Jumaat, 5 Disember 2014

PENEMUAN VITAMIN C DAN KEBAIKANNYA


Tahukah anda bahawa Vitamin C sebenarnya telah lama diketahui kebaikannya oleh manusia.  Sekitar tahun 1742 lagi,  jus lemon dikatakan dapat mencegah penyakit skurvi iaitu penyakit yang telah membunuh seramai dua juta pelayar antara tahun 1500 hingga 1800.



Pakar-pakar pemakanan hanya menemuinya pada tahun 1932. Dalam tahun 1970an, salah seorang tokoh Nobel Keamanan dan Kimia iaitu Linus pauling telah digalakkan mengambil dos vitamin C yang tinggi(antara 12 hingga 24 biji buah oren)  sebagai satu cara untuk mencegah selesema dan beberapa penyakit kronik .



Amat jelas sebenarnya vitamin C memang memainkan peranan yang penting dalam mengawal jangkitan . Ia juga merupakan antioksidan yang kuat yang boleh meneutralkan radikal bebas yang berbahaya , dan membantu peningkatan kolagen dan tisu yang diperlukan untuk kesihatan tulang , gigi , gusi , dan saluran darah. (http://www.hsph.harvard.edu/nutritionsource/vitamin-c/)



Persoalannya di sini adakah kita memerlukan banyak vitamin C untuk memastikan kita sentiasa sihat???




Jawapannya tidak perlu.  Jadi, banyak manakah cadangan pengambilannya yang diperlukan oleh tubuh kita??? Sebenarnya kita hanya dicadangkan mengambil sebanyak 500mg Vitamin C sahaja sehari. Yang terbaik, sudah pastilah dari  sumber semulajadi.



Sumber utama Vitamin C



Buah-buahan seperti lemon jus, brokoli, sayur-sayuran hijau, starwberi dan buah kiwi adalah antara sumber vitamin C yang boleh diamalkan dalam diet harian kita. 

Sumber utama vitamin C


Selain itu, di negara kita ini juga terdapat sejenis buah yang mempunyai kadar Vitamin C yang paling banyak. Agak-agak buah apa ya.???  Buah tersebut ialah guava atau jambu batu. Fakta tentang jambu batu yang amat menakjubkan ialah kandungan Vitamin C dalam jambu batu lebih empat kali ganda  daripada sebiji buah oren. Wow, hebatkan...Jika ada tanah lapang kat rumah tu, eloklah tanam pokok jambu batu ni. Tak payah beli beli. Jimatkan...hihihi. Saya dah tanam juga tetapi pokok jambu ni tak nak tumbuh pula...


Kandungan vitamin C dalam guava amat tinggi




Kebaikan Vitamin C



Menurut pakar pemakanan , Vitamin C adalah salah satu nutrien yang paling selamat dan paling berkesan. Ia tidak boleh menjadi penawar untuk selsema biasa (walaupun ia dianggap membantu mencegah komplikasi yang lebih serius ) . Namun manfaat daripada vitamin C membantu memberi  perlindungan terhadap kekurangan sistem imun , penyakit kardiovaskular , masalah kesihatan pranatal , penyakit mata , dan walaupun kedutan kulit .



Satu kajian baru-baru ini yang dipaparkan di dalam Seminar Pencegahan dan Perubatan Alternatif , menunjukkan  lebih 100 kajian dilakukan selama hampir 10 tahun mendedahkan peningkatan senarai  manfaat hasil pengambilan  vitamin C.



" Vitamin C telah menerima banyak perhatian  dengan alasan yang baik . Darah yang mempunyai kandungan vitamin C lebih tinggi  menjadi penanda pemakanan yang ideal untuk kesihatan secara keseluruhan , " kata penyelidik Mark Moyad , MD , MPH , Universiti Michigan . " Semakin kita mengkaji vitamin C , pemahaman kita yang lebih baik bagaimana ia melindungi kesihatan kita , dari jantung, kanser , strok , kesihatan mata  dan  imuniti untuk jangka hidup yang lebih lama . “




Menarik juga tentang Vitamin C ni. Anda boleh google sendiri ke laman web yang saya paparkan untuk maklumat lanjut.




Bagi sesetengah orang yang terlalu sibuk, mungkin tidak sempat untuk membeli buah-buahan yang kaya dengan vitamin C ni. Jadi, sebagai alternative kita boleh mengambil supplemen yang banyak dijual dalam bentuk tablet. Namun, pastikan ia selamat, berkesan dan mesra alam.



Bagi saya, pilihan saya ialah Sustained ReleaseVita C500mg Shaklee. Alhamdulillah,  sejak saya mengamalkannya, saya menjadi lebih sihat.  Sistem imun menjadi lebih kuat, selesema dan sakit tekak yang sering bertandang pun makin berkurang. Kalau dahulu, terpaksa berulang ke doktor untuk mengambil ubat selesema, sakit tekak dan antibiotik. Sekarang, tidak lagi. InsyaAllah.





Manfaat SR Vita C 500mg



Di sini, saya senaraikan manfaatnya untuk informasi para pembaca:



  • ·        Membantu pembentukan kolegan
  • ·        Membantu memperbaiki simptom pendarahan
  • ·        Membantu peningkatan sistem imun
  • ·        Membantu memerangi kanser
  • ·        Membantu mencantikkan kulit
  • ·        Membantu memperbaiki insomnia
  • ·        Membantu mengekalkan kolesterol sihat



Jom jaga kesihatan kita dari sekarang. Untuk makluman pembaca, terdapat 180 tablet dalam sebotol. Kita hanya perlu mengambil sebiji sehari. Jadi, ia dapat bertahan selama enam bulan.  Harganya hanya RM92.50. Jimat bukan!!! Kalau nak lebih jimat lagi, kongsi dengan keluarga, rakan-rakan sementara promosi beli enam percuma satu atau beli dua anda akan dapat diskaun 5 peratus...



Berminat, sila hubungi saya – 01126099465/0139030098



Untuk pembelian secara online, anda boleh klik di sini…




3 ulasan:

  1. wah... amat menakjubkan.... saye suke2.... klu nk beli 2 botol bleh? bgilh diskaun ckit...

    BalasPadam
  2. nanti nak tnm pokok jambu batu jugaklah... hahahahah

    BalasPadam