Selasa, 16 Disember 2014

MENGGAPAI IMPIAN 2015

Assalamualaikum semua...

Tanpa kita sedari tahun 2014 akan berakhir tidak lama lagi. Tahun baru 2014 yang bakal kita tinggalkan penuh dengan kisah suka dan duka. Biasalah itulah lumrah kehidupan, walaupun pahit harus ditelan. Apa jua rencam kehidupan yang telah dilalui diharapkan makin mematangkan dan mendewasakan kita agar kita  mampu melalui apa jua cabaran mendatang yang pasti lebih hebat lagi.

Mahu tak mahu, tahun 2015 pasti akan datang. Mungkin saat ini, ibu bapa sibuk membeli-belah keperluan persekolahan untuk anak-anak. Saat ini, mungkin kewangan kita agar meruncing. banyak yang perlu dibeli untuk memastikan kebutuhan mereka dipenuhi.

Kalau seorang anak tak apa lagi tetapi kalau lima dan orang anak bersekolah tentu pening kepala memikirkan masalah kewangan. Macam saya juga, kelima-lima orang anak akan memulakan sesi persekolahan pada tahun hadapan. Alhamdulillah kerana Allah mencukupkan keperluan kami sehingga keperluan anak-anak tidak terabai.

Impian 2015

Apabila disebut tentang impian, pelbagai reaksi yang diberi. Ada orang tak kisah pun. Bagi mereka rutin kehidupan seperti biasa akan dilalui pada tahun 2015. Tak perlu impi apa-apa pun. Ada sesetengah orang mempunyai impian yang hebat-hebat tetapi usaha untuk mencapainya tidak ada. Namun ada segelintir orang yang berjiwa besar mempunyai impian yang jelas dalam hidup. Mereka sentiasa fokus kepada impian mereka dan berusaha untuk menggapainya. Kita berada dalam kategori mana?

Mungkin anda juga mempunyai impian yang hebat seperti memiliki  harta kekayaan yang banyak seperti duit, rumah banglo di atas bukit, kereta Ferrari emas, hartanah dan sebagainya. Ada pula berhajat untuk menunaikan haji dan umrah atau mendapat anak dan sebagainya lagi. Ada pula mungkin yang hendak pergi melancong ke luar negara. malah kalau boleh menaiki kapal angkasa ke Planet Marikh!!! Mampukah kita capai semuanya itu???

Jutawan Emas


Rumah Mewah

Jawapannya ada pada diri kita sendiri. Berjaya atau tidak bergantung kepada diri kita. Yang paling utama kita perlu tetapkan impian atau matlamat  dan perlu sentiasa fokus.

Seterusnya perlu kepada usaha yang berterusan. Contohnya, kalau inginkan harta kekayaan sudah pasti kena lebih giat berusaha. Yang paling penting usaha dengan gigih dan pastikan rezeki kita halal supaya mendapatkan keberkatanNya.

Selain itu, hubungan kita dengan Allah amat-amat perlu dijaga. Jangan abaikan solat pada waktunya, berpuasa sunat atau wajib, istighfar, zikir dan solat haja dan berdoalah. Jangan bimbang kerana Allah itu Maha Pemberi(al Wahhab), maka mintalah kepadanya. Kalau masih tidak perolehi apa yang kita hajatkan, jangan pula bersedih dan buruk sangka dengan Allah. mungkin apa yang kita minta itu Allah tangguhkan dulu dan kita akan memperolehnya di akhirat nanti. InsyaAllah.

Impian Saya Tahun 2015

Seperti rakan pembaca juga, saya pun ada menyimpan impian. Namun, impian saya tidaklah hebat sangat. Biasa-biasa je. Saya tidaklah mengharapkan untuk tinggal di banglo yang mewah, memandu kereta Audi dan sebagainya. Cukuplah apa yang saya ada sekarang... Namun, kalau ada rezeki lebih teringin juga...InsyaAllah

Impian saya pada tahun 2015 nanti untuk berjaya sebagai seorang Master Shaklee yang mampu menyumbang kepada masyarakat. Kalau boleh saya ingin membuka Pusat pengajian Islam danAkademi Al Quran secara percuma untuk masyarakat. Saya ingin masyarakat kita mahir membaca ayat-ayat Allah dan memperkukuhkan aqidah mereka kerana pincangnya akhlak masyarakat(khasnya remaja) adalah disebabkan kelemahan iman. Semoga saya berjaya mencapainya...Amiin.(tolong aminkan ya)

Selain itu, tahun 2015, anak sulung saya akan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia(SPM). Jadi, besar harapan saya agar dia akan berjaya dengan cemerlang dan seterusnya melanjutkan pelajaran di Menara Gading. Semoga kejayaannya bakal menjadi perangsang kepada adik-adiknya yang lain. InsyaAllah.

Mungkin pembaca bertanya, saya tidak mempunyai impian untuk ke Tanah Suci ke? Alhamdulillah, sebenarnya saya dan suami baru sahaja menunaikan Fardhu haji pada tahun lepas(2013). Syukur kerana kami mendaftar awal. Maka dapatlah menjejakkan kaki ke Tanah Suci Makkah dan Madinah hasil simpanan di Tabung Haji. Jadi, kepada yang belum mendaftar tu, daftarlah sekarang. Cukupkan simpanan sekurang-kurangnya RM1300 dalam Tabung Haji. Utamakan dulu Rukun Islam yang kelima ni.
Tabung Haji

Apa saya saya impikan ialah kami sekeluarga dapat sama-sama menunaikan umrah ke Tanah Suci suatu saat nanti. Itulah harapan saya. InsyaAllah, jika Allah lapangkan rezeki akan tercapai juga impian tu. Kita mesti sentiasa  positif, barulah yakin dengan ketentuan Allah.

Selain itu, saya berharap dapat membuka sebuah butik muslimah yang khusus menjual barangan produk muslim terutamanya barangan haji dan umrah, produk-produk sunnah, jubah, tudung dan sebagainya. Namun, produk Shaklee tetap saya jual ya kerana "this is my first bussiness". Saya akan teruskan hingga berjaya seperti PM Cherry...InsyaAllah. Sesiapa yang berhasrat untuk berjaya bersama saya, boleh contact saya di talian 01126099465. Terutama sekitar Pekan, Beserah/Balok, Indera Mahkota malah di seluruh Pahang. Kita sama-sama membina impian dan kejayaan.

Khusus buat Mami Fatin, inilah impianku...simple je kan. Doakan ya.

Akhir kalam, semoga kita sama-sama dapat mencapai impian kita. InsyaAllah.




2 ulasan: