Rabu, 9 Julai 2014

E-SELL : MEMUDAHKAN PEMBELIAN PRODUK SHAKLEE SECARA ONLINE

Assalamualaikum buat semua para pembaca yang dirahmati Allah...

Alhamdulillah pada kali ini, saya ingin berkongsi tentang  pembelian produk Shakle secara online yang dipanggil e-sell. Kemudahan e-sell ini membantu para pengguna untuk membuat pembelian secara terus kepada Shaklee tanpa perlu berhubung dengan Shaklee Independent Distributor(SID). 

Pihak Shaklee akan menguruskan segala urusan pengeposan barang terus ke tangan pengguna apabila pengguna selesai membuat bayaran menggunakan kad kredit atau debit. Biasanya, pengguna akan menerima barang mereka dalam tempoh 4-5 hari bekerja di dalam negara. 

Manakala di sabah dan Sarawak atau luar negara mungkin akan mengambil masa selama 7 - 10 hari bekerja. Mudah bukan... Namun, saya ingin menasihatkan pembeli agar berhubung juga dengan SID untuk membolehkan mereka tahu cara pengambilan dan jadual pemakanan supplemen tersebut dengan teratur agar tidak tersilap dalam pengambilannya.


Bagaimana Cara Menggunakan e-sell?

Okay, di sini saya akan terangkan langkah-langkah menggunakan e-sell ini.

1. Pertama sekali, anda perlu klik pada butang 'e-sell' yang dipaparkan dalam artikel berkenaan.




2. Anda akan terus dibawa ke laman web Shaklee. Sila baca syarat-syarat pembelian. Jika anda bersetuju, klik 'agree'.

 
3. Tekan butang 'next'...
 

4. Anda akan dibawa ke laman berikut yang memaparkan produk yang akan dibeli. Anda boleh tambah kuatiti barang dengan klik butang 'update'. Lihat total harga dan seterusnya tekan butang 'checkout'.




 5. Isi maklumat diri anda dengan lengkap, klik 'continue'..




6.  Semak nama dan butiran yang berkaitan. Berikutnya tekan "proceed for payment' untuk pembayaran.


7.  Anda boleh membuat pembayaran melalui kad kredit atau kad debit. Sila confirmkan pembayaran anda denga  klik pada butang 'confirm payment'. Anda akan dihubungi oleh bank anda bagi pengesahkan pembayaran tersebut.




Okay, bagaimana...ternyata e-sell ni memudahkan pembeli. Untuk maklumam anda saya sedang dalam proses mengemas kini e-sell ini untuk setiap produk Shaklee dalam setiap entri. Masih ada beberapa yang belum selesai. InsyaAllah, saya cuba usahakan secepatnya untuk kemudahan anda... 

Kepada semua pembaca selamat membeli dengan e-sell.  Jika ada masalah hubungi saya di talian 01126099465.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan