Selasa, 16 Jun 2015

RAMADAN KAREEM...

Assalamualaikum wbt buat semua ...

Alhamdulillah, dalam tempoh sehari lagi kita akan memasuki gerbang Ramadan, bulan yang penuh dengan kemuliaan yang diberikan Allah buat sekalian hambaNya. Bulan yang penuh rahmah dan berkah amat-amat ditunggu oleh semua umat Islam di seluruh dunia.

Marhaban Ya Ramadan....

Semoga Allah sampaikan kita kepada bulan kemuliaan ini sehingga ke akhirnya. InsyaAllah. Berusahalah untuk merebut ganjaran pahala yang cukup besar disediakan Allah kepada kita, para hambaNya. Janganlah kita biarkan Ramadan kali ini berlalu dengan sia-sia dan kita berpuasa sekadar hanya mendapat penat, letih, lapar dan dahaga sahaja...

Dari Abu Hurairah ra:
           "Apabila tiba Ramadan, rasulullah saw bersabda, "Telah datang kepada kamu bulan Ramadan, bulan penuh barakah, di dalamnya Allah wajibkan berpuasa, pintu-pintu syurga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup, syaitan-syaitan dibelenggu. Di dalamnya ada satu malam lebih baik dari seribu bulan. Siapa tidak mendapat kebaikannya sesungguhnya ia telah rugi."

                                                                             (Hadis Riwayat Ahmad)

Subhanallah, besarnya ganjaran Allah yang buat kita. Janganlah kita lepaskannya. Pada masa inilah kita perlu pertingkatkan amal ibadah kita agar kita dapat keluar daripada madrasah ini dengan Ijazah Taqwa dengan kepujian tertinggi.


Penuhi rutin harian kita dengan amalan-amalan seperti qiamullail, tadarus al Quran, Solat Terawih, banyakkan berinfaq, beristighfar, berzikir, bermunajat dan pelbagai amalan yang mampu meningkatkan hubungan kita dengan Khaliq dan seterusnya kita mampu hijrahkan  hati dan diri kita menuju keredaan Allah s.w.t

Buat semua  sahabat-sahabat, saya ingin mengucapkan Ramadan Kareem....semoga ibadah puasa dan amalan-amalan kita sepanjang bulan ini diterima oleh Allah swt..




Tiada ulasan:

Catat Ulasan