Rabu, 1 April 2015

MASANYA SUDAH TIBA...

Sekitar jam 11.30 pada hari Sabtu yang lalu, saya mendapat panggilan telefon daripada suami. Berita yang disampaikan membuatkan saya terkejut... Tidak percaya dengan kata-katanya. Saya baca whatsapps "famili group suami". Ya Allah, betullah apa yang disampaikan oleh  suamiku tadi.

Seketika saya terkedu. Antara percaya dengan tidak. Berita pemergian suami kakak ipar yang berada nun jauh di utara amat mengejutkan kami semua. Namun, itulah ketentuan Illahi. Dia pergi setelah tiba masanya. Betullah sesungguhnya urusan hidup dan mati kita, bahkan semua yang kita miliki adalah hak Allah belaka. Dia boleh beri dan Dia boleh ambil kembali.

Allahyarham berusia 52 tahun, seorang doktor perubatan lagi. Terkenal dengan sikapnya yang peramah, baik, suka menolong orang lain dan amat rajin membantu isterinya. Dia juga amat rapat dan penyayang dengan anak-anak.  Pemergiannya tidak diduga kerana melihatkan fizikal dirinya yang aktif dan sentiasa menjaga kesihatan.

Rupa-rupanya, arwah ada masalah kolesterol dan jantung selain migrain. Asbab kematiannya dikatakan kerana terkena serangan jantung. Pada waktu itu, beliau sedang mesin rumput di halaman rumahnya. Kakak ipar menjumpainya dalam keadaan tertiarap di atas rumput.

Walaupun jauh, kami bergegas ke utara untuk menziarahi kakak ipar. Perjalanan memakan masa hampir 12 jam. Ya Allah penat terasa. Kedatangan kami disambut tangisan kakak ipar yang masih tidak dapat menerima hakikat tersebut. Sesiapa pun pasti tidak dapat menerimanya. Namun itulah hakikat kehidupan ini. Kematian boleh mendatangi kita bila-bila masa sahaja sama ada kita bersedia atau tidak.

Semoga kakak ipar tabah menghadapi situasi tersebut dan al Fatihah buat arwah. Semoga Allahyarham ditempatkan di kedudukan yang mulia oleh Allah. 

Satu iktibar yang penting untuk kita jadikan pengajaran ialah sentiasa membuat pemeriksaan kesihatan untuk mengetahui tahap kesihatan kita. Sekurang-kurangnya apabila ada rekod perubatan, maka orang akan tahu masalah yang kita hadapi. 

Saya selalu ingat masalah kolesterol ni masalah kecil sahaja tetapi rupa-rupanya ia boleh menjadi masalah besar kerana boleh menyebabkan saluran darah menjadi sempit akibat enapan kolesterol di dinding salur arteri kita. Keadaan ini menyebabkan pengaliran darah agak perlahan dan jantung akan menjadi semakin lemah kerana kekurangan oksigen yang dibekalkan oleh salur darah. 

Serangan jantung sudah menjadi pembunuh nombor satu di negara kita. Hampir 80% kematian diktakan berpunca daripada stroke dan jantung. Itulah pentingnya untuk mengambil pemakanan yang sihat dan seimbang serta kurangkan makanan berkolesterol.


Kolesterol yang berada di saluran darah tersebut bukan terjadi sehari dua tetapimemakan masa bertahun-tahun jadi, bukanlah mudah untuk membuangnya. InsyaAllah pengambilan  Phytocol ST dapat membantu menyekat kolesterol daripada masuk ke salur darah. Manakala pengambilan Omegaguard dapat membantu mencairkan kolesterol dalam badan kita. Seterusnya pengambilan herbalax dapat membantu detok toksin dalam badan kita.

Pengambilan yang konsisten dan berterusan dapat mengatasi masalah ini dan sudah pastinya dengan izin Yang Maha Kuasa.

Seandainya anda mempunyai masalah kolesterol yang tinggi atau anda mempunyai saudara-mara atau rakan-rakan anda mempunyai masalah yang sama, bantulah mereka dengan menggunakan produk ini. Jangan bimbang kerana Yang Maha Penyembuh dan Pemberi itu sentiasa mendengar doa-doa kita. Teruskan berdoa kepadaNya.

Hubungi saya di talian 01126099465(Wan) untuk mendapatkan info lebih lanjut tentang produk berkaitan...



1 ulasan:

  1. Innalillah. Moga ditempatkan di kalangan insan yang beriman, Al Fatihah.

    BalasPadam