Khamis, 15 Mei 2014

Selamat Hari Guru

Alhamdulillah,  syukur kehadrat Allah kerana masih diberikan ruang dan peluang untuk kita menjadi penghuni di bumi Allah yang luas ini.

Esok merupakan tanggal 16 Mei merupakan hari teristimewa buat insan yang bernama guru.

Para guru yang tidak pernah rasa penat dan jemu ini telah memberi sumbangan yang amat besar dalam mendidik anak bangsa hingga berjaya dalam pelbagai bidang.

Namun jangan kita lupa, guru yang paling utama dan pendidik yang paling hebat ialah Rasulullah s.a.w. Hasil didikan dan tarbiyah baginda telah melahirkan ummah terbaik iaitu generasi para sahabat dan tabiin. Jasa dan pengorbanan baginda tidak ternilai harganya. Sebagai umatnya, tanda kasih dan sayang kita perbanyakkan selawat buat Rasul junjungan agar kita mendapat syafaat baginda pada hari akhirat nanti . InsyaAllah.  Apatah lagi 16 Mei tahun ini jatuh pada hari Jumaat. Eloklah perbanyakkan selawat kepada baginda.


Guru kedua yang perlu kita hargai ialah ibu dan bapa kita sendiri. Jasa dan pengorbanan mereka amat besar dalam mendidik kita hingga kita sekarang mampu berdiri sendiri berkat didikan, asuhan dan pengajaran daripada ibu dan ayah yang tercinta. Terima kasih ibu ayah.

Seterusnya,  sudah pastilah kita perlu mengucapkan terima kasih buat para guru yang telah  mengajar kita hingga kita mengenal abc dan tahu membaca, menulis dan mengira. Jasa dan pengorbanan mereka tidak wajar dilupakan. Terima kasih cikgu.

Di kesempatan ini,  saya ingin mengucapkan Selamat Hari Guru buat semua para pendidik terutama guru-guruku di Sekolah Kebangsaan Chukai(sessi 1977 -1982) dan Sekolah Menengah Sultan Ismail(sessi 1983-1989) di Kemaman, Terengganu dan semua insan yang bergelar guru. Terima kasih cikgu.  Semoga para guru terus gigih mendidik anak bangsa hingga berjaya.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan