Rabu, 3 Jun 2015

AIR ALKALI : ADAKAH BENAR-BENAR BAGUS UNTUK KITA?

Baru-baru ini, akak diperkenalkan dengan Air Kangen oleh seorang teman sekerja. Dikatakan air ini banyak manfaatnya kerana mempunyai kandungan alkali yang tinggi sekitar iaitu pH 8.5. Apa lagi teman-teman yang lain pun berebut-rebut memesannya termasuklah akak(ish...ish...ish...pantang  orang tunjuk barang baru cepat je order).

Dengan harga RM10.00 sebotol,  dan "refill" cuma RM7.00 menyebabkan jualan teman ini laku keras kata orang. "Repeat Order" pun sentiasa banyak. Tersenyum teman akak tu. 

Akak tak tahulah setakat mana keberkesanan Air Alkali Kangen ni tetapi katanya, amat bagus untuk kesihatan dan boleh menyingkirkan toksik daripada badan. Begitu juga amat baik katanya untuk pesakit kanser. Wallahu a'lam...sejauh mana kebenarannya tak pastilah.

Rupa-rupanya produk Shaklee juga mempunyai penapis air yang membekalkan air alkali yang pHnya sekitar 7.5.  Nak tahu tentang penapis air Shaklee ni tak?

Penapis air Shaklee ini yang amat murah dan boleh dibawa ke mana-mana. Ia dipanggil sebagai Water Pitcher atau Get Clean Water.  Boleh digunakan untuk menapis sehingga 80 gelen air serta mampu membekalkan air alkali yang bersih dan baik untuk kesihatan kita. Harganya nak tahu berapa RM460 sahaja...murah kan berbanding dengan mesin kangen yang paling murah rasanya sekitar RM6,000 hingga RM12,000.

Ini hasil ujian yang dibuat tentang Water Pitcher Shaklee ni...





Ujian pH





Apa Perbezaannya  Water Pitcher Shaklee ni dengan penapis air yang lain?
1. SELAMAT
Water Pitcher berupaya mengurangkan pelbagai kandungan bahan cemar berbahaya terutamanya plumbum dan bendasing yang lain. Ia telah mendapat pengiktirafan daripada Persatuan Kualiti Air (WQA)

2. HANDAL
Leih banyak air bersih dapat ditapis pada setiap masa. Water Pitcher menghasilkan 303 liter air daripada setiap turasan berbanding jenama yang lain.

3. MESRA ALAM
Sesuai dengan moto Shaklee, Water Pitcher menggunakan sistem penuras Jag air dengan blok karbon isian semula yang dapat mengurangkan timbunan sisa. Ia juga dibuat daripada tempurung kelapa yang tahan lasak dan baik terhadap alam sekitar.

4. PILIHAN BIJAK
Amat menjimatkan kos. Dengan hanya berapa sen seliter dapat memberikan air yang bersih dan ras yang enak. Meter bijak dipasang untuk menandakan bila waktu untuk menukar penuras. 

5. FLEKSIBEL
Anda boleh bawa ke mana-mana sahaja, kerana ia agak ringan, ringkas tanpa memerlukan pemasangan pelbagai. Jadi kalau, nak bawa balik ke kampung  senang je...
Nak tengok testimoni tentang Water Pitcher atau Get Clean Water ni, boleh baca artikel akak sebelumnya( rujuk di sini). 
Sebenarnya pH 7.5 tu amat sesuai untuk diminum terutama kepada kita yang amat menjaga kesihatan diri dan keluarga. Harga yang murah amat berbaloi dan ada penanda aras  yang memberitahu kita bila waktu untuk kita mengganti penapisnya.

Berminat ke, apa lagi hubungi akak di talian 01126099465(Wan) untuk keterangan lanjut.

2 ulasan:

  1. saya suka sangat tips dalam blog ni, sangat best dan mudah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Dila...sudi-sudikanlah berkunjung lagi ke blog saya.

      Padam