bersumberkan Protein amat penting ketika 'pre-natal' dan 'post-natal'.

2. IRON atau Zat Besi

♡ Iron amat diperlukan untuk membina hemoglobin (28mg untuk hamil). Jika hemoglobin <11mg (anemia) menyebabkan ibu mudah letih dan lesu serta boleh mengakibatkan kelahiran pra matang. 


3. ASID FOLIC
♡ Asid folik amat penting untuk membina sistem saraf dan otak janin.

4. VITAMIN C
♡ Manakala pengambilan 500mg setiap hari  lebih meningkatkan peluang untuk hamil.
♡ Selain itu, Vitamin C juga membantu merendahkan risiko kelahiran bayi pra matang. 

5. KALSIUM
♡Ibu hamil dan menyusukan bayi amat memerlukan kalsium bagi membantu pembentukan tulang dan gigi yg kuat. Malahan untuk perkembangan jantung bayi yang sihat 'bone density'malahan untuk tumbesaran bayi khususnya (melalui susu ibu). 
 ♡Kalsium juga membantu menguatkan tulang dan gigi ibu-ibu. 

6. OMEGA
♡ Minyak ikan (omega 3) juga amat penting untuk perkembangan otak dan perkembangan penglihatan sepanjang bayi dalam kandungan. 

7. VITAMIN E
♡ Ini khusus untuk para bapa. Bukan bakal ibu sahaja kena 'concern' pasal kehamilannya atau nak hamil... tapi.. bakal ayah pun kena prihatin  juga lah tentang masalah kaum lelaki yang  boleh membantutkan usaha untuk menimang cahaya mata ni.
♡ Vitamin E bersifat antioksidan, ia melindungi sperma daripada "progressive mortality". Di samping juga membantu meningkatkan aliran darah kepada sperma. 

8. ZINC 
♡ Zinc juga amat penting untuk membantu meningkatkan bilangan dan karakter sperma para bapa. 

Selain nutrisi yang disarankan di atas, banyak lagi sumber vitamin yang diperlukan oleh ibu-ibu untuk memastikan bayi yang dilahirkan sihat, matang dan cukup nutrisi. Ibu-ibu  juga
perlu  memastikan pengambilan sayur-sayuran, buah-buahan serta air yang mencukupi supaya tidak mudah sembelit dan dapat membantu masalah penghadaman kita.

Alhamdulillah, produk Shaklee mempunyai semua nutrisi yang diperlukan oleh ibu-ibu terutamanya dan para bapa juga. Pengambilan nutrisi bermula dari awal amat diperlukan oleh bakal ibu dan diteruskan semasa hamil dan selepas bersalin.

Jadi tak perlulah risau mencari vitamin semulajadi(bukan sintetik ya) yang terbaik untuk diri kita, Shaklee kan ada....

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi akak kat nombor ni...01126099465(K. Wan)

#superstarshaklee
#teaempire
#pengedarshakleekuantan




Tiada ulasan:

Catat Ulasan