Selasa, 25 November 2014

AKTIVITI CUTI SEKOLAH

Assalamualaikum w.b.t dan salam satu Malaysia.
 
Cuti sekolah telah pun bermula. Para pelajar dan guru akan bercuti hampir 40 hari. Pelajar pasti rasa gembira kerana tidak perlu menatap buku dan mendengar leteran guru di sekolah. Manakala para guru pula dapatlah meluangkan masa dengan anak-anak di rumah selepas bertungkus-lumus dengan pelbagai aktiviti di sekolah sepanjang hampir 11 bulan. Selamat berehat para pelajar dan guru. Jumpa lagi di sesi persekolahan tahun 2015 yang pastinya lebih mencabar!!!
 
Pada masa cuti inilah, ibu bapa perlu ambil peluang untuk mendidik anak-anak dengan sebaik mungkin. Jika boleh lapangkan masa untuk bersama anak-anak. Jika bekerja, mungkin kita perlu mengambil cuti sekali-sekala. Bawa anak-anak pulang ke kampung untuk menziarahi tuk wan dan opah mereka untuk mengeratkan lagi tali silaturrahim.
 
Ibu bapa juga boleh bawa anak-anak melancong ke mana-mana(jika ada kemampuanlah) atau hantar anak-anak mengikuti kem motivasi ke, khemah ibadat ke atau apa-apa sahaja yang bermanfaat untuk anak-anak.
 
Selain itu, kita juga boleh sediakan aktiviti yang sesuai di rumah sendiri seperti riadah bersama, membaca al-Quran, al-Mathurat atau buat usrah keluarga. Bukan sahaja ukhuwwah dapat dijalin malah dapat menambah pengisian ilmu untuk kita sendiri dan anak-anak.
 
Saya sendiri masih tidak sempat ke mana-mana. Baru selesai Majlis Ihtifal/Kecemerlangan untuk anak-anak yang Prasekolah dan Tahun 6. Hari minggu pula, anak keempat ada majlis berkhatan beramai-ramai. Jadi terpaksalah menjaga dia sehingga sembuh.
 
Hari ni, keputusan UPSR akan dikeluarkan. Berdebar juga menanti keputusannya. Anak saya yang ketiga dah tak sabar-sabar. Sedih tak dapat hadir bersama. Cuma Ummi doakan Nabila berjaya....
 
Semoga kita sama-sama dapat menjadikan cuti sekolah ini sesuatu yang bermakna buat anak-anak. Jangan dibiarkan mereka leka dengan menonton televisyen atau bermain 'gajet-gajet' yang canggih sahaja. Apa-apa pun saya nak ucapkan "Selamat Bercuti " buat semua.   
 
 

3 ulasan:

  1. memang seronok anak-anak time cuti sekolah nih. ^_^ yang penting keselaamatan diorang kena pantau dan jaga.

    BalasPadam
  2. Terima kasih atas perkongsian ini...

    BalasPadam