Khamis, 17 November 2016

Aku Dah Terjebak Dengan Shaklee



Assalamualaikum semua..

Semoga semuanya dalam lindungan Allah jua dan diberi kesihatan yang baik untuk melaksanakan tugas seharian dengan sebaik mungkin. Yang paling penting, kita dapat terus melakukan amal ibadat kita dengan sempurna kepada Allah s.w.t

Akhir 2013, akak mula terjebak dengan Shaklee. Masa tu ambil Shaklee hanya untuk diri sendiri je. Almaklumlah ada masalah kesihatan. Puas dah makan macam-macam produk tapi hasilnya masih kurang berkesan.

Jadi akak mulalah cuba produk Shaklee ni. Masa tu dapat register ahli secara free je kerana jumlah pembelian melebihi RM750. Akak ambil Vivix, Coqhealth, Alfalfa, B compleks dan Vitamin C. Alhamdulillah, Allah izin masalah akak semakin berkurang.

Dengan bimbingan dan support team yang hebat di bawah Master Salwa Al'Izzah akak mulalah, akak mulalah  bertatih dalam bisnes ni.

Nak tahu kenapa akak join biz Shaklee dan tidak yang lain.

Hah, mari akak nak story...Shaklee ni bukan calang-calang company tau. Kenapa??? Ni sebabnya...

1) Company Shaklee ni dah wujud sejak tahun 1956 dan diasaskan oleh Dr. Forrest C. Shaklee. Tahun ini genap syarikat Shaklee berusia 60 tahun.

2) Vitalea (Vitalized Minerals, produk Shaklee yang pertama ni masih ada hingga sekarang. Bayangkan sudah hampir 101 tahun usianya.

3) Shaklee adalah syarikat paling pelik di dunia kerana mementingkan PRODUK BERKESAN dan SELAMAT UNTUK MANUSIA. Sebab itulah setelah terbukti 41 tahun Vitalea di makan dengan selamat tanpa ada manusia yang keracunan, rosak liver, rosak kidney akibat makan vitamin ini, barulah Dr Shaklee set up satu syarikat untuk memasarkan produk Shaklee secara MLM.


4) Jangan fikir hanya produk Vitamin saja yang Shaklee ada tapi yang lain pun ada.Set penjagaan muka(Skincare), set penjagaan rumah(home care) malah set penapis air Shaklee atau water pitcher pun ada.



5) Dahlah tu setiap tahun Shaklee membelanjakan RM 1 BILLION untuk R&D setiap produk yang ada. Cuba check produk supplement lain yang kita sedang makan selain Shaklee sekarang, ada tak company tu spend at least RM 10 Juta untuk R&D (kajian penyelidikan & pembangunan / penambah baikan produk). Kalau ada pun amat kurang...



6) Shaklee tidak membazirkan wang untuk marketing. Sebab itu bisnes Shaklee boleh bertahan walaupun dalam keadaan ekonomi merudum sekalipun. Sebab modal marketing Shakle adalah manusia. Sebab itu Shaklee pilih MLM sebagai MODEL BISNES, Bukan trading, bukan SLM , bukan binary, bukan head hunting, bukan borong.

7) Menurut sifu internet marketing yang juga pakar pemasaran internet tuan Faisal Abdullah, bisnes Shaklee sangat bagus kerana produknya bagus dan terbukti berkesan sejak puluhan tahun, dan JENAMA SHAKLE sudah terkenal di serata Malaysia.... maka untuk orang baru yang nak berbisnes, Shakle sangat bagus kerana ia SHORT CUT untuk dapat sales dengan mudah tanpa perlu susah payah perkenalkan JENAMA SHAKLEE, apa yang agent baru perlu buat adalah TONJOLKAN DIRI DI MEDIA SOSIAL sebagai WAKIL SHAKLEE BERILMU / LEADER SHAKLEE AKTIF untuk yang target bisnes....

8) Shaklee ditunjangi oleh barisan saintis yang memenangi NOBEL PRIZE dan berpangkat professor. Saintis inilah yang sentiasa, setiap hari memastikan produk Shaklee adalah selamat dan jika ada penambahbaikan merekalah yang akan segera melaksanakan pembaharuan ini....

9) Ketua saintis Shaklee adalah seorang pemenang anugerah noble yang telah berusia 90 tahun. masih sihat, otak masih sangat cemerlang, boleh pakai high heels lagi buat demo & presentation atas stage!(hihihi makan Shaklee le tu...)

10) Shaklee tidak memiliki ladang sendiri kerana Shaklee pentingkan kualiti. Sekiranya ladang yang Shaklee lantik tidak memenuhi SYARAT KUALITI yang Shaklee tetapkan, maka SHAKLEE AKAN DISCARD semua hasil ladag dan akak cari ladang baru.

Sekiranya Shaklee buat ladang sendiri, katakan la ada rosak sikit hasil tumbuhan, maka Shaklee tentu sayang nak reject, sebab dah keluar duit maa untuk baja, tanam etc....

Umpama kita ada pokok durian sendiri, kita takkan  nak beli durian yang orang jual walaupun durian kita tak sedap sangat, sebab sayangggg kita ada durian sendiri tu.... orang yang takde pokok durian, dia akan pilih DURIAN TERBAIK untuk dia makan sebab kena keluarkan duit, maka confirmlah nak yang tebaik kan...

Dan juga Shaklee tak nak buang masa dengan hal ehwal penanaman, FOKUS Shaklee hanya untuk PENGHASILAN PRODUK BERMUTU DARI BAHAN MENTAH TERBAIK..... Bahan mentah terbaik Shaklee boleh pilih dari banyak sumber, TAPI PENGHASILAN PRODUK BERMUTU DAN TERBAIK, SHAKLEE PASTIKAN MESTILAH IKUT STANDARD SHAKLEE....

Lupa satu perkara lagi...BONUS..ni paling orang suka. Ya lah siapa tak nak income tambahan ni kan. tambah-tambah ekonomi meleset ni. Harga barang pun semua dah naik.  Bab BONUS ni memang sangat bagus. Shaklee tak pernah gagal membayar bonus kepada semua pengedarnya selama bertapak kat Malaysia ni. Kalau Master-master tu dah dapat income hampir 6K sebulan. Akak punya BONUS masih tak capai tahap tu...InsyaAllah ada rezeki dapatlah nanti. Yang penting setiap pertengahan bulan...akaun bertambah.Harimau dah mengaum...jom shopping dulu tapi zakat dan sedekah jangan lupa pula...

Penat ke nak baca...ok..ok, akak berhenti dulu ya. Akak pun tak larat nak tulis banyak-banyak. Yang penting produk ini jadi pilihan akak kerana sentiasa selamat, sentiasa hijau dan sentiasa mesra alam..

#tsunamishaklee
#lifeamazing
#superstarshaklee
#teashaklee





Tiada ulasan:

Catat Ulasan