Rabu, 22 Oktober 2014

KANAK-KANAK AUTISM: PUNCA DAN CIRI-CIRINYA



Kasihan melihat tangan sahabat saya yang mengalami lembam-lembam di sana sini sehingga meninggalkan parut hitam akibat gigitan anaknya yang berumur enam tahun. 

“Kenapa ni Azni?” Tanya saya.
“Apa lagi kak Wan kena gigit dengan anak saya lah, jawab Azni.
“Ya Allah, kasihannya. Sabar ya Azni”, kata saya.
“Tak pe kak Wan. Dah biasa dah” jawab Azni pula.

Itulah sahabat saya,  Azni, seorang ibu yang sabar dan tabah kerana mempunyai seorang anak yang mengidap Autism. Menurut Azni, anak-anak Austism ni mempunyai kelainan berbanding dengan kanak-kanak biasa. Biasanya mereka tidak boleh makan makanan bergula secara berlebihan kerana akan meningkatkan lagi keagresifan mereka. Kanak-kanak ini juga suka main secara bersendirian seolah-olah berada dalam dunia mereka yang tersendiri. 

Menurut Azni, anaknya amat ingat jalan yang dilalui setiap hari untuk ke sekolahnya(Sekolah khusus untuk kanan-kanak ini). Jadi jika, dia cuba melalui jalan lain, maka anaknya akan menyuruh dia melalui jalan yang sama.  Banyak lagi pengalaman yang Azni ceritakan tentang anaknya yang Autism ni. Kesabaran dan pengorbanan seorang ibu amat perlu. Syabas kepada ibu-ibu yang penyabar seperti sahabat saya ini. Semoga Allah berikan ganjaran yang besar buatnya dan ibu-ibu yang lain. 

<> Apa sebenarnya Autism?

Autism merupakan kecacatan perkembangan tegal. Dalam Bahasa Inggeris dikenali sebagai pervasive developmental disorder yang melibatkan fungsi otak. Autism dianggap sebagai sejenis kecacatan neurologi dan bukan kecacatan psikiatris (psychiatric disorder). Antara ciri-ciri biasa termasuk masalah dengan perhubungan sosial,  komunikasi emosi, dan juga pola biasa berkaitan dengan minat, aktiviti dan perangai.

Autism juga melibatkan masalah dengan integrasi deria. Biasanya, autism sudah boleh dikesan seawal usia  tiga tahun. Dianggarkan bahawa autism membabitkan dalam 2 hingga 6 kes setiap 1,000 orang, dan autism 4 kali lebih kerap dalam kanak-kanak lelaki berbanding kanak-kanak perempuan (sumber daripada "Autism Society of America": http://www.autism-society.org/site/PageServer ). Autism lebih kerap terjadi kepada kanak-kanak  lelaki berkulit putih.

Pada masa kini, walaupun autismdikatakan  boleh dirawat tetapi realitinya ia tidak dapat dipulihkan. Diagnosis dan latihan awal amat penting bagi perkembangan masa hadapan kanak-kanak.

Terdapat dua kategori Autism iaitu Sindrom Asperger yang dipercayai sebagai bentuk autisme fungsi tinggi dan sindrom Kanner. Perbezaan utama antara sindrom Kanner dan sindrom Asperger adalah Asperger tidak mempunyai kelewatan jelas dalam pertuturan, dan kecergasan adalah biasa atau lebih. 

Dalam autism Kanner terdapat kelewatan jelas dalam pertuturan dan biasanya mempunyai kecergasan rendah dari kebiasaan . Autism Kanner dengan IQ<80 dirujuk sebagai "fungsi rendah autism", sementara sindrom Kanner dengan IQ>80 dikenali sebagai "autism fungsi tinggi".

Pandangan lain mengenai kecacatan ini adalah autism adalah berterusan (on a continuum), dengan itu boleh juga dikenali sebagai masalah spektrum autistik (autistic spectrum disorder). Masalah berterusan ( continuum ) lain yang berkait adalah Kegagalan Integrasi Deria ( Sensory Integration Dysfunction ) yang berkaitan dengan bagaimana cara kita menyelaras maklumat yang kita terima daripada deria kita. Autism, Sindrom Asperger, dan Kegagalan Integrasi Deria adalah berkait rapat dan saling bertindan.

Sesetengah individu yang berjaya dipercayai mengalami autism pada peringkat tertentu. Bagaimanapun, autism lebih kerap di dapati pada individu yang mempunyai permasalahan pembelajaran (learning disabilities).

Terdapat dua jenis autism utama :
1. Autism awal bayi ( early infantile autism ). Autism awal bayi hadir semasa kelahiran.
     2.   Aurism regresif bermula ketika berusia 18 bulan.

Terdapat lonjakan dalam kes yang dilaporkan sedunia tentang kes autism pada 10 tahun terakhir. Apakah punca-punca berlakunya autism. Terdapat banyak spekulasi mengenai mengapa ini berlaku, tanpa sebarang bukti khusus yang menyokong teori tertentu. Di Amerika Syarikat, kadar peningkatan kes autism adalah sebanyak 173%(banyak tu!!!)

Beberapa perkara yang perlu disebutkan di sini adalah:
  • fenomena idiot savant  - a person affected with a mental disability (as autism or mental retardation) who exhibits exceptional skill or brilliance in some limited field (as mathematics or music). Ini kadang-kala dilihat pada mereka yang mempunyai autism.
  • autism, asperger semakin kerap dianggap sebagai keupayaan masyarakat yang berterusan ( continuum of social capability ).
  • penyelidikan terkini (kontrovesi) di UK mencadangkan kemungkinannya     terdapat kaitan antara autism dan vaksin MMR(measles, mumps dan rubella) Vaksin tiga serangkai ini lazimnya diberikan kepada bayi yang berumur di 12 bulan ke atas. Ini berikutan daripada meningkatnya jumlah pesakit Autisme di Amerika Syarikat yang jauh lebih awal memperkenalkan vaksin MMR berbanding UK dan Malaysia sendiri.
  • analisa autism sebagai kebutaan minda ( mind blindness" ) -- ketidak mampuan mencipta model fikiran orang lain. Contoh biasa adalah "di mana X mencari objek yang mereka simpan, tetapi dialih oleh Y" -- lihat teori minda
  • terdapat dakwaan terkini bahawa autism kemungkinannya didorong oleh keracunan logam berat/logam raksa. (masih belum ada kajian dibuat)
  • peningkatan dakwaan rawatan yang berjaya pada kanak-kanak autusm melalui kaedah  rawatan chelation iaitu pemakanan bebas kafin, bebas gluten & raksa.
  • ·         RDI- (Relationship Development Intervention® (RDI) is a family-based, behavioral treatment designed to address autism’s core symptoms). Ia merupakan program rawatan mensasar kecacatan teras sosial/hubungan pesakit autism.

Di Malaysia, kanak-kanak warganegara Malaysia yang telah disahkan autisme boleh mendaftar sebagai orang kurang upaya (OKU). Mereka mempunyai kad OKU daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKM) dan pelajar memperoleh bantuan kewangan daripada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) kerana mengikuti kelas pemulihan di bawah seliaannya.

Isu ini menjadi kebimbangan dan tanda tanya buat segenap masyarakat dunia bagaimana perkara ini boleh meningkat dengan drastiknya dan apakah kesan langsung kepada penghidapnya.

Mari Kenali Petanda Awal Autisme dan Kesan Langsung Kepada Tumbesaran Mereka…
  • Kesukaran berinteraksi merupakan antara tanda UTAMA dalam autisme. Ibu bapa biasanya akan menyedari masalah autisme di dalam diri anak mereka melalui gejala ini. Seawal bayi lagi, anak – anak yang mempunyai masalah autisme tidak memberi respon atau fokus kepada sesuatu benda dalam jangka masa yang lama.

  • Mereka gagal memberi respons apabila namanya dipanggil atau ditanyakan soalan walaupun ianya mudah. Ini disebabkan mereka gagal untuk menafsir maklumat yang diterima dan tidak tahu bagaimana untuk membalasnya secara lisan. Mereka kelihatan sama seperti anak-anak yang normal namun sebenarnya mempunyai kekurangan dalam komunikasi sosial.

  • Apabila mereka mempunyai kekurangan dalam komunikasi sosial, bermain dalam kumpulan adalah aktiviti yang paling tidak disukai mereka. Mereka lebih suka berada di dalam ‘dunia’ mereka sendiri dan kadangkala ketawa dan mencederakan diri sendiri tanpa sebab. Apabila ditegur untuk berhenti, mereka akan bertindak agresif kerana tidak sukakan sebarang perubahan tingkahlaku dengan segera.

  • Mereka tidak sukakan perubahan samada drastik atau tidak terutama yang akan mengubah emosi mereka ketika itu. Perbuatan menggunakan tandas atau pergi ke sekolah adalah perkara yang sukar bagi mereka. Rata-rata anak yang menghidapi autisme masih menggunakan pampers di usia 5-6 tahun disebabkan mereka gagal untuk ke tandas dengan sendirinya. (tidak kesemuanya begitu)

  • Uniknya pula, ada sebahagian mereka yang  kurang sensitif kepada rasa sakit namun mereka lebih sensitif kepada bunyi, sentuhan serta sensori (deria rasa). Sifat sensitiviti mereka yang kuat ini merupakan jawapan mengapa mereka yang tidak mahu dirangkul atau dipeluk.        

Ciri-ciri secara ringkas anak autisme yang boleh dikenalpasti
Apa Yang Ibubapa Harus Lakukan…

Tingkatkan kesedaran untuk mengesan simptom autism pada anak-anak kita sejak dari awal lagi dengan memberi kaedah pendidikan yang sesuai agar masalah anak autism mampu diuruskan dengan baik. Salah satu cara yang boleh dilakukan ialah para ibu bapa  membawa anak-anak mereka untuk bergaul dengan kanak-kanak lain dalam kumpulan yang kecil.

Biasanya, anak-anak akan mula belajar cara untuk berkomunikasi, bekerjasama dan berada dalam suasana yang sedikit riuh daripada biasa dalam aktiviti berkumpulan ini.

Ibu bapa perlu memerhatikan karektor dan  tindakbalas komunikasi mereka sesama rakan yang lain ketika di dalam kumpulan. Semakin awal dikesan, semakin mudah untuk kita bawa mereka ‘keluar’ daripada zon gangguan ini.

Seandainya tidak dikesan daripada awal, bimbang jika gejala ini akan melumpuhkan proses pembelajaran mereka pada masa depan kelak Walaupun fizikal mereka nampak normal, tetapi hakikatnya tidak.

Semoga maklumat yang saya kongsikan kali ini berguna untuk para ibu yang mempunyai anak-anak autism. Walaupun, saya tak ada pengalaman sebegini tetapi apa yang saya rasakan perlu diberi perhatian oleh para ibu ialah memngambil berat pemakanan semasa dalam tempoh kehamilan lagi. Pastikan kita mengambil pemakanan yang seimbang. Elakkan makanan segera, ‘junk food’ atau ubat-ubatan tanpa mengikut preskripsi daripada doktor. Pengambilan vitamin yang sesuai, selamat dan berkesan adalah baik untuk ibu dan bayi. (Boleh cuba mengambil set untuk ibu mengandung Shaklee)

Sebenarnya, saya merasakan kes ni berkait rapat juga dengan imunasasi iaitu vaksin MMR yang diberi kepada anak-anak kita. Apakah ia selamat??? Pada saya, susu ibu sebenarnya merupakan sumber yang terbaik untuk bayi. Ia dapat membentuk antibodi secara semulajadi kepada anak-anak kita. Jadi kepada para ibu pastikan anda berjaya menyusu bayi anda dengan sempurna selama dua tahun untuk tumbesarannya.

Jika anda ingin berkongsi pandangan dengan saya, boleh komen di ruangan di bawah. Untuk maklumat lanjut anda boleh google sendiri tentang autism ni.

Untuk info produk Shaklee yang sesuai bagi ibu yang hamil dan menyusukan bayi, hubungi saya di talian 01126099465.

(sumber: wikipedia)

           

Tiada ulasan:

Catat Ulasan