Sabtu, 24 Mei 2014

Set Bersalin Shaklee Membantu Ibu-ibu Bersalin dengan Tenang, Sihat dan Cergas

Menunggu detik-detik kelahiran cahaya mata memang merupakan saat paling mendebarkan bagi seseorang ibu. Apatah lagi kalau ini merupakah kehamilan sulong kita, lagi-lagilah rasa berdebar. Dalam minda kita dah mula terbayang rupa parasnya. Tapi rasa takut pun ada,apatah lagi kalau sebelum ni kita banyak mendengar dari rakan-rakan akan sakitnya proses bersalin. Biasalah tu, kali pertama, perasaan ini akan muncul. Walau mudah macam mana sekalipun proses bersalin tersebut, kita tetap akan rasa sakit. InsyaAllah, rasa sakit akan hilang terutama selepas menatap wajah bayi yang kita nanti-nantikan selama ini.

Macam akak, kalau ikutkan rasa sakit tu, rasa macam tak mahu hamil lagi. dalam sakit-sakit tu, akhirnya ALLAH kurniakan lima orang cahaya mata. ALHAMDULILLAH.

Kali ini, akak nak perkenalkan beberapa set bersalin yang boleh kita ambil untuk membantu kita semasa proses bersalin.

INSYAALLAH, ramai ibu-ibu yang berpuas hati setelah menggunakan produk yang kami syorkan.
Ada dua set bersalin yang para ibu boleh pilih:
  1. Set Bersalin Basic - terdiri daripada Vitamin C, Vitalea, B Complex dan Zinc Complex.  Pengambilan vitamin-vitamin yang disyorkan ini dapat membantu:
  • Memulihkan luka akibat bersalin dengan cepat
  • Menjadikan para ibu bertenaga dan cergas
  • Membantu membina semula darah dan sel-sel baru akibat proses bersalin.

2. Set Bersalin Shaklee Extravaganza - set bersalin basic dan ditambah dengan Herbalax, ESP, Ostematrik, Omega Guard, Lecithin dan Alfalfa Complex. Pengambilannya dapat :
  • Membantu memulihkan luka dengan cepat
  • Membantu para ibu lebih bertenaga dan cergas
  • Memperbanyak susu ibu
  • Menenangkan ibu(dapat mengelakkan meroyan)
  • Merapatkan kembali rahim kepada asalnya
  • Dapat menguruskan badan kepada bentuk asal
  • Dapat membantu mengelakkan sembelit dalam masa berpantang



Terpulanglah kepada para ibu untuk memilih kedua-dua set ini. Jika ada duit lebih, bolehlah ambil set yang kedua  ini atau para suami yang budiman dan penyayang kepada isteri anda, bolehlah hadiahkan set ini untuk isteri tercinta...

Sekiranya, anda berminat, jangan segan silu untuk berhubung dengan saya. di 01126099465.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan