Isnin, 19 Januari 2015

RAWATAN ARTHRITIS DARI RUMAH

Assalamualaikum wbt...

Dewasa ini, bilangan pesakit arthiritis semakin bertambah. Di Amerika Syarikat dikatakan terdapat seramai 50 juta golongan dewasa yang menghidap arthriris. Ia menjadi salah satu penyakit yang semakin serius.

Apa sebenarnya penyakit arthritis ini?

Arthritis adalah suatu jenis penyakit yang mendatangkan kesakitan, kemerahan, bengkak dan kekejangan sendi. Antara sebab-sebab ianya berlaku adalah :

  • Kerosakan Sendi
  • Jangkitan kuman
  • Penyakit yang diwarisi
  • atau sebab-sebab lain


Arthritis yang sering dihidapi dalam kalangan dewasa adalah :


Bagi melegakan penyakit arthritis ini, kita hanya perlu mengubah diet dan gaya hidup kita. Sebenarnya terdapat banyak supplemen yang boleh kita ambil untuk membantu mengurangkan penyakit arthritis ini.

Antaranya ialah:

1. Minyak ikan yang merupakan sumber asid lemak Omega-3. Asid lemak merupakan anti inflamasi yang baik yang akan mensasarkan keradangan sendi dan otot. Jadi, salah satu cara untuk mendapatkan minyak ikan ialah dengan memastikan ikan sebagai sumber diet utama kita.  

2 . Buah Ceri juga merupakan buah yang kaya dengan magnesium dan potassium. Magnesium menghasilkan proses kimia di dalam badan kita yang mampu menguatkan otot dan tulang anda. Magnesium mengedarkan kalsium yang amat diperlukan oleh tulang kita.

Manakala potassium pula membantu pertumbuhan sel dan tisu yang membantu kekuatan otot.




3. Cuka Epal Cider mengandungi kalsium. potassium dan fosforus. Kalsium dan potassium membantu melegakan kesakitan dan keradangan. Manakala fosforus pula bertindak mengeluarkan toksin daripada badan.


Cara penggunaan: Anda cuma perlu masukkan cuka epal cider dan madu ke dalam air suam dan amalkan meminumnya setiap hari.

Untuk mengurangkan masalah arthritis ini, anda juga boleh menggunakan cara luaran iaitu menggunakan:

1. Minyak biji sawi(mustard oil)
    Urutkan tempat yang sakit pada waktu pagi dan malam. Ia membantu melancarkan peredaran dan pengaliran darah terutama jika diurut di bahagian sendi.

2. Garam epsom
    Anda juga boleh berendam dalam tab mandi yang dimasukkan garam epsom. Garam epsom mengandungi magnesium yang akan mengimbangi pH dalam badan kita. Ini kerana tahap keasidan dalam badan yang tinggi menjadi punca arthritis. Jadi kita perlu mengimbangkan tahap pH ini.


3. Minyak borage
    Minyak borage ini boleh diperoleh dari bunga "starflowers", Sapukan minyak borage ini pada sendi yang sakit, asid lemak Omega-3 yang terdapat didalamnya akan menjana pertumbuhan sel-sel baru dan menggantikan sel-sel yang mengalami keradangan dengan sel-sel yang lebih sihat.


Rujukan lanjut, sila lawati web berikut:

Selain menggunakan sumber-sumber yang dinyatakan di atas anda juga boleh mencuba set Shaklee iaitu OmegaGuard, Ostematrik, Ajht, Gla serta Vivix.  
Omegaguard merupakan sumber asid lemak Omega-3 yang terbaik yang membantu memelihara fungsi-fungsi sendi. 

Ostematrik pula mengandungi kalsium, magnesium, fosforus yang membantu menguatkan tulang.

Manakala Ajht yang membantu meningkatkan fungsi sendi.

Gla Complex  pula mengandungi minyak biji sawi  atau borage.

Vivix pula merupakan produk antiaging yang membantu memperbaiki sel-sel yang rosak dan membantu pertumbuhan sel-sel baru. Ia juga dapat membantu mengurangkan masalah arthritis.

InsyaAllah pengambilan set ini dapat membantu mengatasi masalah sakit sendi dan arthritis. Jadi, jika anda mempunyai masalah ini atau ada saudara mara dan kenalan yang menghadapi masalah ini, bantulah mereka dengan berkongi maklumat yang diberi.

Jika anda inginkan maklumat lanjut tentang produk Shaklee , sila hubungi saya(Kak Wan) di talian 01126099465.








2 ulasan:

  1. Info yang menarik. Sekadar nak berkongsi maklumat, penyakit arthritis juga boleh dirawat dengan mengubah diet kita. Perbanyakkan memakan sayur-sayuran dan kurangkan memakan daging, telur, bahan-bahan tenusu seperti keju dan mentega, makanan manis seperti kek dan kuih. Tujuannya ialah untuk menurunkan paras lemak tepu dan meningkatkan paras ‘polyunsaturated fat’ di dalam badan. Hasil kajian mendapati lemak tepu boleh menjadi pemangkin kepada proses radang di dalam badan. Selain itu, para pesakit juga digalakkan mengambil pemakanan yang mempunyai banyak minyak Omega-3 seperti ikan kerana minyak Omega-3 telah terbukti dapat meredakan aktiviti radang pada sendi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih doktor atas kunjungan ke blog saya serta memberikan info yang berguna. Jika ada kesilapan maklumat minta diberi teguran.

      Padam