Isnin, 10 Ogos 2015

MERIAHNYA SUSU IBU!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua.

Semoga semua rakan-rakan pembaca  dalam peliharaan Allah swt jua.

Beberapa hari ni, fb dan blog diviralkan dengan isu penyusuan terutamanya isu susu ibu dan susu formula. Isu menjadi hangat apabila dikatakan timbul rasa tidak puas hati sebahagian ibu atas pendapat yang dikeluarkan oleh Ustazah Fatimah Syarha tentang susu lembu yang dikatakan boleh mempengaruhi anak kerana kandungan DNA lembu akan menjadi sebahagian daripada darah daging bayi dan menyebabkan anak akan menjadi pemarah seperti lembu.

Betul ke??? Maaf, saya tidak menonton rancangan tersebut. Jadi tidaklah saya hendak mengulasnya. Cuma rasanya kalau betul Ustazah ada menyatakan sedemikian, mungkin boleh diperbetulkan semula dengan kajian terperinci untuk tidak menimbulkan salah faham dalam kalangan masyarakat.

Isu ini juga telah ditulis oleh beberapa orang yang mungkin pakar, jadi bolehlah kita merujuk pendapat mereka. Tak perlulah marah-marah kat Ustazah tu...Saya sendiri pun memberi susu formula kepada anak-anak saya selain susu ibu disebabkan oleh beberapa masalah kesihatan saya sendiri.

Apa yang penting, selain pemberian susu ibu serta makanan berkhasiat yang kita berikan dalam diet harian anak-anak, pendidikan akhlak yang baik perlu diterapkan sejak kecil lagi.


Bukankah Rasulullah bersabda,"Ibu bapalah yang mencorakkan anak-anak mereka sama ada menjadi  yahudi, majusi, nasrani atau muslim. "

"Be a good parents to our children  and do the best for them."

Namun begitu, sebagai ibu memang kita perlu berusaha sedaya yang mungkin untuk memberikan susu ibu kepada anak-anak kita berbanding susu formula ni. Firman Allah swt:

"Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya...."
                                                                                                           (Surah al-Baqarah, ayat 233)

Para pembaca boleh baca artikel saya sebelum ini( rujuk di sini ) tentang tip-tip penyusuan susu ibu dan cara untuk menambahkan susu ibu. (rujuk di sini)   

Yang paling utama, perlu ada sokongan daripada pihak suami dan keluarga untuk menjayakan proses penyusuan ini. Maklumlah dalam pantang, emosi kita kurang stabil. Tanpa sokongan orang-orang tersayang lagi sukar kita menjayakan proses penyusuan ini. 

Vitamin yang mencukupi adalah perlu untuk meningkatkan kuantiti dan kualiti susu yang dihasilkan. Malah ramai ibu-ibu yang berjaya menyusui bayi mereka dengan pengambilan Set Menyusu Shaklee yang terdiri daripada ESP, Alfalfa dan Ostematrik.


Memang set ini amat laris di pasaran dan sentiasa mendapat permintaan daripada para ibu yang prihatin dengan penjagaan terbaik untuk bayi mereka.

Malah ada yang mendakwa, susu amat meriah dan boleh dipam serta disimpan beku untuk bekalan sebulan....Subhanallah. 

Jadi, jangan putus asa dahulu jika rasa susu badan kurang. Teruskan memberi terutama peringkat awal selepas bersalin, susu yang terhasil iaitu kolostrum   amat baik untuk kondisi bayi kita yang baru lahir.

Kepada semua para ibu dan bakal-bakal ibu, yang ingin menjayakan penyusuan susu ibu untuk bayi yang tercinta, bolehlah menggunakan set ini. InsyaAllah,  masalah kekurangan susu badan  dapat dibantu  dan diatasi dengan mengamalkan pengambilan vitamin.(seeloknya ambil semasa pregnan lagi)

Untuk maklumat lanjut serta konsultasi percuma(khas untuk para pelanggan saya), sila hubungi saya di talian 01126099465(Kak Wan) terutamanya di area Kuantan ni.

Semoga info yang sedikit ini dapat membantu kita.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan