Khamis, 25 Disember 2014

SUMBANGAN UNTUK MANGSA BANJIR

Assalamualaikum wbt...

Hari ini, langit masih mendung dan matahari masih malu-malu untuk menjengukkan cahayanya. Kadang kala hujan masih turun walaupun tidak selebat dua tiga hari yang lalu.

Banjir melanda tidak dapat disekat lagi. Kawasan perumahan yang berhampiran dengan sungai-sungai utama menjadi mangsa. Kuasa dan perancangan Allah tiada siapa yang boleh menolaknya. 

Banjir di Kemaman
Negeri Kelantan paling teruk terjejas banjir. Di Gua Musang dan Kuala Krai, air banjir mengalir deras. Amat menakutkan. Mangsa banjir tersekat. Tiada bantuan sampai kepada mereka

Mereka kelaparan, kehausan dan amat-amat memerlukan bantuan. Ya Allah, ampunilah dosa-dosa kami dan bantulah saudara kami di Kelantan, Terengganu dan Pahang yang dalam ujian dan cubaan yang hebat daripadaMu ini.

Banjir di Kuala Krai
Berita terkini juga mengatakan hospital Kuala Krai dan hospital Kota Bharu sendiri turut dilanda banjir. Bayangkan betapa ramainya pesakit yang memerlukan bantuan terutamanya pesakit kritikal. 

Mereka bergantung kepada bantuan mesin yang menggunakan kuasa elektrik. Sedangkan bekalan elektrik telah terputus. Jadi terpaksa menggunakan generator yang hanya mampu bertahan untuk beberapa jam sahaja...

Hospital Raja Perempuan Zainab II

Mungkin kita tidak dapat merasai dan mengalami sendiri beratnya penanggungan mereka.Namun sebagai anggota masyarakat yang prihatin terutama dengan nasib saudara seagama, apa salahnya kita hulurkan sedikit sebanyak sumbangan yang termampu kepada mangsa-mangsa banjir tersebut.



Lagi baik seandainya kita mampu turut serta menjadi anggota sukarelawan yang bergerak aktif untuk membantu mangsa-mangsa banjir ini. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. InsyaAllah segala yang kita sumbangkan, moga-moga mendapat keberkatan daripada Allah swt.

Bagi yang ingin menderma, bolehlah hubungi mana-mana pihak  seperti yang tertera di bawah:

Haluan Malaysia

Muslim Care Society

Group Ireach Shaklee

Jika kita tidak mampu menyumbang apa-apa kepada mereka, panjatkanlah doa, membaca istighfar serta ayat-ayat al Quran untu memohon pertolongan Allah agar banjir yang melanda kembali reda. Kita tidak tahu apa hikmahnya, musibah yang datang, namun yakinlah pasti ada sesuatu yang Allah ingin tunjukkan kepada kita.




Kepada pihak-pihak berkenaan yang masih lagi tidak sensitif dengan apa yang berlaku, diharapkan Allah  membuka mata hati mereka untuk sedar dan insaf. Pemimpin-pemimpin juga diharapkan segara membantu rakyat yang dalam kesukaran dan kesusahan.


 Jangan sampai Allah tanya kepada kita, apa yang telah kita lakukan untuk membantu saudara kita yang dalam kesulitan. Fikir-fikirkan. Kita hidup di dunia ini hanya sementara, akhirat jua yang kekal abadi. Buatlah banyak-banyak kebaikan di atas muka bumi ini sebelum kita dijemput pulang menemui Sang Pencipta yang Maha Agung.



#sumbangan untuk mangsa banjir
#pray 4 pantai timur



2 ulasan:

  1. tak dpt bayangkan bagaimana keadaan mereka yg dilanda banjir..tambah2 yg sedang bertarung nyawa dihoapital.semoga Allah permudahkan dan banjir segera reda..Ameen

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama2lah kita doakan mereka agar selamat dan sabar dalam menghadapi musibah dan ujian Allah.

      Padam