Pengenalan

 

Syarikat Shaklee pada awalnya diasaskan oleh  DR. Forrest C. Shaklee. Pada tahun 1915, beliau telah mencipta 'vitalized minerals' yang merupakan multivitamin yang pertama di dunia. Pada tahun 1956, beliau menubuhkan Shaklee Corporation yang merupakan syarikat jualan langsung pertama di dunia.

Produk Shaklee  merupakan produk yang bersumberkan alam semulajadi. Oleh itu, ia sentiasa selamat, sentiasa berkesan dan sentiasa mesra  alam.

Kenapa Shaklee menjadi pilihan saya?

Ini dia jawapannya:
1. Produk ini mendapat sijil halal daripada Institusi Halal di USA yang diiktiraf oleh JAKIM.
2. Produk ini juga mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM)..ada hologram KKM kat produk ni.
3. Produk ini telah lama bertapak di USA(lebih 50 tahun) dan di Malaysia lebih kurang 20 tahun.
4. Yang penting ia sentiasa selamat, sentiasa berkesan dan sentiasa mesra alam.
5. Produk ini sesuai untuk semua golongan.

Kita perlu berikhtiar, tetapi jangan lupa yang menyembuhkan kita hanyalah Allah s.w.t sahaja. Saya di sini hanya sekadar ingin berkongsi pengalaman. Walaupun hanya baru dua bulan menggunakannya, saya sudah rasa perubahannya. Doakan semoga saya sembuh. InsyaAllah.

Masalah sembelit saya sudah berkurangan dengan pengambilan Ostematrik. Selesema, sakit tekak dan batuk juga jarang bertandang hasil pengambilan Nutriferon dan Vivix. Kalau dahulu terpaksa ke klinik untuk ambil antibiotik. Tetapi kini tidak lagi.

Alhamdulillah,  saya juga rasa bersyukur kerana sekarang saya mudah untuk bangun tidur dan rasa lebih bertenaga berbanding dulu.


Logo Halal Shaklee


Sijil Halal Shaklee

Akhir sekali, walaupun harganya agak mahal tetapi rasanya berbaloi. Hadiahkan kepada ibu bapa kita yang tersayang yang kadang-kala kesihatan mereka semakin merosot akibat dimamah usia. InsyaAllah apa yang kita berikan kepada mereka adalah tanda kasih sayang kita buat mereka.

Sekian, semoga perkongsian ini dapat manfaat kepada kita semua.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan