Sabtu, 7 Mac 2015

SENGGUGUT HILANG TANPA PANADOL...

Assalamualaikum w.b.t...

Kaum hawa apabila sampai usia baligh akan mula didatangi haid.  Sesetengah kaum perempuan apabila didatangi haid atau 'period' akan mengalami masalah kesakitan yang amat sangat. Terpaksa ambil "pain killer" atau panadol untuk menghilangkan kesakitan tersebut.

Teringat masa mula-mula didatangi haid, memang tak terkata sakit senggugut ni. Terbaring je lah kat atas katil. Masa tu telan panadol sajalah untuk menghilangkan sakit senggugut. Hanya yang pernah mengalaminya saja yang tahu...huhuhu, rasa macam sakit nak bersalin...

Apakah Senggugut ?

Senggugut adalah kesakitan yang dialami di bahagian bawah perut atau pelvis semasa datang haid.


Pelvis adalah tempat di mana organ berikut berada iaitu rahim, ovari (kilang telur), dan saluran falopio, dan pundi kencing.


Dalam bahasa Inggeris, senggugut dipanggil "dysmenorrhoea". Terdapat dua jenis senggugut.


1.  Senggugut Primer.


Senggugut ini yang berlaku kepada kebanyakan perempuan remaja tetapi tidak mempunyai patologi di pelvis dan rahim, setelah pemeriksaan oleh doktor. Ia biasanya berlaku selepas 6 hingga 12 bulan dari akil baligh apabila kitaran ovulasi bermula. Tetapi ia juga boleh berlaku dalam kalangan wanita yang masih subur.


2. Senggugut Sekunder


Senggugut ini disebabkan oleh patologi di pelvis dan rahim yang biasanya berlaku di kalangan wanita yang lebih berumur dan masih subur. Sebab-sebab:

  1. Penyakit endometriosis. Penyakit ini dihidapi oleh 5-15% wanita yang mempunyai haid.
  2. Cyst Ovari dan tumor
  3. Fibroid (kebengkakan pada rahim). Kesakitan ini berlaku semasa kedatangan haid yang banyak.
  4. Jangkitan ke rahim atau saluran dari rahim ke kilang telur (penyakit radang pelvis)
  5. Kongenital (contoh: Rahim bicornuate, rahim subsepta)
  6. Alat pencegah kehamilan dalam rahim (IUCD). Senggugut boleh jadi lebih teruk semasa penggunaan ini pada sekumpulan kecil wanita.

Epidemiologi


Lebih daripada 60% perempuan remaja mengalami senggugut primer. Satu dalam 10 wanita mengalami kesakitan yang teruk sehingga menganggu aktiviti seharian.


Ia adalah lebih kerap berlaku kepada seseorang yang merokok, mereka yang mengalami akil baligh yang lebih awal, dan yang mempunyai haid yang banyak2. Senggugut adalah lebih jarang berlaku di kalangan wanita yang pernah atau baru bersalin, dan yang menggunakan pil perancang.


Jadi bagaimana cara nak mengatasi masalah senggugut ni selain makan "pain killer" atau panadol. Puan Maria Awi ada jawapannya. Jom tonton video ini...


Masalah Senggugut Teruk Nak Patah Pinggang! Mak Aih, Nasib Dah OK

Alhamdulillah, produk Shaklee ni memang terbaik. Semua masalah, InsyaAllah ada penyelesaiannya. Rasa tidak menyesal jatuh cinta dengan Shaklee ni...hihihi

Cuma kena faham betul-betul, bukan kerana supplemen kita sembuh tetapi dengan izin Allah s.w.t. jua. Yang penting kita berikhtiar...

Jadi, kepada sesiapa sahaja kaum wanita terutama jika kita ada anak-anak remaja yang bermasalah senggugut, cubalah set senggugut ini. Selain Ostematrik dan B-Complex, eloklah ditambah juga Gla Complex. Ketiga-tiga supplemen ini dapat membantu mengatsi masalah senggugut kita.


Sebarang pertanyaan dan konsultasi tentang produk, bolehlah hubungi saya di talian 01126099465(Wan). COD sekitar bandar Kuantan, Pandan, Taman Tas, Sungai Isap, Permatang Badak, Jaya Gading. Untuk luar daerah Kuantan, kiriman secara poslaju...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan