Khamis, 19 Mac 2015

CUTI-CUTI MALAYSIA

Assalamualaikum w.b.t..

Hampir seminggu tidak menjengah blogku ini...Apa khabar semuanya? semoga sentiasa di dalam lindungan ALLAH swt jua.

Maklumlah cuti sekolah, tak sempat nak update blog. Awal-awal cuti, kami dah bertolak balik ke kampung suami. Menjenguk Opah dan Tok Wan. Alhamdulillah, kedua-duanya masih sihat. Percaya tak pembaca, usia ayah mertua saya tu sudah 90++, tapi masih mampu berjalan. Cuma kurang pendengaran je...

Anak-anak juga seronok dapat mandi air sungai dan juga dapat berjumpa dengan sepupu-sepupu mereka. Kata orang inilah peluang, sekali-sekala balik ke kampung beramah mesra dengan ipar-duai serta sepupu sepapat.

Namun, kami tidak lama berada di kampung. Hari Isnin, kami bertolak ke Cameron Highlands pula. Sebenarnya sudah beberapa kali singgah ke sana tetapi kali ini, kami tempah dua buah bilik untuk bermalam bagi memenuhi hasrat anak yang bongsu untuk merasai kesejukan udara malam di Cameron Highlands. Bersemangat betul dia.  

Ladang Strawberi

Walaupun begitu, bagi saya, Cameron Highlands sudah tidak seperti dahulu. Apabila kami sampai, udaranya tidaklah terasa sejuk sangat. Malah kadang-kala kepanasan mentari terasa menyengat pula. 

Mungkin disebabkan oleh pembangunan dan penerokaan hutan yang amat berleluasa menjadikan keadaan sebegitu. Waktu malam udara terasa dingin juga. Air paip pun agak sejuk. Alhamdulillah ada "hot shower" kalau tidak, tak mandilah pagi tu.
Gembira dapat bermain buih sabun...

Macam biasalah, kalau ke sana tak sah kalau tak ke ladang strawberi. Anak-anak seronok dapat melihat sendiri buah strawberi tu. Dapat pula makan strawberi yang segar, apa lagi seronok sangatlah diorang.

Boleh petik buah strawberi sendiri..

Selain itu, kami pergi juga melawat ke Taman Rama-rama. Namun, sedih juga sebab rama-rama yang ada sudah tidak sebanyak dahulu. Walau bagaimanapun, anak-anak tetap seronok.

Bunga-bungaan yang pelbagai warna, cantik dipandang
Hihihi...sejuk sangatlah tu..
Sempatlah membeli-belah buah strawberi, sayur-sayuran  dan juga cenderahati untuk dibawa pulang. 

Sebelum pulang, kami singgah pula ke ladang teh iaitu Bharat Teh Plantation. Subhanallah, damai rasanya melihat pokok-pokok teh yang menghijau, saujana mata memandang. kadang-kadang tertanya juga kenapa teh Bharat ni tiada kat pasaran di Kuantan. Ke saya je yang tak jumpa...



Sejuk mata memandang di ladang teh


Walaupun percutian tidak lama, tetapi amat bermakna buat kami sekeluarga. Maklumlah, hanya pada waktu cuti sekolah dapat bersama. Jadi, kadang-kala kita kena "spend" masa  dan  wang juga untuk pergi melancong sekali-sekala. Yang paling penting, kita didik anak-anak supaya menyedari keagungan dan kekuasaan ALLAH supaya mereka bukan hanya ingat untuk melancong semata-mata tetapi mengeratkan lagi hubungan dengan sang Pencipta melalui taddabur alam ini.

Anda, bagaimana? Mungkin boleh kongsikan pengalaman percutian anda pula...

Hmmm, cuti seterusnya hnedak ke mana ya??? Ada cadangan?

 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan