Memaparkan catatan dengan label Mujahadah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Mujahadah. Papar semua catatan

Jumaat, 20 Mac 2015

MUJAHADAH

Assalamualikum wbt dan salam petang Jumaat yang mulia..

Pada petang ini, saya nak kongsikan tazkirah yang diambil daripada perkongsian di Whatssaps Group tentang Mujahadah. Semoga dapat kita ambil ibrah daripadanya dan  Allah berikan ganjaran pahala kepada penulisnya...InsyaAllah.

                                **********************

"Membantah ketetapan Allah ketika turunnya ketentuan itu mematikan agama dan tauhid. Serta mematikan tawakkal dan ikhlas." Kata-kata al-Kailani dalam khutbah pertamanya yang dimuatkan dalam buku Fathu Ar-Rabbani.

Mujahadah adalah satu istilah yang sering kita dengar dan jumpa dalam pengajian tasawwuf atau akhlak. Perkataan ini berasal dari 'jihad' yang bererti usaha dan sungguh-sungguh untuk mencapai kebaikan yang diredhai. Ia juga membawa pengertian penentangan terhadap anasir-anasir yang hendak merosakkan negara dan lain-lain seperti hawa nafsu, diktator, kezaliman dan sebagainya. Dalam ilmu tasawwuf mujahadah lebih menitikberatkan kepada usaha melawan hawa nafsu secara bersungguh-sungguh untuk mencapai redha Allah.