Jumaat, 25 November 2016

IMPIANKU 20 TAHUN LAGI DENGAN BONUS SHAKLEE

Assalamualaikum sahabat semua.

Dah makan dan solat ke semuanya? Alhamdulillah kalau sudah.

Bila sebut soal impian. Rasanya semua ada impian. Macam-macam yang kita impikan...rumah besar, kereta besar, harta melimpah ruah dan macam lagi.

Kita merancang impian dan Allah jua merancang untuk kita. Sesungguhnya perancangan Allahlah yang terbaik.

Namun tak salah menyimpan impian dan merancang masa depan.  Diikuti dengan solat hajat dan doa, InsyaAllah akan dimakbulkanNya.

Pernah terlintas tak apa yang akan kita lalui 20 tahun lagi...Kadang-kadang tu akak mikir juga. Umur dah lebih 60 tahun masa tu. Kalau ikutkan, dah bersara masa tu. Hidup lagi ke akak ni??? Wallahu a'lam.


Jika Allah izinkan usia yang panjang, harapnya dapatlah digunakan untuk meningkatkan ketakwaan kepadaNya.  Akak ingin gunakan masa tu untuk mengaji al Quran, mengaji ilmu agama dengan tuk guru dan kalau boleh menunaikan umrah setiap tahun. InsyaAllah jika ada kemampuan rohani dan fizikal.

Akak nak bina rumah impian dekat kawasan kampung, yang jauh dari bandar. Pemandangan yang masih suci murni tanpa dicemari oleh tangan-tangan rakus.(Ada lagi ke tempat macam ni?) Kalau ada tanah tu, boleh juga bercucuk tanam dan bela ikan ke, ayam ke...hihihi rajin benor bunyinya.

Kalau boleh waktu tu dah bebas kewangan. Hutang tak dak. Simpanan wang dan harta yang secukupnya supaya kita dapat guna sebagai bekalan hari tua. Kalau berlebihan boleh juga disedekahkan...kena kumpul bonus Shaklee banyak-banyak!!!

Alahai masa ni dah bercucu....hihihi bolehlah main-nyorok-nyorok dengan cucuku...larat ke idak nak layan cucu ni.

Kalau berkesempatan dan fizikal masih kuat teringin gak nak melancong ke luar negara pula. Ke Jepun,  China, Eropah dan lain-lain negara....nengok-nengok tempat  dan budaya masyarakat luar pula...

Yang paling penting, nak tengok dunia ni aman, damai dan tenteram. Tak dak perang atau pembunuhan etnik macam yang berlaku kat Myanmar.  Kasihan kat depa...Jom, doakan saudara Rohinya kita agar mereka diselamatkan Allah daripada tangan-tangan kuffar... Amiin Ya Rabb.
Banyakkan impian akak ni ...tapi tak pe, impian tak salah...semuanya Allah yang izinkan. Sahabat-sahabat pula macam mana, boleh komen. nak tahu jugak impian  hangpa semua. Komen yang terbaik, akak bagi hadiah...

#tsunamishaklee
#lifeamazing
#superstarshaklee
#GT12

Tiada ulasan:

Catat Ulasan