Sabtu, 5 Julai 2014

10 NASIHAT UNTUK GOLONGAN BERUMUR 50 KE ATAS

Kali ini, saya cuma nak kongsi nasihat yang diberikan oleh Proffesor Dr, Harlina Shiraj(yang saya peroleh dari group Whassaps) untuk tatapan kita bersama terutama bagi yang dah berumur 50 tahun ke atas atau yang bakal meniti ke usia tersebut....Bagi yang belum capai umur tersebut, boleh kongsikan dengan ibu bapa masing-masing.

10 nasihat untuk yang dah umur 50 tahun ke atas.

Nasihat pertama: Fokus kepada hendak menggembirakan orang lain. Sekarang bukan lagi  masa untuk mencari harta saja.

Nasihat kedua:  Rancang macamana nak belanjakan duit simpanan. Anda patut gembirakan hidup anda dan ganti apa yang tak dapat buat sebelum ini, kalau mampu pergilah melancong. Jangan tinggalkan apa-apa kepada anak-anak yang boleh membuatkan anak-anak bergaduh. Dengan meninggalkan sesuatu akan bawa masalah apabila anda sudah tiada nanti.

Gambar hiasan



Nasihat ketiga: Lakukan pada saat ini dan sekarang, bukan semalam dan esok. Hanya hari ini sahaja yang anda boleh kawal. Semalam telah pergi dan esok mungkin takkan berlaku.

Nasihat keempat: Bergembira dengan cucu-cucu (jika ada) tapi jangan jadi "full time baby sitter". Itu bukan tanggungjawab anda untuk jaga mereka. Jangan rasa bersalah tak jaga anak sesiapa pun termasuk cucu sendiri. Tanggungjawab anda adalah terhadap anak-anak anda. Selepas mereka dewasa dan menjadi ibubapa tugas awak telah tamat. Biarkan anak-anak anda sendiri yang jaga anak-anak mereka.

Gambar Hiasan
Nasihat kelima: Terima kelemahan fizikal, sakit, dan lain-lain kesakitan fizikal. Ia adalah sebahagian daripada proses meningkatnya umur. Bersyukur dengan keupayaan kesihatan yang anda ada.

Nasihat keenam: Kenali siapa diri anda dan apa yang anda ada sekarang. Berhenti melakukan  apa yang tiada pada anda. Jika anda tak dapat apa yang anda hendak, ketahuilah itu semua dah terlambat.

Nasihat ketujuh: Berbahagialah dengan pasangan anda, anak-anak, cucu-cucu dan rakan-rakan anda. Mereka yang betul-betul sayangkan anda, sayang anda seadanya. Bukan apa yang anda ada. Mereka yang sayangkan anda kerana apa yang anda ada, mereka itu tak ikhlas, hanya berpura-pura dan anda pasti tahu siapa mereka sekarang.

Nasihat kelapan: Memaafkan dan terima kemaafan. Maafkan diri sendiri dan orang lain. Lapangkan minda dan hati.

Nasihat kesembilan: Berkawanlah dengan kematian. Ia kitaran semulajadi dalam kehidupan. Jangan takut akan ia. Kematian adalah permulaan hidup yg lebih baik. Jadi bersedialah, bukan untuk mati tetapi hidup untuk bertemu Yang Maha Esa (ALLAH SWT).

Gambar Hiasan
Nasihat kesepuluh: Hiduplah dengan aman bersama Yang Maha Esa. Untuk Dia lah yang anda ada setelah anda meninggalkan dunia ini.

~ PROF. DR. HARLINA SHIRAJ ~

Semoga kita sama-sama dapat mengambil iktibar daripada pesanan prof ini agar dapat menyedari bahawa nikmat usia 50an yang diberikan oleh Allah perlu digunakan sebaik mungkin. berusahalah untuk menambahkan pahala dengan memperbanyak amalan. Tinggalkan semua dosa-dosa atau maksiat yang kita lakukan. Bertaubatlah kepada Allah agar kita kembali kepadaNya dalam keadaan diredai oleh Allah.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan