Assalamualaikum w.b.t...
Semasa membaca akhbar Sinar Harian petang tadi, saya terbaca tentang seorang mangsa yang telah dijumpai mati oleh tuan rumah ketika datang untuk mengutip sewa rumah. Mangsa dikatakan telah meninggal dunia kira-kira seminggu yang lalu. Di sisi mayat mangsa ada alat "inhaler"nya. Ini kerana mangsa merupakan pesakit asma. Sangat menyedihkan kerana mangsa tinggal sendirian sehinggakan selepas seminggu kematiannya barulah diketahui.
Walaupun mungkin kita katakan asma adalah asbab kematiannya tetapi hakikatnya memang sudah sampai ajal mangsa tidak dapat dinafikan. Kita pula bagaimana ya. Sentiasalah berdoa agar kita dikurniakan husnul khatimah iaitu mati dengan kesudahan yang baik.InsyaAllah.
Entri saya pada hari ini adalah berkaitan dengan masalah asma ini. Masalah asma kadang-kala amat merimaskan. Yalah terpaksa bergantung dengan "inhaler" dan nebulizer. Malah jika keadaan bertambah kronik terpaksa pula berulang alik ke hospital. Apakah penyakit ini tiada penawarnya???
