Sabtu, 20 Jun 2015

TIP-TIP PUASA RAMADAN

Assalamualaikum  w.b.t buat semua...

Alhamdulillah  bersyukur  ke hadrat Allah kerana masih diberikan kesempatan untuk menunaikan ibadah puasa pada bulan Ramadan tahun  ini. Semoga Ramadan  kali ini bukan Ramadan  yang terakhir  bagi kita. InsyaAllah...

Sering kali apabila datang saja bulan Ramadan kita mula tergambarkan bazar-bazar ramadan yang muncul bak "cendawan tumbuh selepas hujan." Jadilah Ramadan disambut sebagai pesta makanan. Apa kata kali ini kita tukar kepada Ramadan ...pesta ibadah pula. Kurangkan kunjungan ke bazar-bazar Ramadan tu. Ambil kesempatan untuk memperbanyakkan ibadah. Mungkin siapa tahu ia merupakan Ramadan Terakhir buat kita.... namun berdoalah moga ia bukan Ramadan terakhir.

Kali ini ingin saya kongsikan kuliah puasa dari sudut kesihatan  yang telah disampaikan  oleh  Dr Norhissam Mustafa, CEO IPKIM (Institut Pengurusan Kesihatan Islam Malaysia). Semoga dapat dijadikan  panduan buat kita semua dalam  menjalani ibadah puasa pada kali ini.(mohon share ya doktor)

Tajuk:- Tip-tip Puasa Ramadan

Zaman kegemilangan Islam, puasa adalah kemuncak kekuatan. Bulan Ramadhan adalah pesta ibadah. Banyak peristiwa besar berlaku seperti Perang Badar, dan berbagai lagi peristiwa menunjukkan kekuatan ummat berlaku pada bulan ini.

Pada masa kini Ramadhan dikaitkan dengan keletihan, kelemahan, mengantuk, kurangnya produktiviti dan merupakan  pesta makanan. Macam-macam kuih yang tak pernah dirasai, boleh kita nikmati pada bulan Ramadan ini. Pokok kata, mewah sungguh kita dengan makanan.

Ramadhan adalah bulan kesihatan, bulan silaturrahim, musim perubahan, masa hilang ketagihan, bulan lembut hati, bulan keluasan rezeki, bulan membaiki institusi keluarga

Mengikut kajian kesilapan besar dalam berpuasa;--

1. Menghimpunkan makan malam dengan berbuka puasa adalah kesilapan. Nabi buka puasa dengan tiga biji kurma (atau makanan yg tinggi pottasium seperti makanan bergula perang....bukan bergula putih) dan air kosong. Sebab buka puasa bukan untuk perut tetapi untuk beri tenaga kepada hypotanamos (otak dalam otak). Oleh itu, elakkan daripada menghidang makan malam di depan kita semasa berbuka. Hypotanamos yang keletihan berfungsi sepanjang hari akan tidak berfungsi dengan betul sekiranya makanan masuk dengan banyak semasa berbuka. Ia boleh menyebabkan masalah  kesihatan yang serius.

2. Jangan "window shopping" ke bazar ramadhan. Ia akan mengganggu fungsi kawalan hypotanamos. Ia menyebabkan kita hilang perhitungan untuk terus membeli makanan yang kita tidak perlu.

3. Jangan lewatkan solat Maghrib.
Makanan yang dimakan menghasilkan tenaga untuk diagihkan kes eluruh tubuh melalui sel. 1 kilo berat badan mempunyai 10000 trilion sel. Tenaga ini perlu ditolak oleh tenaga  dilakukan oleh solat yang disegerakan. Allahuakbar......

4. Selepas solat maghrib, sel sudah dapat tenaga. Balik terus makan malam. Automatik  kita akan makan secara baik. Jangan lebih lima jenis makanan dalam satu hidangan. Nasi, lauk, sayur, buah dan air.

5. Selepas makan malam, sangat baik kita MANDI dengan air sejuk. Jangan pakai heater. Boleh pakai air batu tambah sejuk. Jangan risau mandi malam dengan paru2 berair. DONGENG. Dalilnya jika kita berhadas besar, feqah suruh segera mandi tanpa menunggu pagi. Jangan mandi macam burung untuk mengelakkan paru-paru berair. Burung mandi dengan cara basahkan rambut tapi badan tidak basah.

5. Selepas mandi, sebelum pergi solat isyak minum setengah cawan air campuran 3 biji kurma, satu sudu teh madu lebah dan susu segar yg diblender.

6. Solat Isyak berjemaah. Lepas tu sembahyang terawih solat dengan perlahan dan santai. Jangan cari  imam yang solat  gopoh gapah.

7. Pastikan  ambil moreh yang ringan sahaja. Makan lepas pukul 10.30 adalah kemudharatan yang besar. Masa ini tenaga sudah cukup penuh dalam badan. Masa tu aktiviti terbaik adalah tadarrus minima 1 helai. Masa ini tenaga akan bawa input terbaik ke dalam otak dan hati. Kalau masa ini diisi dengan aktiviti atau info yang lalai, maka otak dan hati akan merakam perkara yg kita isi dan boleh menjadi pegangan kita seterusnya.

8. Selepas itu sebaiknya tidur sebelum pukul 12 malam untuk kerehatan. Jangan pasang lampu semasa tidur kerana pasang lampu meningkatkan kadar kolestrol 4 kali ganda!!!

9. Selepas itu bangun pukul 3.00 pagi untuk qiamullail. Sunat kejutkan ahli keluarga dengan merenjis air sejuk dengan ujung jari. Boleh mandi. Tiada masalah kesihatan.

10. Sempurnakan 13 rakaat solat. Sunat wuduk, taubat, tahajjud, hajat dan witir,

11. Selepas qiam, boleh tidur tetapi ringankan seperempat. Masa ni di langit ada spektro bewarna merah jambu antara 3.00 hingga 5.00 pagi. Masa ini Allah anugerahkan kesembuhan kepada banyak penyakit.

12. Sahur. Sebaik-baik sahur adalah seperlapan belas dari makan malam iaitu lebihan makan malam. Lewatkan masa masak untuk elak cepat basi. Lebihkan masak masa makan malam, jangan campur garam dan simpan sikit untuk sahur. Bila nak sahur panaskan dan baru campur garam.

11. Selepas sahur, terus solat subuh berjemaah.

12. Jangan tidur selepas subuh kerana gangguan kepada hypotanamos. Ia akan menyebabkan masalah kesihatan.

13. Tidur qailullah ( 1 jam sblm zohor). 1 minit waktu ini menyamai tenaga tidur sejam waktu biasa.

Cara makan kurma....60% kebaikan berada pada selaput permukaan luar kurma. Masukkan sebiji kurma dan last sekali keluar biji. Jangan kupas di luar. Kurma terbaik ada 4 jenis.....ajwa, mabrom, sapawi, mariami

Puasa adalah detoksifikasi. Ia berlaku apabila fungsi proses makanan dalam perut berehat lebih daripada 8 jam.


2 ulasan:

  1. terima kasih atas perkongsian. baru saya tahu, digalakkan mandi selepas berbuka.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya Nurul, akak pun baru juga tahu tapi sebelum ni ada juga amalkan sebab cuaca yang panas dan tubuh yang berpeluh selepas berbuka. Jadi, biasa jugalah mandi selepas berbuka...

      Padam